Pelakon, Bella Astillah meluahkan rasa gembira setelah persembahan sulung suaminya, penyanyi Aliff Aziz di konsert minggu pertama Gegar Vaganza musim ke-8 (GV8) yang bersiaran langsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) berjalan lancar, pada Ahad lalu.
Ibu kepada dua orang cahaya mata ini telah berkongsi perkara tersebut menerusi entri yang dimuat naik di laman media sosial Instagram miliknya.
Aliff telah mempersembahkan lagu single pertamanya yang berjudul Sayang-Sayang itu berjaya menduduki tangga teratas sekaligus melayakkan dirinya mara ke konsert minggu kedua.
Dalam pada itu, Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah turut mendedahkan dirinya baru berusia 13 tahun ketika lagu single pertama suaminya dilancarkan pada tahun 2007.
Ads
“Done for week 1, all the best b @iamaliffaziz p/s: masa lagu sayang sayang umur bella 13tahun,” tulisnya ringkas.
Pelakon dan pengarah, Datuk Yusry Abdul Halim mengakui dirinya juga berasa agak keliru dengan syarat-syarat yang diletakkan oleh pihak syarikat penyiaran bila setiap kali ingin mencari pelakon bagi membintangi sesebuah drama televisyen.
Menurut Yusry, dia sendiri tidak pasti sama ada pihak stesen tv lebih memintingkan populariti di media sosial semata-mata berbanding bakat yang dimiliki oleh seseorang pelakon itu.
Apa kriteria utk pelakon drama TV?Followers?Influencer?2021, saya cadang ke produser utk tukar pelakon utama sbb tk boleh bawa watak after 3 days of shoot.Lets reshoot!Tp penyiar ttp mahu ‘pelakon’ itu. Saya yg ditukar. Situasi drama tv tempatan adalah angkara penyiar itu sendiri
“Apa kriteria untuk pelakon drama TV?Followers? Influencer?
“2021, saya cadang ke produser untuk tukar pelakon utama sebab tak boleh bawa watak after 3 days of shoot.
Luahan tersebut disuarakan sendiri oleh suami kepada pelakon, Datin Lisa Surihani itu menerusi sebuah ciapan yang dimuat naik di laman Instagram.
Katanya lagi, pada tahun lepas, dia juga pernah mempersoalkan kredibiliti seorang pelakon gara-gara gagal membawakan watak yang diberikan dengan baik meskipun telah diberikan waktu untuk membuat persediaan.
Bagaimanapun, tegurannya itu dikatakan tidak diendahkan oleh pihak stesen tv.
Malah, peranannya sebagai pengarah turut telah digugurkan dek kerana tindakannya itu.
Yusry yang juga merupakan anggota kumpulan KRU itu turut menyifatkan situasi yang berlaku di dalam industri lakonan kini adalah berpunca daripada sikap pihak syarikat penyiaran itu sendiri
“Lets reshoot! Tapi penyiar tetap mahu ‘pelakon’ itu. Saya yang ditukar. Situasi drama tv tempatan adalah angkara penyiar itu sendiri,” kongsinya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama selain turut berharap agar trend seperti ini dapat diubah pada masa akan datang.
“Takpe bang stick to streaming platform. Your direction on GANJIL was so good.
“Thank you for speaking up. Thank you for trying. Jom lah semua. Bersatu demi seni! Let’s all, producers, directors, actors, crew and yes tv stations and corporations work together to revive our arts. Let’s not fight each other.
“Yusry ditukar? Seolah olah kredibiliti tiada makna. Jumlah follower mengalahkan bakat seni ke skrg ni?
“Lepasni bawak masuk digital je takpayah tv2 ni,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Dalam perkembangan lain, Yusry baru sahaja dikurniakan pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riáyatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang membawa gelaran Datuk.
Pada Hari Wilayah 1 Februari lalu, pengarah terbabit antara 335 penerima dipilih untuk penganugerahan itu. Tidak ketinggalan, Datuk Nora Ariffin serta Datuk Habsah Hassan.
Ketika itu, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, pengurniaan itu adalah sebagai menghargai sumbangan besar penggiat seni dan budaya terhadap lapangan mereka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Twitter & Instagram Datuk Yusry Abdul Halim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Liza Abdullah,56, tampil menjelaskan mengenai penampilannya yang kerap dilihat mengenakan hijab menerusi mana-mana program yang dihadiri kebelakangan ini.
Menurut Liza atau nama sebenarnya, Norliza Abdullah, dia memilih untuk tidak memperbesarkan hal berkenaan, sebaliknya meminta dititipkan doa yang baik-baik buat semua.
“Memang ada yang bertanya mengenai penampilan saya yang sesekali dilihat mengenakan niqab. Tetapi saya pilih untuk tidak memberikan kenyataan sama ada berpenampilan begini untuk meninggalkan industri atau dah tak nk berlakon lagi.
“Bimbang juga kalau apa yang dikongsikan akan disalah erti nanti. Sebab kalau berlakon pun saya tidak mengenakan niqab.
“Sebaiknya ia tidak perlu untuk dijadikan isu. Lebih baik kita sama-sama mendoakan yang terbaik untuk semua orang termasuk diri-sendiri.
“Lebih-lebih lagi dengan situasi pandemik ketika ini. Jadi tiada salah bila saya pakai niqab bersama pelitup muka. Sekurang-kurangnya ia memberi perlindungan tambahan,” katanya kepada MH.
Mengulas mengenai watak antogonis yang begitu sinonim dengan dirinya, Liza akui tidak mahu selesa atau statik dengan watak sedemikian semata-mata.
Sebaliknya setelah hampir 40 tahun dalam seni, dia masih mahu cabar diri untuk mencuba pelbagai watak baru.
“Saya tidak cakap saya hebat, tapi saya tak nak tekankan satu karektor sahaja. Saya suka cabar diri sama ada menerusi watak air mata, komedi dan sebagainya. Kita sebagai pelakon kena cipta sesuatu yang istimewa dalam tiap watak yang dibawakan.
“Tak boleh statik. Kalau begitu saja, kita payah untuk berada lama dalam bidang seni. Kena jadi versatil. Saya pegang pada prinsip, bila ada peluang buatlah yang terbaik. Jadi kalau hanya nak statik pada satu karektor, tidak akan selamat (bertahan lama),” katanya lagi.
Liza yang kini menjadi duta kepada satu jenama tudung, bakal terlibat di dalam projek drama Tujuh Hari Mencintaiku 3 yang bakal memulakann penggambaran tidak lama lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Liza Abdullah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Rita Rudaini berkongsi cerita perihal dia bersama dua orang anak lelakinya, bernama Airit Rayyan Rizqin, 12, dan Airit Qaqa Arjuna, 10, yang mengambil inisiatif dengan mengikuti kelas bacaan kitab suci Al-Quran secara virtual bersama Ustaz Haji Sazali Nordin.
Kelas yang berjalan setiap Isnin itu menjadi medium untuk memperkasakan bacaan selain memperbaiki kesilapan serta kesalahan dalam bacaan ayat suci al-Quran.
“Sambil tuggu nak online ngaji, setiap isnin kami anak beranak ada kelas ngaji dengan ustaz @hjzalie. Ampa nak blajaq boleh DM ustaz.
“Kadang-kadang kita rasa kita baca dah kena dah, tapi sebenarnya memang banyak kesilapan yang kita tak sedaq dan tak tahu. Tak rugi belajar,” tulisnya dalam satu hantaran di Instagram.
Aktres cantik berusia 45 tahun ini juga berpendapat, usaha mahu mengaji perlu datang dari hati yang ikhlas.
“Siapa-siapa pon boleh blajaq. Belajar mengaji ni bukan ada syarat. Cuma hati kena IKHLAS nak blajaq kerana ALLAH. Moga ALLAH saja yang dapat balas jasa ustaz pd kami sekeluarga, amin..,” tulisnya.
Perkongsian ibu tunggal itu nyata mendapat reaksi baik di kalangan para pengikutnya.
Foto: Instagram Rita Rudaini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Demikian reaksi ringkas pelakon Abby Abadi selepas anaknya, Marissa Diana Hakim disahkan bercerai dengan suaminya, Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid, pagi tadi.