Penyanyi Haqiem Rusli akan menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihan hati, hari ini menzahirkan ucapan maaf jika ada mana-mana kenalan yang tidak menerima jemputan menghadiri hari bahagianya.

Menurut Haqiem atau nama sebenarnya, Ridzuan Haqiem Rusli, 23, dia terpaksa menghadkan jumlah jemputan atas faktor semasa.

Perkara tersebut dikongsikan penyanyi lagu Mimpi itu menerusi satu status di Insta Story.

“Saya Nak Minta Maaf Tak Dapat Jemput Semua,” – Nikah Hari Ini, Haqiem Rusli Kongsi Suasana Persiapan Majlis

“SAYA NAK MINTA MAAF JIKA ADA RAKAN2 YANG TAK DAPAT SAYA JEMPUT UNTUK MAJLIS ESOK, ATAS SEBAB JEMPUTAN KAMI SANGAT TERHAD DAN SOP YANG SANGAT KETAT.

“THATS WHY KAMI TAK DAPAT JEMPUT SEMUA DAN KAMI LEBIHKAN KELUARGA DAN SEDARA MARA. TERIMA KASIH, DOA KAN YANG BAIK2 SAHAJA,” tulisnya.

IKLAN

Sementara itu menerusi platform sama, Haqiem turut berkongsi persiapan akhir majlis perkahwinannya yang didominasi dengan serba putih.

“Saya Nak Minta Maaf Tak Dapat Jemput Semua,” – Nikah Hari Ini, Haqiem Rusli Kongsi Suasana Persiapan Majlis “Saya Nak Minta Maaf Tak Dapat Jemput Semua,” – Nikah Hari Ini, Haqiem Rusli Kongsi Suasana Persiapan Majlis

Terdahulu, bintang ini mengejutkan peminatnya apabila mengumumkan bakal bernikah pada 19 November ketika siaran langsung Anugerah Bintang Popular Ke-34 (ABP34).

IKLAN

Pada malam tersebut, Haqiem turut menerima trofi Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi bagi edisi ini.

“Saya Nak Minta Maaf Tak Dapat Jemput Semua,” – Nikah Hari Ini, Haqiem Rusli Kongsi Suasana Persiapan Majlis “Saya Nak Minta Maaf Tak Dapat Jemput Semua,” – Nikah Hari Ini, Haqiem Rusli Kongsi Suasana Persiapan Majlis “Saya Nak Minta Maaf Tak Dapat Jemput Semua,” – Nikah Hari Ini, Haqiem Rusli Kongsi Suasana Persiapan Majlis

Dalam pada itu Haqiem berkata pada hari bahagiannya itu juga, dia bakal melancarkan sebuah lagu istimewa.

IKLAN

Haqiem sebelum ini pernah berkongsi hasratnya untuk mendirikan rumah tangga menerusi sesi Instagram live, Mei lalu.

Bagaimanapun setakat ini, Haqiem masih belum mendedahkan identiti bakal suri hatinya kepada umum.

“Saya Nak Minta Maaf Tak Dapat Jemput Semua,” – Nikah Hari Ini, Haqiem Rusli Kongsi Suasana Persiapan Majlis “Saya Nak Minta Maaf Tak Dapat Jemput Semua,” – Nikah Hari Ini, Haqiem Rusli Kongsi Suasana Persiapan Majlis

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Haqiem Rusli

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI