Vanessa Angel dan suaminya, Bibi Ardiansyah maut dalam satu kemalangan di Tol Ngajuk yang menghala ke Surabaya, Jawa Timur hari ini. Ketua Polis Bahagian Jawa Timur, Kombes Gatot Kepli Handoko telah mengesahkan bahawa selebriti tersebut dan suaminya merupakan mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian.

Pelakon Indonesia, Vanessa Angel Maut Dalam Kemalangan Jalan Raya Bersama Suami
Kenderaan yang dinaiki remuk teruk. Sumber gambar: Tribun News

Menerusi laporan CNN Indonesia, polis menyebut dua orang yang meninggal di dalam kecelakaan tersebut. “Dua orang meninggal dunia manakala tiga mengalami luka-luka. Dan dua orang yang meninggal dunia itu adalah Vanessa Adzania dan Febri Andriansyah,” ujar Gatot kepada para wartawan dalam satu kenyataan.

Pelakon Indonesia, Vanessa Angel Maut Dalam Kemalangan Jalan Raya Bersama Suami

Jenazah pasangan suami isteri itu telah dibawa ke Rumah Sakit Bhayangkara Surabaya manakala tiga individu lain yang mengalami kecederaan pula di bawa ke Rumah Sakit Kertosono  Nganjuk.

Tiga individu lain yang mengalami kecederaan tersebut dipercayai ialah anak pasangan popular ini, pemandu dan juga pengasuh.

Pelakon Indonesia, Vanessa Angel Maut Dalam Kemalangan Jalan Raya Bersama Suami

Meninjau ke Instagram milik Vanessa, ramai rakan selebriti dan peminat yang meluah rasa terkejut dengan pemergiannya. Bahkan masing-masing meluahkan rasa sedih menerusi hantaran di laman Instagram. Antara selebriti yang dekat dengan pasangan tersebut ialah pelakon popular, Nirina Zubir. Mereka tinggal di kawasan kompleks kediaman yang sama.

Di laman Instagramnya, pelakon yang popular menerusi filem seperti My Heart dan juga Ali & The Queens itu menulis, “Tak percaya tetapi benar terjadi. Terkejut, sedih. Semoga diberi tempat tebaik disisi yang maha kuasa.”  Dia menyambung lagi, “Selamat jalan adik-adikku, perjuangan kalian menjalani hidup menjadi inspirasi untuk kita semua.”

IKLAN
Pelakon Indonesia, Vanessa Angel Maut Dalam Kemalangan Jalan Raya Bersama Suami
Sumber: Instagram Story Nirina Zubir

Pelakon Indonesia, Vanessa Angel Maut Dalam Kemalangan Jalan Raya Bersama Suami

Dalam satu laporan oleh Tribun News, Nirina yang ditemui wartawan tidak mampu memberikan sebarang komen. Dia hanya berkata, “Maaf, saya tak boleh, tak boleh. Hati saya bercampur aduk.”

Pelakon Indonesia, Vanessa Angel Maut Dalam Kemalangan Jalan Raya Bersama Suami
Vanessa dan suami bersama anak tunggal mereka, Gala Sky Adriansyah.

Pelakon Indonesia, Vanessa Angel Maut Dalam Kemalangan Jalan Raya Bersama Suami

Vanessa memulakan karier dalam dunia seni hiburan sebagai pelakon menerusi sebuah sinetron yang berjudul, Cinta Intan pada tahun 2008 ketika berusia 16 tahun.

Pada penghujung  tahun 2019 dia bernikah secara rahsia bersama Bibi Adriansyah dan ikatan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Gala Sky Adriansyah.

IKLAN

Sumber: (1), (2)

Sumber gambar: Instagram Vanessa Angel

 

 

IKLAN

 

 

 

 

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI