Pelakon dan usahawan, Anzalna Nasir meluahkan rasa teruja apabila berat badannya turun sebanyak enam kilogram (Kg) hanya dalam tempoh seminggu, sekali gus kembali kepada berat ideal yang diinginkannya.
Menurut Anzalna, sebelum ini dia sering berkongsi mengenai peningkatan berat badannya yang pernah cecah 51Kg.
Bagaimanapun, pelakon drama Dendam Aurora itu menjelaskan penurunan berat badan yang dialaminya bukan berpunca daripada usaha berdiet.
Sebaliknya disebabkan keadaan kesihatan yang kurang baik sehingga menyebabkan dia hilang selera makan.
Ads
“Guess what? I berjaya turunkan berat badan dalam masa seminggu.
“Hari tu asyik cakap dekat orang yang berat I tiba-tiba naik sampai 51Kg.
“Itu dah kira berat masa pregnant dah,” tulis ibu kepada dua cahaya mata itu menerusi satu hantaran di aplikasi Threads.
Anzalna Mahu Kembali Jaga Kesihatan
Dalam hantaran sama, bekas finalis Dewi Remaja 2009/2010 itu memaklumkan dia kini mahu kembali memberi fokus terhadap penjagaan kesihatan dan mengamalkan gaya hidup yang lebih seimbang.
Ads
Jelasnya lagi, dia sebenarnya baru merancang untuk memulakan diet, namun keadaan kesihatannya yang kurang baik menyebabkan selera makannya hilang, sekali gus menyumbang kepada penurunan berat badan secara mendadak.
Sebuah filem terbitan negara Arab berjudul Mr VIP yang menampilkan gandingan aktor sensasi terkenal, Karim Abdel Aziz dan jelitawan Yasmine Sabri, dilaporkan sedang menjalani penggambaran di Malaysia.
Menjadikan ibu negara sebagai antara lokasi utama, filem terbitan syarikat produksi gergasi dunia perfileman Arab, Synergy Plus itu turut dijayakan menerusi kerjasama dengan Inifinity Films yang diterajui Abdulrahman Suud.
Difahamkan, filem arahan Mootaaz El Tomy itu memulakan penggambaran secara tertutup tanpa sebarang hebahan sejak 21 Jun lalu dan mengambil tempoh lebih dua minggu untuk disiapkan.
Lebih menarik, kos pembikinan filem berkenaan masih dirahsiakan, namun projek itu mendapat sokongan penuh daripada kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), selain Agensi Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Menurut Abdulrahman yang membesar di Malaysia lebih puluhan tahun selain pernah mencuba nasib sebagai pelakon bersama produksi tempatan, dia berbangga dapat mempromosikan negara ini ke pentas industri perfileman Timur Tengah.
“Boleh dikatakan lebih 40 peratus penggambaran filem ini disiapkan di Malaysia. Malah selepas berakhir penggambaran di sini, proses pos produksi juga bakal diadakan di Malaysia.
“Sepanjang tempoh penggambaran, kedua produksi cuba ‘mengeksploitasi’ keindahan Malaysia sekali gus mempromosi pelancongan dan mempamerkan keindahan Malaysia serta rakyatnya.
“Kami harus berterima kasih kerana semua Ini dapat direalisasikan dengan sokongan MOTAC untuk memastikan kelancaran projek mega ini.
“Tambahan pula, Malaysia dan Mesir sudah menjalinkan hubungan diplomatik yang erat sejak sekian lama. Ia juga mendorong kami untuk menumpukan perhatian kepada Malaysia sebagai bukti kasih sayang yang dikongsi antara kedua-dua negara,” katanya.
Abdulrahman turut menggalas tanggungjawab sebagai penerbit eksekutif filem terbabit turut menambah, kerjasama di antara Synergy Plus dan Infinity Films diharap menjadi pemangkin kepada lebih banyak projek melibatkan kedua-dua negara pada masa akan datang.
“Kalau boleh selepas ini, kami mahu syarikat penerbitan filem dan TV Arab terus menjadikan Malaysia sebagai lokasi utama penggambaran. Moga jalinan ini akan terus ada kesinambungannya.
“Saya lakukan semua ini juga atas kecintaan terhadap Malaysia. Negara ini bagai sebati dalam diri dan kecintaan terhadap Malaysia tiada belah bahagi.
“Saya datang ke sini ketika berusia lapan tahun. Sebelum itu saya menetap di Jepun dan India.
“Selepas ibu bapa menerima tawaran bekerja di KL, kami sekeluarga berpindah ke sini pada 1992. Saya bersekolah dan mencari rezeki di Malaysia.
“Setiap kali meninggalkan Malaysia, pasti saya tidak sabar untuk kembali,” katanya yang dilahirkan di Iraq.
Penggambaran Tertutup, Babit 220 Kru Tempatan
Mengulas mengenai proses penggambaran yang berlangsung secara tertutup di sekitar Kuala Lumpur, Abdulrahman menjelaskan perkara itu adalah selaras dengan polisi ketat yang ditetapkan oleh pihak produksi.
“Memang agak ketat sebenarnya cara dan polisi kerja produksi filem ini. Ia juga didorong dengan sebab kemasyhuran aktor otai, Karim Abdel Aziz.
“Beliau dianggap sebagai bintang nombor satu di sana dan mampu menarik peminat serta penonton untuk serbu ke pawagam.
“Pendek kata, pelakon berkenaan antara pelaris dan paling mahal di sana. Malah gambar atau ‘footage’ penggambarannya di set atau lokasi juga tidak boleh didedah atau dikongsi sewenang- wenangnya,” katanya lagi.
Malah, penggambaran Mr VIP di Malaysia melibatkan seramai 220 kru tempatan serta 33 kru termasuk barisan artis dari Mesir.
“Dalam filem bercorak komedi sosial ini, Karim dan Yasmine berlakon sebagai pasangan suami isteri. Ia juga menjadi gandingan kedua mereka bersama. Pelawak terkenal Mesir, Mostafa Khater turut membintangi filem ini,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan dan pempengaruh, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek meluahkan rasa terhadap persepsi segelintir pihak yang didakwa gemar menilai kehidupan seseorang hanya berdasarkan apa yang dipaparkan di luaran.
Menurut Afifah yang mesra disapa Dr Fie, dia kini hanya mahu fokus dan berusaha bangkit semula untuk mengejar impian serta membina kehidupan yang lebih baik.
“Agak lucu bila lihat bagaimana hidup berjalan. Bila saya sedih, ramai tanya, ‘Fie okay ke? Dah makan?’.
“Tapi bila saya sibuk membina hidup, kejar impian, kerja siang malam. Soalan itu sudah tak ada.
Selepas tujuh tahun berehat daripada dunia lakonan, pelakon popular Azar Azmi akhirnya kembali menghiasi kaca televisyen menerusi drama bersiri terbahar, Bulan Henti Bicara, yang mula bersiaran malam ini menerusi slot Megadrama Astro Ria.
Sejak pengumuman rasmi mengenai pembabitannya dibuat pada Mei lalu, keterujaan peminat jelas dapat dirasai.
Malah, video pengumuman yang diterbitkan oleh Bambam Studios mencetuskan fenomena apabila meraih lebih sejuta tontonan di TikTok dalam tempoh kurang 24 jam.
Ia sekali gus membuktikan nama bekas peserta Dewi Remaja sezaman Neelofa dan Anzalna ini masih mempunyai pengaruh besar dalam industri hiburan tempatan.
Lebih menarik, dia kali ini membawa watak yang penuh emosi dalam naskhah yang mengangkat isu kekeluargaan, kasih sayang, pengorbanan dan penderaan rumah tangga.
“Saya mengambil masa seminggu untuk memberi jawapan menerima watak Faziah yang diberikan.
“Untuk jadi Faziah bukan mudah kerana dia mengharapkan kasih sayang tetapi tidak dapat.
“Untuk menerima watak ini, saya diyakinkan sendiri oleh penerbit, pengarah dan pasukan kerja.
“Alhamdulillah saya dapat bekerjasama dengan kak Eyra yang sangat membantu untuk membentuk seorang Faziah,” kata Azar.
Bulan Henti Bicara mengisahkan perjalanan hidup Zulfa, yang terperangkap antara tanggungjawab sebagai anak yang taat kepada bapanya dan sebagai isteri yang menjadi mangsa penderaan mental serta fizikal.
Dalam usahanya mempertahankan maruah dan kebahagiaan keluarga, Zulfa perlu berdepan pelbagai ujian yang menguji kekuatan hati, kepercayaan dan harga dirinya.
Drama adaptasi novel karya Rissa Ahdiya ini diarahkan oleh Eyra Rahman dan dibintangi barisan pelakon berpengalaman serta generasi baharu seperti Ezzanie Jasny, Azhan Rani, Azar Azmi, Ali Reza, Farah Ahmad, Hushairy Hussein dan ramai lagi.
Dengan jalan cerita yang sarat emosi, Bulan Henti Bicara dilihat berpotensi menjadi antara naskhah yang paling hangat diperkatakan tahun ini, sekali gus meneruskan momentum kejayaan slot Megadrama Astro.
Drama 28 episod ini bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di Astro Ria, selain boleh distrim pada bila-bila masa menerusi aplikasi sooka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Pelakon, Ezaidi Aziz percaya kecantikan dan ketampanan sebenar tidak hanya bergantung kepada perubahan fizikal menerusi pembedahan kosmetik semata-mata, sebaliknya ia bermula dengan penjagaan kulit...