Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad meluahkan rasa kesal terhadap segelintir indivudu yang terlalu berserah sehingga kurang mempraktikkan langkah berjaga-jaga untuk menangani penularan COVID-19.
Pelakon Jujurlah Nikahi Aku itu memberi perumpamaan sekiranya mereka tidak takut dengan virus Corona ini, mereka juga tidak sepatutnya takut kepada haiwan liar seperti singa.
Bapa saudara penyampai radio Kool FM, Muaz Mohamed iaitu Idris Atan disahkan meninggal dunia akibat jangkitan wabak Covid-19, jam 3.22 petang tadi.
Perkara itu dikongsikannya di Instagram.
Sekali gus, ia menjadi kejutan besar buat seluruh ahli keluarganya.
“Benda yang saya paling takut, terjadi jugak, Pak uda saya, iaitu Idris bin Atan, telah pergi selamanya, kami sekeluarga masih terkejut dengan apa yang berlaku, begitu cepat virus covid ini merebak, Moga mak uda, kak long, kak ngah @syahirahidris n lokman kuat dalam menghadapi dugaan yang getir ini” tulisnya.
Dalam masa sama, Muaz turut meluahkan rasa sedih kepada ahli keluarga bapa saudaranya dan mendoakan kesejahteraan agar arwah dipermudahkan segala urusan.
“Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..AlFatihah,” akhirinya.
Allahyarham Idris merupakan antara empat mangsa yang disahkan meninggal dunia hari ini, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat ini kepada lapan kematian.
Foto: Instagram Muaz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Zahirah MacWilson, akui dirinya tidak rasa bimbang dengan tanggapan sesetengah pihak bahawa ‘saham’ seseorang artis itu akan jatuh sekiranya mereka mendirikan rumah tangga.
Ini kerana baginya, apa yang lebih penting adalah bakat dan peminat kini bijak untuk menilai.
Pada masa sama, pemilik nama lengkap Nur Zahirah MacWilson Zainol ini juga percaya rezeki dan masing-masing mempunyai pandangan sendiri terhadap persepsi tersebut.
“Sebenarnya saya tak kisah dengan pandangan orang yang mengatakan apabila seorang selebriti itu sudah kahwin, ‘saham’ akan jatuh.
“Bagi saya, kita tak boleh halang apa orang nak kata sebab macam mana pun mereka tetap akan bercakap juga.
“Akan tetapi pada akhirnya, itu semua berbalik kepada rezeki masing-masing. Sebab itu saya percaya kepada rezeki,” kata bintang cantik berusia 25 tahun itu.
Terdahulu, Zahirah dan suaminya, pelakon Aiman Hakim Ridza sah bergelar suami isteri 20 Februari lalu dengan sekali lafaz di Foyer Glamhall Mercu Mustapha Kamal, Petaling Jaya.
Pasangan ini terlebih dahulu mengikat tali pertunangan pada 8 Jun tahun lalu di kediaman keluarga aktres itu di Perth, Australia.
Dalam perkembangan lain, Zahirah kini berdebar untuk menantikan reaksi peminat terhadap filem sulung lakonannya, Bulan & Pria Terhebat yang bakal ditayangkan 12 Mac ini.
Filem aksi arahan pengarah Ghaz Abu Bakar l yang diterbitkan bersama oleh Astro Shaw, Nizra Entertainment dan Skop Production itu turut dibintangi Maya Karin, Khir Rahman, Zizan Razak, Alif Hadi, Bell Ngasri, Didie Alias, Aprena Menrose, Sein Qudsi, Rashid Ishak dan ramai lagi.
Foto: Instagram Zahirah MacWilson
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Alhamdulillah.. syukur kehadratMu Ya Allahhh. Kau panjangkan usia kami, Kau murahkan rezeki kami .. Kau menjemput kami menjadi tetamuMu Ya Rob.. sungguh besar kurniaan yang Engkau berikan pada kami Ya Allahhh.. kami bersyukur.
“Bergelinang air mata mengerjakan umrah kali ini.. Sahabat2 yang ku sayangi.. Deqsha, Ery , Fawzi yg telah kuanggap seperti adikku sendiri.. Muti yang telah menjadi sebahagiaan dlm hidup ini juga kak intan yang kuanggap kakak sulung yg byk memberi perhatian dan ksih sayang buat ku.. semuanya bersatu hati dan terpanggil utk mengerjakan umrah bersama.
“Semuanya KERAN INGIN MENDEKATI DAN MENANAM KECINTAAN YANG DALAM PADA MU YA ROBBB.. YA RASULULLAH…. Tak mampu kami lalukan apa yg telah kami lakukan tanpa ada bimbingan dan sokongan yg padu dari ustaz Anaz yg lembut bicaranya.. tinggi santunnya dan tenang serta damai orangnya,” tulis Erra sambil disusuli dengan kredit.
Sementara itu di dalam sebuah lagi entri, Erra turut mendoakan agar semua berpeluang untuk ke tanah suci selain mendoakan yang terbaik atas situasi semasa yang menimpa.
“Ku doakan seisi keluarga, sahabat2 juga followers IGku menjadi tetamu Allah suatu hari nanti.. kpd yg sedang terhalang pemergian ke tanah suci, sama2 kita bersoa agar keadaan kembali pulih.
“Pasti ada Rahmat disebalik larangan kerajaan Saudi buat masa ini. Bertabah dan terus berdoa ya.. Moga ada jalan dan dpermudahkan.. Aminnn,” titip Erra.
Erra sebelum ini pernah menunaikan haji dan ini temu bualnya bersama MH mengenai perkara itu;
Foto: Instagram Erra Fazira
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas menyaksikan penyingkiran pertama minggu lalu, pentas Kilauan Emas Selebriti (KES) menjadi semakin sengit apabila dua lagi peserta terpaksa menamatkan perjuangan mereka pada saingan konsert minggu kelima, malam tadi.