Meskipun tampak kuat dan tabah pada zahirnya, namun penyanyi dan pelakon, Rafidah Ibrahim akui ada ketikanya dia juga sedih bila mengenangkan kembali dugaan yang melanda dirinya selepas mengalami keguguran kali kedua, baru-baru ini.

Bagaimanapun, Rafidah memberitahu, dia tidak mahu perasaan sedih itu menguasai dirinya kerana percaya setiap yang berlaku itu pasti ada hikmah.

“Belum Tentu Saya Dapat Jaga Anak Itu Sebaik Mana Allah Jaga Dia,” – Rafidah Ibrahim Elak Sedih Berlebihan Selepas Keguguran, Percaya Ada Hikmah “Belum Tentu Saya Dapat Jaga Anak Itu Sebaik Mana Allah Jaga Dia,” – Rafidah Ibrahim Elak Sedih Berlebihan Selepas Keguguran, Percaya Ada Hikmah

“Belum Tentu Saya Dapat Jaga Anak Itu Sebaik Mana Allah Jaga Dia,” – Rafidah Ibrahim Elak Sedih Berlebihan Selepas Keguguran, Percaya Ada Hikmah“Ramai yang kata saya kuat dan tabah. Saya tetap manusia biasa yang ada perasaan sedih saat kehilangan. Tapi sedih yang berlebihan pun tak bagus.

“Itu pentingnya kita mendekatkan diri dengan agama kerana Islam itu menenangkan dan setiap jawapan dalam kehidupan ada di situ. Kita tak berdaya apapun di atas muka bumi ini selain daripada Dia,” tulis Rafidah.

Luahan tersebut dikongsikan pelakon filem Adik Manja Returns itu menerusi sebuah hantaran di ruangan Instagram stories.

IKLAN

“Belum Tentu Saya Dapat Jaga Anak Itu Sebaik Mana Allah Jaga Dia,” – Rafidah Ibrahim Elak Sedih Berlebihan Selepas Keguguran, Percaya Ada Hikmah “Belum Tentu Saya Dapat Jaga Anak Itu Sebaik Mana Allah Jaga Dia,” – Rafidah Ibrahim Elak Sedih Berlebihan Selepas Keguguran, Percaya Ada Hikmah

Dalam pada itu, Rafidah turut mengingatkan agar sentiasa bersangka baik denganNya meskipun saat ditimpa ujian yang berat.

“Sabar juga merupakan ibadah dan itu ibadah yang menyakitkan. Kita sebagai umat Islam sentiasa berpegang pada rukun Iman yang ke-5, percaya pada qada’ dan qadar.

“Haram sifat zalim pada Allah. Jadi, sentiasalah bersangka baik dalam setiap perkara yang berlaku. Hasbunallah wanikmal wakil. Allah sebaik-bail wakil,” jelasnya lagi.

IKLAN

Rafidah turut menambah, dia dan suami kini sedang berusaha untuk reda dan menerima kenyataan bahawa hasrat mereka untuk menimang cahaya mata masih lagi belum kesampaian.

“Dalam dunia fitnah, saya terfikir, belum tentu saya dapat menjaga anak itu sebaik sekarang di mana Allah menjaga dia. Saya dan suami selalu ingatkan satu sama lain.

“Abdullah dah mula mendoakan kita dan menunggu kita di sana. Tanggungjawab kita adalah berada dalam syahadah dan tidak mensyirikkan Allah,” akhirinya.

IKLAN

“Belum Tentu Saya Dapat Jaga Anak Itu Sebaik Mana Allah Jaga Dia,” – Rafidah Ibrahim Elak Sedih Berlebihan Selepas Keguguran, Percaya Ada Hikmah “Belum Tentu Saya Dapat Jaga Anak Itu Sebaik Mana Allah Jaga Dia,” – Rafidah Ibrahim Elak Sedih Berlebihan Selepas Keguguran, Percaya Ada Hikmah

Terdahulu, Rafidah dilaporkan mengalami keguguran kali kedua pada tanggal 24 Jun lalu selepas kali pertama pada November tahun lalu.

Sekadar informasi, Rafidah dan suami, Shahzemir Shahzulkarib, 38, telah mendirikan rumah tangga pada 5 Mei 2021.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Rafidah Ibrahim

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI