Vokalis kumpulan Floor 88, Ayie Elham mendedahkan dia dan isteri lebih selesa untuk tidak mengambil tahu mengenai jantina anak sulung mereka buat masa sekarang.

Menurut Ayie atau nama sebenarnya Nik Fadlee Elhamshah, dia dan isteri mahu menjadikan momen tersebut sebagai kejutan kerana ia merupakan pengalaman pertama mereka untuk bergelar ibu dan ayah.

“Beli Baju Pun ‘Play Safe’, Lelaki Perempuan Boleh Pakai,” – Tak Nak Tengok Jantina Anak, Ayie Elham & Isteri Mahu Kejutan

“Buat masa sekarang, jantina belum nampak lagi. Baru-baru ini masa saya pergi check up, doktor pun kata nampak samar-samar. Doktor dah nampak tapi belum boleh sahkan.

“Saya pun sebenarnya tak nak tahu jantina anak saya. Saya nak surprise sampai usia kandungan lapan bulan nanti,” katanya kepada MH.

Penyanyi asal Tawau, Sabah itu berkata sedemikian dalam satu temuramahnya bersama MH, baru-baru ini.

“Beli Baju Pun ‘Play Safe’, Lelaki Perempuan Boleh Pakai,” – Tak Nak Tengok Jantina Anak, Ayie Elham & Isteri Mahu Kejutan “Beli Baju Pun ‘Play Safe’, Lelaki Perempuan Boleh Pakai,” – Tak Nak Tengok Jantina Anak, Ayie Elham & Isteri Mahu Kejutan

IKLAN

Ditanya mengenai soal persediaan barangan menyambut kelahiran cahaya mata sulung, Ayie memaklumkan dia dan isteri telah pun membeli pakaian yang sesuai dipakai buat lelaki dan perempuan.

“Saya dah pun beli baju baby tapi saya beli baju jenis yang agak selamat. Beli baju yang lelaki dan perempuan boleh pakai. Warna pun lebih kurang.

“Saya inginkan anak lelaki dan isteri saya nakkan anak perempuan. Kami pun selalu bergurau mengenai soal jantina anak ini.

“Tapi ini hanyalah untuk mengeratkan lagi hubungan kami. Ini usaha saya untuk dia lupakan sekejap sakit yang dia rasa,” kongsinya lagi.

IKLAN

“Beli Baju Pun ‘Play Safe’, Lelaki Perempuan Boleh Pakai,” – Tak Nak Tengok Jantina Anak, Ayie Elham & Isteri Mahu Kejutan

Dalam pada itu, Ayie turut mendedahkan dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk memenuhi segala kehendak isteringa ketika sedang hamil ini.

“Usia kandungan isteri saya dah masuk empat bulan. Sepanjang tempoh kehamilan ini, saya masih lagi boleh atasi mengenai soal mengidam atau emosi.

“Pernah satu hari dia mengidam nak kuih raya pukul 11 malam. Saya pun tak tahu mana nak cari. Di stesen minyak, saya jumpa tat nanas tapi nanas pula tak boleh makan.

IKLAN

“Kemudian, saya post di stories dan lima minit selepas itu, sepupu saya kata dia ada kuih raya. Mereka hantar di kedai saya dari Rawang. Sokongan daripada keluarga pun banyak bantu.

“Isteri saya tidaklah mengidam pelik-pelik macam nak makan sabun atau nak gigit suami. Dia lebih kepada makanan yang masam-masam. Buat masa ini saya boleh lagi handle,” akhirinya.

“Beli Baju Pun ‘Play Safe’, Lelaki Perempuan Boleh Pakai,” – Tak Nak Tengok Jantina Anak, Ayie Elham & Isteri Mahu Kejutan

Sekadar informasi, Ayie dan isterinya, Tasha Awie berkahwin pada 21 Oktober 2021 selepas hampir 11 bulan mengikat tali pertunangan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Instagram Ayie Elham

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI