Kehilangan bintang hebat dalam industri hiburan pastinya meninggalkan kesan yang mendalam. 

Pemergian mereka turut mengejutkan penggiat seni serta orang ramai. 

MH bawakan antara bintang yang telah pergi meninggalkan kita buat selamanya.

Al-Fatihah…

1.Khalid Shamsuri atau Rab Khalid

Allahyarham Rab Khalid merupakan pelakon komedi yang sering menjadi pilihan pengarah Mamat Khalid. 

Antara filem popular Allahyarham ialah Rumah Pusaka Di Simpang Jalan dan Hantu Kak Limah Balik Rumah. 

Allahyarham disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung pada 25 Januari 2018 di Hospital Ampang.

Belasungkawa: “Hilangnya Permata Seni,”- 5 Bintang Ini Telah Pergi Menghadap Illahi

2. Zaibo 

IKLAN

Zaibo atau nama sebenarnya Zainal Ariffin Abdul Hamid merupakan seorang pelawak senior yang dilahirkan di Padang Besar, Perlis. 

Antara lakonan yang sering menjadi ingatan ramai ialah siri komedi Spanar Jaya sebagai Pak Selamat iaitu pemilik bengkel kereta.

Pada September 2018, Allayharham disahkan menghidap kanser esofagus tahap empat. 

Allahyarham meninggal dunia pada 14 November 2018.

Belasungkawa: “Hilangnya Permata Seni,”- 5 Bintang Ini Telah Pergi Menghadap Illahi

3.Saiful Nizen Mohd Ayob 

IKLAN

Allahyarham pernah membintangi  drama bersiri Gerak Khas (2014- 2017).

Allahyarham meninggal dunia pada 6 Ogos 2018 akibat kegagalan buah pinggang berikutan demam denggi pada usia 32 tahun.

Belasungkawa: “Hilangnya Permata Seni,”- 5 Bintang Ini Telah Pergi Menghadap Illahi

4. Pak Ngah

Allahyarham Datuk Suhaimi Mohd Zain atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah merupakan komposer Irama Malaysia yang cukup terkenal. 

IKLAN

Lagu-lagu Allahyarham sangat sininom dengan bintang-bintang hebat seperti DS Siti Nurhaliza, Noraniza Idris dan ramai lagi.

Allahyarham meninggal dunia di Batam, Indonesia pada 25 September 2018 kerana menghidap penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis.

Belasungkawa: “Hilangnya Permata Seni,”- 5 Bintang Ini Telah Pergi Menghadap Illahi

5. Saleem 

Allahyarham Saleem merupakan penyanyi utama kumpulan Iklim sebelum bergerak secara solo. 

Saleem atau nama sebenarnya Saleem Abdul Majeed dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia akibat kemalangan motosikal. 

Selepas hampir sebulan bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 14 Oktober 2018.

Belasungkawa: “Hilangnya Permata Seni,”- 5 Bintang Ini Telah Pergi Menghadap Illahi

Sumber : Carian Google 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI