Selepas muncul khabar angin yang mendakwa pasangan selebriti, Noh Salleh dan Mizz Nina berpisah, Mizz Nina kira-kira sejam lalu memuat naik petikan kata-kata Mufti Ismail Menk di laman Instagram.

Petikan kata berkenaan yang asalnya dalam bahasa Inggeris berbunyi tersebut berbunyi;

“Belajarlah untuk mendoakan semua orang. Ingat, hikmah berdoa itu sangat sangat bermakna, bila kita mendoakan untuk orang lain hal yang baik jadi kepada kita.

“Maha Esa membantu mereka yang tak jemu membantu orang lain. Jangan kedekut. Mulakan berdoa.”

Hantaran berkenaan setakat ini mendapat lebih 25,000 tanda bersama ribuan komen daripada rakan selebriti dan peminat Nina atau nama sebenarnya, Shazrina Azman.

IKLAN

Rata-ratanya dilihat memberikan kata semangat dan sokongan serta doa yang baik-baik buat dirinya.

Fazura, Mira Filzah, Dayah Bakar dan Fedtri Yahya antara rakan selebriti yang turut meninggalkan komen pada muat naik berkenaan.

IKLAN

Terdahulu, khabar angin perpisahan mereka diperkatakan ramai selepas mereka didakwa sudah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak semalam.

Malah, seorang pengguna Twitter ada membuat ciapan berkenaan perkara yang dipercayai berkaitan dengan hal tersebut selepas ditanya pengguna lain.

Media sebelum ini melaporkan, Noh, 37, atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh menafikan mengenai desas-desus keretakan rumah tangganya yang bertebaran di media sosial pada 13 Julai lalu.

IKLAN

“Entahlah, tiada komen. Korang semua kena tipu…good luck (selamat berjaya),” katanya ketika ditemui media.

Kemudian, beberapa hari selepas itu Mizz Nina, 42, atau memuat naik hantaran di Instagram yang seolah-olah memberi bayangan dia sedang melalui saat-saat sukar hingga mengundang pelbagai reaksi netizen. 

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011. Sekitar April lalu, mereka memperkenalkan Musa sebagai anak angkat bagi menyerikan rumah tangga mereka.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI