Pelakon Anna Jobling tidak melihat sebarang kebaikan atas komen atau kritikan tidak membina dengan memberikan ulasan berbentuk ‘face shaming’ terhadap finalis Pencarian Dewi Remaja edisi terbaharu di media sosial.

Bagaimanapun, Anna yang juga finalis Dewi Remaja 2018/19 berkata, perkara terbaik yang perlu dilakukan finalis ketika ini ialah fokus terhadap pertandingan yang sedang berjalan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ANNA JOBLING (@annajobling)

“Semua orang ada kecantikannya yang tersendiri. Pada sayalah, kalau anda fokus kepada perkara yang tidak baik diperkatakan di luar sana, kita tak kan ke mana.

“Jadi lebih baik untuk kita fokus kepada diri sendiri. InsyaAllah, kita akan dapat apa yang kita mahuka,” katanya kepada MH.

Pelakon Melur Untuk Firdaus ini juga meminta segelintir netizen untuk lebih berhati-hati terhadap sebarang komen yang ditinggalkan.

IKLAN

“Tengok diri kita depan cermin dulu sebelum nak kutuk orang lain. Tiada siapa yang sempurna. Masing-masing ada kekurangan dan kelebihan tersendiri.

“Jadilah orang yang positif, tak susah pun. Kalau hanya nak bercakap mengenai keburukan seseorang rasanya tak perlu kot. Saya tak nampak di mana manfaatnya,” katanya lagi.

Anna pada masa sama turut menitipkan dedikasi buat para finalis tahun ini agar terus komited tidak hanya ketika sepanjang pertandingan, tetapi juga selepas pencarian berakhir.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ANNA JOBLING (@annajobling)

IKLAN

“Saya mahu mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka. Buat yang terbaik dan rezeki ada di mana-mana.

“Kalau tersingkir ke, menang ke… ia bergantung kepada bagaimana pembawakan diri anda apabila melangkah ke dalam industri kelak,” katanya.

IKLAN

Terdahulu, finalis Dewi Remaja 2022 teruk menerima kecaman segelintir netizen yang mempersoalkan mengenai pemilihan mereka untuk berada di dalam posisi finalis kerana didakwa tidak berapa cantik untuk diketengahkan sebagai Dewi Remaja.

Dewi Remaja anjuran Majalah Remaja sebelum ini sinonim menjadi platform buat gadis remaja untuk terjun dalam dunia glamor, seterusnya melakar sukses dalam bidang tersebut.

Antara nama besar yang lahir daripada pencarian berkenaan ialah Aleeza Kassim, Juliana Banos, Rozita Che Wan, Scha Alyahya, Neelofa, Anzalna dan ramai lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

https://youtu.be/lKzn6GUIO-8

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI