Nama penyanyi Elyana kembali menjadi sebutan ramai selepas dia memuat naik foto tidak memakai tudung di laman Instagram miliknya.

Ia seterusnya mencetuskan pelbagai spekulasi, masing-masing bertanya punca penyanyi itu bertindak sedemikian rupa memandangkan sebelum ini, dia kerap memuat naik foto berselendang atau mengenakan hijab.

Dalam foto tersebut, Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal, 35, memakai baju tertulis ‘jadi diriku’.

Elyana ‘Up’ Foto Tak Pakai Tudung, Akses Ruang Komen Ditutup

Malah, ruang komen foto yang dimuat naik di Instagram turut ditutup.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada foto tersebut adalah gambar lama atau sebaliknya.

IKLAN

Beberapa hari lalu, pelakon drama Dunia Baru itu menempelak segelintir netizen yang menuduhnya menjaja kisah penyakit kanser demi untuk meraih simpati ramai sekali gus menyuarakan hasrat untuk bersemuka dengan individu terbabit.

Pada bulan lalu, dia mengakui penat hidup berpura-pura kuat seperti yang sering dipaparkan kepada umum selama ini.

Elyana ‘Up’ Foto Tak Pakai Tudung, Akses Ruang Komen Ditutup

IKLAN

Katanya, dia bukan seorang insan yang sesuai dijadikan contoh oleh masyarakat terutama dalam berdepan ujian menghadapi penyakit kanser seperti sebelum ini.

Terdahulu, pada Disember tahun lalu, dia mengumumkan berita gembira apabila disahkan bebas daripada kanser limfoma yang dihidapinya sejak 12 tahun lalu.

Elyana buat pertama kali membuka mulut membuat pendedahan mengenai kanser limfoma tahap empat dihidapinya selepas tersingkir pada minggu kelima program realiti, Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pada 2017.

IKLAN

Elyana mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Khairul Anuar Husin pada 2010 dan dikurniakan seorang anak perempuan Cinta Sumayyah, 10, dan anak angkat, Cahaya Ramadhani yang kini berusia dua tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Elyana

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI