Usahawan yang popular namanya di corong radio, Najib Asaddok pernah digelar ‘bisnes air liur’. Bunyinya mungkin agak sinis, namun itulah realitinya apabila dia akhirnya berjaya membina empayar perniagaan dengan memberi perkhidmatan latihan secara dalam talian kepada golongan peniaga.
Najib, 39, atau nama sebenarnya Mohd Najib Asaddok baru-baru ini yang sedang membuat sesi ‘live’ dihujani dengan pertanyaan seorang pengguna laman sosial yang bertanyakan soalan berunsur provokasi iaitu; ‘apa bisnes Najib yang sudah berjaya sehingga dia layak mengajar orang lain mengenai ilmu pemasaran?’
Lalu, sesi itu mendapat komen beberapa pengguna laman sosial lainnya yang mempertikai kejayaan diraih hanya dengan ‘menjual air liur’ semata-mata.
Najib yang juga pengasas syarikat Momentum Internet Sdn Bhd sejak 2014 tak mahu ambil pusing segala komen yang dilontarkan.
“Ketika buat sesi siaran langsung itu, saya sedang membincangkan topik agak serius berkaitan isu peniaga yang mengalami kejatuhan dalam jualan. Tapi, apabila terdapat komen dan soalan sama berulang kali, ia lebih kepada provokasi dan berniat nak menjatuhkan kredibiliti.
“Saya juga orang biasa yang mempunyai emosi dan perasaan. Dalam masa sama, ramai lagi memberikan komen positif dan sokongan yang mana mereka berkongsi kisah kejayaan dalam perniagaan selepas mengikuti kelas saya.
“Bagi saya, ini lebih menggembirakan serta memberi semangat pada saya,” kata Najib yang sebenarnya mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan sejak di bangku sekolah.
Ads
Dia pada awalnya ingin mengubah nasib diri dan kehidupan keluarga.
“Pada usia 11 tahun ayah saya meninggal dunia. Ketika itu mak hanya pekerja kilang dengan pendapatan RM300 hingga RM500 sebulan. Malah, sejak kecil lagi saya bersama lima beradik lain tinggal dengan datuk. Dengan bantuan datuk juga, kami adik beradik cukup makan, pakai dan sekolah.
“Dari sekolah lagi saya sudah berniaga dengan terbabit sebagai ketua koperasi di sekolah menengah. Pada 2004 saya sudah mula membuat perniagaan jualan langsung yang mana ketika itu masih menuntut di sebuah universiti awam tempatan.
“Kemudian, pada 2006 hingga 2008 saya terbabit dengan perniagaan menjual produk kesihatan. Saya buat jualan di sekolah, buka ‘booth’, masuk ekspo dan beberapa pejabat kerajaan. Dalam masa sama, sepanjang tempoh itu juga saya mula menjadi pelatih dengan memberi latihan kepada orang yang mahu mula berniaga.
Ads
“Semua yang saya buat ini bukan semata mata minat, tapi terpaksa sebab saya berasal daripada keluarga susah,” katanya yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi termasuk menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Perniagaan dan Pengurusan (MBA) di Anglia Ruskin University kampus Kolej FTMS Cyberjaya (2018).
Malah, Najib kini sedang menuntut di peringkat Kedoktoran dalam bidang Pentadbiran Perniagaan (DBA) di Open University Malaysia (OUM).
Daripada seorang jurujual, Najib membuat anjakan dalam kerjayanya apabila menukar strategi dengan terbabit dalam perniagaan secara dalam talian pada 2009. Berbekalkan pendapatan mencecah RM30,000 hingga RM50,000 sebulan, Najib mula dihimpit rakan dan orang sekeliling bagi mendapatkan rahsia kejayaan itu.
“Semua kawan bertanya macam mana saya boleh jualan hingga mencecah angka itu. Dari situ saya buat bisnes ‘coaching’ atau latihan hingga sekarang. Kebanyakan orang faham apabila berniaga hanya secara ‘offline’. Apabila mereka mula menyedari perniagaan dalam talian, saya ajar mereka cara nak bermula termasuk penggunaan ayat yang sesuai untuk tarik minat pelanggan.
Ads
“Alhamdulillah, pada 2020 saya membuat satu kelas berskala besar yang dihadiri 5,500 individu yang terdiri daripada usahawan pelbagai industri dan latar belakang. Pengalaman yang ada sepanjang terbabit dalam perniagaan dalam talian saya kongsikan kepada mereka. Ini juga berkat hasil saya berguru dengan Datuk Wira Dr Azizan Osman,” katanya.
Najib juga apabila menerusi syarikatnya dia sudah berjaya membantu lebih 400,000 usahawan menerusi e-book, video, buku, kelas dalam talian dan ‘offline’ yang dibuat secara percuma.
Baru-baru ini juga, syarikatnya memperoleh sijil Sirim ISO 9001:2015 yang membuktikan hasil kerja keras kakitangan Momentum yang mengikut segala prosedur.
Najib juga dinobatkan Anugerah Orang Muda Johor oleh DYAM Tunku Mahkota Johor selain menerima Anugerah Kepimpinan dalam Pemasaran peringkat Antarabangsa di Dubai tahun ini.
“Alhamdulillah, saya sudah berjaya membelikan sebuah rumah buat mak dan ibu bapa mertua. Pada 2019, saya hantar mak menunaikan haji. Baru-baru ini pula, saya membawa membawa isteri dan kedua mentua menunaikan haji. Rezeki nak tolong keluarga, Allah permudahkan semuanya,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Wanita dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan, termasuklah apabila berkongsi cerita mengenai haruman pilihan. Malah tidak dinafikan, lambakan jenama pewangi turut memberi ruang buat wanita di dalam memilih yang terbaik dengan cita rasa masing-masing.
Malah, para selebriti terkenal dunia juga tidak lokek untuk berkongsi haruman kegemaran masing-masing.
Pastinya ia bukanlah reviu berbayar memandangkan haruman pilihan masing-masing memang diakui mempunyai nota bauan wangi yang menyenangkan!
Megan Markle
The Duchess of Sussex seperti yang dilapor ada mengenakan haruman Jo Malone London’s Wild Bluebell sebagai pewangi hariannya. Hal tersebut dikatakan pernah dinyatakan menerusi laman blog, The TIG. Sementara untuk majlis keraian pula, figura itu lebih selesa memakai pewangi Bvlgari BLV II
Naomi Watts
Apabila ditanya Bazaar mengenai minyak wangi pilihan, aktres ini memberitahu dia menggemari nota bauan dari Kiehl’s Musk Eau de Toilette Spray and Kai by Gaye Straza Perfume Oil.
Hailey Baldwin
Super model yang juga isteri kepada Justin Bieber ini pula mengakui dia sukakan haruman dari Bond No. 9, ketika diwawancara oleh Elle Australia.
Blake Lively
Memetik Vogue Australia, bintang ini difahamkan lebih menyukai nota haruman yang berteraskan buah-buahan. Misalnya Gucci’s Eau Premiére adalah pilihan. Malah, Lively turut menggunakan Victoria’s Secret fruity sebagai mist di tangan.
Kylie Jenner
Percaya atau tidak yang bintang viral ini menggunakan haruman dari jenama Victoria’s Secret sebagai pilihan iaitu dari koleksi Victoria’s Secret Coconut passion spray? Bagaimanapun kami percaya, Kylie punyai ribuan koleksi minyak wangi yang pelbagai. Namanya pun Kylie Jenner kan?
Sumber: Harpes Bazaar UK
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin mengenang kembali saat pertama kali hatinya terdetik untuk mengenakan hijab lebih kurang sembilan tahun yang lalu.
Menurut Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin, pada peringkat awal, niatnya untuk berhijab hanyalah sekadar untuk menutup rambutnya yang rosak.
Mila Tak Sangka, Niat Tutup Rambut Rosak Bertukar Jadi ‘Hidayah’
Namun, dia sendiri tidak menyangka alasan tersebut juga yang menjadi asbab dia ingin berhijrah ke arah yang lebih baik.
“Pada 2014, saya ingat lagi waktu itu yang rambut saya rosak teruk kerana kerakusan saya sendiri. Nak buat macam-macam jenis gaya. Sekejap kerinting, lurus balik dan macam-macam lagilah. Padan muka.
“Selepas itu, terdetik di hati saya untuk bertudung. Walaupun pada mulanya bertudung itu hanya kerana nak menutup rambut yang rosak tapi saya bersyukur kerana itu menjadi asbab saya bertudung.
“Alhamdulillah, Allah tidak membolakbalikkan hati saya. Walaupun pada awalnya niat itu tidak betul, alhamdulillah Allah betulkan juga niat tu dan saya dapat bertudung serta menutup aurat.
“Nak cakap fasal tak tahu, sebenarnya memang dah tahu dah pun. Cuma buat-buat tak tahu pada waktu itu,” katanya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh juara program Akademi Fantasia musim ke-5 itu menerusi sebuah hataran video di laman Instagram miliknya.
Kita Semua Tak Sempurna, Moga Mereka Kembali Istiqamah
Video tersebut dikongsikan sebagai respon ekoran ramai rakan selebriti yang kini sedang diuji hingga memutuskan untuk tidak lagi mengenakan hijab. Mila turut menitipkan doa agar hati rakan-rakanya dijentik Allah untuk kembali istiqomah.
“Moga Allah tidak membolakbalikkan hatinya, memberikan hidayah dan bimbingnya ke arah kebaikkan. Kita semua ini tidak sempurna dan banyak dosa.
“Cuma tanggungjawab kita untuk menegur, kita sudah laksanakan. Tinggal doakan yang baik-baik je InsyaAllah,” kongsinya lagi.
Sharnaaz Ahmad menerusi laman Twitter memuatnaik kata-kata semangat buat Awi Rafael dan Atikah Suhaime ekoran majlis yang sepatutnya berlangsung Ahad ini dibatalkan secara mengejut.
Ulas pelakon lelaki ini, perancangan Allah lebih halus dan teliti, sebagai manusia kita harus reda dengan ketentuan.
“Buat awi dan atikah, harap bersabar dgn dugaan Allah ini.. perancangan Allah lebih halus dan teliti.. semoga awak berdua sentiasa dalam lindungan Allah.. jodoh perpisahan kematian sudah ditulis sahabat.. ujian buat kalian, redha dgn ketentuan Allah.”
Netizen turut bersimpati dan menyatakan adalah lebih baik perpisahan dilakukan sebelum mengikat tali pernikahan.
Suami kepada Noor Nabila ini kerap kali berkongsi kata-kata duka seolah-olah membayangkan apa yang sedang berlaku dalam rumahtangga.
Foto – Instagram Sharnaaz Ahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas lapan minggu bersaing dan membuktikan kemampuan, penyanyi Ariel Fesol mencipta kejutan apabila dinobatkan selaku juara Big Stage Aplha yang melabuhkan tirai saingannya di...