Penyanyi Datin Alyah yang sebelum ini pernah mengakui dirinya ada melakukan prosedur bariatrik atas faktor kesihatan berkongsi mengenai perkara tersebut melalui sebuah video yang dikongsikan di Instagram, pada Rabu.

Menurut Alyah, dia mendedahkan sebelum ini berat badannya pernah mencecah 68 kilogram dan ramai yang bertanya mengenai bagaimana fizikalnya boleh susut seperti sekarang.

“Ramai yang tanya macam mana boleh kurus? Orang tahu Alyah pernah besar dulu 68 kilogram dan ada macam-macam penyakit yang paling teruk, gastrik sampai muntah-muntah. Kalau siapa yang follow Alyah dari dulu pasti ada baca Alyah masuk hospital sebab gastrik teruk.

“Bila badan makin naik nak diet memang susah sebab gastrik yang Alyah alami. Sampai ada yang kata Alyah pregnant ke? Kalau betul takpe Alhamdulillah. Masalahnya belum ada rezeki lagi, terus bersangka baik pada Allah SWT,” kongsinya.

Datin Alyah Dedah Pernah Besar, Berat Cecah 68Kg; “Sampai Ada Yang Kata Pregnant Ke?”

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81)

Datin Alyah Dedah Pernah Besar, Berat Cecah 68Kg; “Sampai Ada Yang Kata Pregnant Ke?”
Penyanyi Meluruh ini pada masa sama mendedahkan, dia pernah menolak untuk membuat persembahan gara-gara masalah yang dialami sebelum ini.

“Ada waktu Alyah tolak nak pergi show sebab tak boleh nyanyi dengan baik, kejap-kejap semput kejap-kejap lelah. Dan bila orang sibuk menegur size badan kita Alyah mula rasa down sangat. Sebab kita tak pernah sebesar ini sebelum ni.

IKLAN

“Sampailah Alyah decide untuk berjumpa dengan @dr.mustafamt & kak @rafeahariffin. Dari situ sedikit demi sedikit semua berubah dan kembali seperti saya 12 tahun lepas.

“Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT bukan size yang Alyah nak tekankan tapi sihat yang selalu diminta. Mohon doakan kesihatan Alyah can Alyah selalu doakan untuk korang juga.

“Alyah pernah melakukan bariatric operation 5 bulan lepas dan tiada rahsia untuk Alyah sembunyikan. Mengenang kembali macam mana Alyah pernah ulang alik pergi klinik dan hospital.

IKLAN

“Dan Allah SWT bagi jalan untuk kembali cergas dalam beribadah, bekerja & beriadah. Sebesar besar syukur saya panjatkan pada Illahi. Saya kongsi pengalaman ini untuk semua,” tulisnya lagi.

Dalam perkembangan lain, isteri kepada Datuk Ramli MS ini bakal melancarkan single baharu, bulan hadapan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

https://www.youtube.com/watch?v=lKzn6GUIO-8

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI