Penyanyi, Khalid berdepan dengan insiden yang mengejutkan semasa beraksi di Malaysia, Ahad lalu.

Dia yang sedang membuat persembahan di atas pentas tiba-tiba dibaling sebuah telefon pintar oleh salah seorang penonton.

Namun, penyanyi lagu Young, Dumb & Broke itu kekal tenang seterusnya meneruskan persembahannya seperti biasa.

Video telefon itu dibaling kemudiannya viral di laman Twitter dan muncul pelbagai spekulasi berkaitan isu tersebut. Ada yang mengatakan bahawa pemilik telefon tersebut tidak sengaja.

Namun, lain pula yang dikatakan oleh penyanyi luar negara itu.

Menerusi satu bebenang di laman Twitternya, Khalid menjelaskan isu tersebut mengatakan bahawa individu tersebut memang sengaja membaling telefon itu di atas pentas.

“Because… he threw… the phone at me, Aight i’ma say this shit about the phone and I’m moving on with my life when I’m on stage, I’m aware and I see everything. So does my team. I grab notes from stage, I read phones on stage. I read hand gestures. Everything.

“I make it my job to interact with the crowd and have fun with everybody! Because that’s just how I am. Therefore, I know who threw the phone. lol

“I saw it all right before it happened lmaooo the phone couldn’t have gone from the middle of the crowd, over groups of people, past the barricade, all the way to the middle of the stage on accident. no way

“BUT when it happened, I kept performing bc regardless if I was angry or not, I’m not going to let that affect the mood of the show. I had fun! But I am also, not a dumb ass. it’s not that deep,” tulisnya.

Oh my! Tak tahulah sama ada ia sengaja ataupun tidak, tapi tidak seharusnya perkara ini berlaku terutamanya di Malaysia. Yang penting kita bersangka baik sahajalah, lagipun ramai peminat-peminat Khalid meminta maaf kepada penyanyi tersebut mengenai insiden itu.

Apa-apapun, semoga insiden ini tidak membuatkan para selebriti luar negara lain ‘takut’ untuk ke sini.

Foto: Carian Google

Apa Kata Anda