Pelakon Harris Annuar memaklumkan ibunya yang juga merupakan usahawan terkenal, Zaiton Hassan kini sedang dimasukkan ke hospital bagi menjalani pembedahan.
Lantaran itu, Harris memohon jasa baik semua pihak untuk mendoakan agar proses pembedahan tersebut dapat berjalan lancar dan ibunya dapat kembali pulih seperti sedia kala.
“Doakan kesihatan ibu saya ye. Harini mummy terpaksa operate demi kesihatan mummy.
“Sedih sebab Aboy tak dapat nak teman mummy hingga ke operation theatre sebab shooting.
“Thank you kakya temankan mummy! @nadiaannuar !Be strong mummy @lagendakakton aboy loves you! Cepat cepat sihat ye mummy,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh bintang kelahiran program realiti Hero Remaja 2017 itu menerusi sebuah hantaran di Instagram pada Rabu.
Ads
Bagaimanapun, Harris tidak mengulas lanjut mengenai penyakit ibunya itu.
Sementara itu, kakak kepada Harris yang juga merupakan pengacara, Nadia Annuar memberitahu, pembedahan tersebut terpaksa dijalankan bagi mengurangkan rasa sakit yang yang ditanggung ibunya ketika ini.
Ads
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa sedih selain turut memberikan kata-kata semangat buat Harris.
“Semoga mommy cepat sembuh dan kembali kuat balik untuk bajagiakan Aboy.
“InsyaAllah semuanya akan dipermudahkan.
Ads
“Banyakkan bersabar ye Harris. Kuat untuk mommy.
“Semoga dikurniakan syifa kesihatan buatnya,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Umum mengetahui, hubungan Harris bersama ibunya itu sememangnya amat rapat dan mereka juga sering berkongsi telatah lucu anak beranak di media sosial.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Harris Annuar & Nadia Annuar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Astro dengan kerjasama TV Sarawak (TVS) bakal menganjurkan Konsert MeleTOP TVS, sebuah acara muzik berskala besar yang dijadualkan berlangsung di Stadium Tertutup Bandaraya Miri pada 17 Mei ini.
Dengan tema ‘Nang Champiyen Nang Lagend’, konsert ini bakal menghimpunkan ramai artis ternama dan menjadi detik bersejarah buat program MeleTOP yang pertama kali menjejakkan kaki di Bumi Kenyalang.
Dayang Nurfaizah & Marsha Saling Teruja!
Penyanyi terkenal, Dayang Nurfaizah turut meluahkan keterujaannya apabila diberi kepercayaan untuk mempersembahkan sebuah segmen khas dalam konsert tersebut, lebih bermakna kerana ia berlangsung di negeri kelahirannya.
“Saya sangat teruja dan berbesar hati untuk konsert istimewa ini terutama sekali di negeri kelahiran saya. Walaupun, saya berasal dari Kuching, semangat Borneo itu tetap kuat. Saya tak sabar untuk buat persembahan di sana.
“Jadi kepada peminat yang rindu, kita boleh jumpa nanti dan syukur kerana saya diberi peluang untuk buat satu segmen khas selain akan membawakan beberapa buah lagu.
“Sudah tentulah ini menjadi satu penghormatan buat saya juga. Insya-Allah saya percaya semua yang terlibat pun ingin berikan persembahan terbaik nanti,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, penyanyi terkenal Marsha Milan pula menyifatkan konsert ini sebagai platform terbaik untuk mempromosikan album terbaharunya, Misompuru.
Kata pemenang Anugerah Juara Lagu ke-39 itu lagi, dia juga bakal membuat persembahan khas bersama pemenang AJL terdahulu iaitu Amir Jahari yang menggabungkan elemen muzik Sabah dan Sarawak.
“Saya tak sabar untuk menantikan acara ini. Kebetulan saya baru keluarkan album Misompuru. Dalam album itu menggabungkan elemen muzik daripada Sarawak dan Sabah.
“Sudah pasti saya ingin persembahkan lagu-lagu ini di hadapan warga Borneo. Lagu yang akan saya nyanyikan juga ialah hasil ciptaan Amir Jahari.
“Saya yakin suasana konsert ini akan menjadi lebih havoc. Saya akan buat persiapan rapi. Konsert seperti ini perlu diberikan usaha yang lebih,” kongsinya.
Selain Dayang dan Marsha, Konsert MeleTOP TVS bakal digamatkan lagi dengan persembahan barisan artis popular lain seperti Hael Husaini, Nadeera Zaini, Mimi Fly, Hafiz Suip, Stacy dan ramai lagi.
Hello Miri Menanti, Wani Kayrie Tak Sabar
Dalam pada itu, Astro juga bakal mengadakan sebuah lagi program khas, Hello Miri yang akan berlangsung pada 9 hingga 11 Mei di Atrium 1, Ground Floor, Permaisuri Imperial City Mall, Miri.
Program ini sebagai sebahagian inisiatif Astro untuk memberi peluang buat warga Miri bertemu dengan artis-artis terkenal tanah air.
Antara selebriti yang terlibat ialah Wani Kayrie yang baru sahaja mencetuskan fenomena menerusi lagu Ketupat Nyam Nyam.
Menurut Wani, persembahan di program Hello Miri ini sememangnya sangat istimewa kerana ia mengimbau kembali kenangan sewaktu pertama kali membuat persembahan di Miri ketika masih bersekolah.
“Saya sangat seronok kerana ini kali kedua saya buat persembahan di Miri setelah sekian lama. Kali terkahir saya buat persembahan adalah ketika saya masih bersekolah dulu.
“Ketika itu, saya masuk ke kawasan pedalaman di sana. Saya hanya tidur di dalam kereta. Bila sampai, saya terus menyanyi. Momen yang paling saya ingat, warga Miri memang sangat ‘sporting’.
“Walaupun nama saya masih belum dikenali saat itu, mereka tetap beri sokongan setiap artis yang buat persembahan,” katanya.
Lebih menarik, pada 9 Mei ini juga akan berlangsung uji bakat Kilauan Emas 2025 dari jam 10 pagi hingga 10 malam dan peminat juga boleh mengunjungi booth Astro selama 3 hari untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk dan promosi terbaharu Astro.
Konsert MeleTOP TVS bakal disiarkan secara langsung menerusi saluran TVS (122 Astro, MYTV & Unifi TV), Astro ONE dan Sooka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon senior dan usahawan, Datuk Seri Shah Rezza beberapa jam lalu ada memuat naik sekeping fotonya di pusara Wan Hassan Ibrahim.
Allahyarham merupakan bekas pemain bola sepak negara sekitar 70-an dan pernah mendapat jolokan ‘Soh Chin Aun Kelantan’ pada zaman kegemilangannya.
Menerusi ruangan kapsyen, bintang tersebut ada menitipkan dedikasi dan sedekahkan al-Fatihah atas pemergian Allahyarham.
“Al Fatihah buat seorang Yang pernah menjadi Abang kepada Saya walaupun berlainan Ibubapa… Semuga Wan Hassan Ibrahim Bekas Pemain Bolasepak Negara 70’s Yang pernah digelar ‘Soh Chin Aun Kelantan’ tenang disana…,” tulisnya.
Pasangan terkenal Hollywood ini sudah lebih dua tahun memadu cinta. Namun kini segalanya sudah ternoktah. Shawn Mendes dan Camila Cabello masing-masing memuat naik mesej yang sama di Insta-story mengenai keputusan mereka untuk memutuskan hubungan sebagai sepasang kekasih.
Mengejutkan ramai pihak dengan pengumuman itu, bekas kekasih ini bertindak profesional tanpa sebarang drama dan jika diamati keputusan ini dilakukan secara profesional.
“Hai semua, kami sudah mengambil keputusan untuk menamatkan hubungan romantis tetapi kasih sayang kami untuk satu sama lain sebagai manusia lebih kuat dari sebelumnya.
“Kami memulakan hubungan ini sebagai sahabat baik dan akan terus menjadi sahabat baik. Kami hargai sokongan anda dari permulaan dan untuk waktu hadapan,” tulis mereka di Insta-story masing-masing.
Mula bercinta sejak Julai 2019, pasangan ini sering dilihat bersama dalam segala aktiviti yang dilakukan baik demi kerja mahupun acara peribadi. Terbaharu, mereka sama-sama menyambut hari perayaan ‘Day of The Dead’ dengan menggayakan kostum karakter seperti mayat.
Menurut sumber, sebelum ini ketika pandemik Covid-19 mula-mula melanda dunia. Shawn berpindah ke Miami untuk tinggal bersama Camila dan keluarga palantun lagi Havana itu. Shawn berkongsi yang tempoh tersebut merupakan satu pengalaman yang sangat indah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tahniah dan selamat maju jaya kepada Datuk Azmir Saifuddin Mutalib, apabila Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mengumumkan pelantikan semula beliau sebagai Ketua Pegawai...