Pelakon senior, Khaty Fauziah mengakui berasa sedikit kecewa dengan sindiran yang telah dilemparkan oleh segelintir pihak yang mendakwa dia telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) gara-gara dikatakan berkumpul bersama ahli keluarga.

Lantaran itu, menerusi hantaran terkini di laman Instagram, Khaty dilihat telah pun memberikan penjelasannya berhubung isu berkenaan.

“Bayangkan Kalau Prosedur Jantung Saya Gagal Hari Tu,” – Didakwa Langgar SOP Kerana Berkumpul Bersama Keluarga, Khaty Fauziah Jawab Sindiran

Jelas ibu kepada pelakon Shaheizy Sam ini lagi, dia dan suami telah mendapat kebenaran untuk merentas negeri bagi menghadiri sesi temujanji bersama pihak doktor dan dia terpaksa tinggal di rumah salah seorang anak-anaknya untuk beberapa hari.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KhatyFauziah (@khatyfauziah)

“Assalamualaikum. Selamat pagi dan jadikan lah pagi ini sebagai permulaan yang baik. Saya sebenarnya tidak payah buktikan apa-apa di sini berkenaan dengan peristiwa semalam yang menjadikan sebahagian daripada anda semua bertelagah sehingga melemparkan berbagai sindiran.

IKLAN

“Saya dan suami yang merentas negeri. Anak-anak semua tinggal dipersekitaran daerah yg sama di Selangor. Sejak PKP kami juga mcm anda, tak dpt berjumpa. Kalau anda memang ikhlas mengikuti perkembangan saya dan family, tentu anda tahu saya baru menjalani proceedure jantung 3 bulan yg lepas.

“Tentu lah saya perlu ke IJN untuk buat susulan. Saya kena bermalam di rumah anak yang ada anak ramai. Untuk masuk ke rumahnya saya dan suami kena tunggu 15 minit baru dapat masuk ke rumah nya setelah di swap dan sebagainya. Ikut SOP,” tulisnya.

Dalam pada itu, Khaty turut memaklumkan, perjumpaan sesama ahli keluarga itu hanya melibatkan anak-anak serta menantu yang tinggal di daerah yang sama.

“Bayangkan Kalau Prosedur Jantung Saya Gagal Hari Tu,” – Didakwa Langgar SOP Kerana Berkumpul Bersama Keluarga, Khaty Fauziah Jawab Sindiran “Bayangkan Kalau Prosedur Jantung Saya Gagal Hari Tu,” – Didakwa Langgar SOP Kerana Berkumpul Bersama Keluarga, Khaty Fauziah Jawab Sindiran

IKLAN

Katanya lagi, sejak menjalani pembedahan jantung pada tiga bulan yang lepas, dia sebenarnya masih belum berkesempatan untuk bertemu dengan seluruh ahli keluarganya lagi.

“Untuk pengetahuan anda semua, ketika saya buat procedures jantung saya yang sangat serius masa tu anak-anak, menantu-menatu serta cucu-cucu tidak langsung dapat melawat Saya sehinggalah saya balik ke Melaka sebab kami patuh pada SOP,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Khaty turut berharap agar orang ramai dapat menjadi lebih sensitif sebelum melemparkan sebarang pertudukan kepada orang lain.

IKLAN

“Anda dapat bayangkan tak kalaulah procedure jantung saya gagal ketika Itu? Saya dan keluarga saya langsung tidak dapat bersama atau berjumpa.

“Belajarlah menjaga hati dan perasaan orang, belajar berbahasa elok supaya bangsa kita dihormati. Saya dan keluarga juga hanya manusia biasa, kalau ada silap dan salah harap dimaafkan sahaja,” akhirinya.

“Bayangkan Kalau Prosedur Jantung Saya Gagal Hari Tu,” – Didakwa Langgar SOP Kerana Berkumpul Bersama Keluarga, Khaty Fauziah Jawab Sindiran

Baru-baru ini, Khaty dilihat telah memuat naik beberapa hantaran di laman Instagram yang memaparkan momen-momennya bersama ahli keluarga termasuklah ketika menyambut hari lahir Shaheizy Sam yang ke-39 tahun.

Sumber: Instagram Khaty Fauziah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI