Fizikal penyanyi dan penyampai radio, Haiza atau nama sebenarnya, Rohaizah Nordin yang susut terjawab apabila dia mendedahkan, timbul satu benjolan di bahagian kiri payudaranya bersaiz dua sentimeter Jun lalu.
Perkara yang berlaku sekaligus mengundang serangan panik atau kebimbangan kepda dirinya.
“Apabila dapat tahu fasal benjolan itu, saya mula fikir bukan-bukan. Ditambah dengan situasi semasa pandemik, kebimbangan datang tiba-tiba. Sampai berat badan turun mendadak.
“Selera makan terus tak ada. Saya lebihkan minum air masak. Air manis takut nak minum.
“Dalam masa sama, saya turut memikirkan nasib diri sama ada kontrak sebagai penyampai radio di Media Prima Network (kini dikenali Media Prima Audio) ketika itu.
“Ikutkan saya pernah kena serangan panik sekitar 2016. Tak tahu apa punca. Mungkin juga sebab setahun sebelum itu penat dan terbeban perlu berulang alik dari KL ke Johor bertugas sebagai penyampai radio di Best FM dan komitmen Gegar Vaganza musim kedua,” katanya.
Ads
Bagaimanapun, isteri kepada Norhanapfe Omar memaklumkan keadaannya kini sudah kembali baik. Malah benjolan yang timbul di bahagian berkenaan juga sudah lenyap.
“Julai lalu, saya berkeras mahu bertemu pakar di sebuah hospital. Saya buat pemeriksaan mamogram dan Ultrasound. Doktor juga terangkan apa yang terjadi selain proses lanjutan perlu dibuat.
“Untuk kes saya, memang tak perlu apa apa. Malah doktor memaklumkan ‘cyst’ yang wujud juga akan hilang dengan sendirinya. Tapi saya bersyukur kerana benjolan pun sudah tiada.
“Paling penting, sokongan suami, ibu bapa, adik beradik, keluarga jadi azimat. Doa mereka sangat bermakna saat saya berdepan kegetiran sebegitu,” kata calon awal Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 itu.
Ads
Justeru, pengalaman sakit dilalui berkenaan turut menjadi asbab dan kekuatannya mengendalikan segmen Santai Siang Bersama Haiza di Buletin FM yang turut mengupas perihal kesihatan.
Selain kesihatan, segmen yang turut diimbangi dengan hiburan dan lagu itu juga merangkumi informasi berkaitan gaya hidup, keibubapaan, tips ekonomi, pemerkasaan dan kerohanian.
Ads
Haiza mengendalikan segmen itu setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 10 pagi sampai 3 petang.
“Dalam apa situasi pun kesedaran itu penting. Jangan biar berlanjutan baru nak bertindak. Semua wanita digalakkan untuk berjumpa doktor jika ada kemusykilan. Jangan cepat buat andaian. Ia akan mendorong kita fikir bukan-bukan.
“Tambah pula setiap Oktober diraikan program kesedaran kanser payudara atau dipanggil Pink October. Mencegah itu lebih baik daripada mengubati.
“Ditambah dengan peningkatan usia, bab kesihatan jangan diambil mudah. Jaga makan dan amalkan gaya hidup sihat.
“Berat badan saya pun mula naik sekarang bila hati sudah tenang dan kembali berselera. Mulalah nak ‘balas dendam’ makan itu ini. Tapi kenalah seimbangkan dengan hal lain termasuk fokus bekerja,” katanya lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Perkongsian satu hantaran video menerusi Instagram usahawan Datuk Seri Vida baru-baru ini ‘memancing’ mata netizen yang menonton.
Masakan tidak, pengasas kosmetik yang pernah muncul dengan beberapa buah single itu selongkar koleksi tudung yang terdiri daripada pelbagai jenama khusus untuk diberikan kepada pembeli produknya yang terpilih.
Menurut Vida, dia bermurah hati untuk menghadiahkan 200 helai tudung.
“Semalam sebanyak 100 helai tudung saya hadiahkan kepada yang dapatkan Perfume Aura DSV. Untunglah siapa yang bertuah tu.
“Malam ni saya nak Buka Round 2. 100 Helai lagi akan dihadiahkan walaupun saya sayang sangat tapi nak buat macam mana. Rasa berdosa tak pakai,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Sambil selongkar, Vida sempat berceloteh kerana menyiapkan persalinannya yang perlu senada setiap kali menghadiri tugasan di luar kawasan.
“Kalau saya outstation saya memang stres gila sebab nak cari semua yang ‘matching’. Sebab itu semua warna, rekaan tudung saya beli. Tapi masa nak punggah tu azabnya.
“Saya nak ke Kuala Lumpur tiga hari. Jadinya tudung yang saya kena bawa pun kena ‘matching’ dengan baju. Tapi bila banyak tudung… macam berdosa pun ya. Macam mana nak bagitu,” katanya.
Menurut Vida lagi, ada tudung yang dibelinya sejak sekian lama belum pun dipakai.
“Saya ni sebenarnya gemarkan tudung. Ibarat kata macam-macam jenis tudung saya suka beli, suka buat sebagai selimut, buat tengok TV. Ini tudung Dior, RM7,000.
“Dia bercampur macam perut lembu dalam kotak. Ada yang dah macam perut lembu dalam ni (almari). Saya pun tak tahu mana yang murah dan mahal, tapi kita pilih secara rawak hadiahkan tudung saya ni,” katanya lagi.
Sehingga kini, video berkenaan sudah pun ditonton hampir 80,000 kali beserta beratus komen yang ditinggalkan netizen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Mawar Rashid sering berkongsi gambar foto anaknya di akaun Instagram miliknya setelah bergelar ibu beberapa bulan lalu.
Difahamkan, putera sulung Mawar kini sudah berusia 4 bulan.
Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shahputri telah berkongsi gambar anaknya yang terkini bersama peminatnya.
“Happy nya Rafael dapat main lompat2 guna skip hop jumpscape by @babyd0ts KSya setia menemani adiknya. So sweet la. Hehe @raysaachanelaraf@radenrafaelraf,” tulisnya.
Lantas, perkongsian pelakon berusia 24 tahun itu telah mendapat perhatian daripada peminat.
Rata-rata netizen berkata wajah anaknya saling tak tumpah seperti ibunya.
Untuk rekod, Mawar dan suaminya, Raden Ahmad Faizal Yaakob berkahwin pada 9 November 2017 dan dikurniakan satu cahaya mata lelaki bernama Raden Muhammad Rafael pada 13 Mac yang lalu.
Foto : Instagram Mawar Rashid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sebelum ini, Dr Say Shazril ada menyatakan keterujaan berkongsi pengalaman timang anak kerana ini adalah percubaan kesekelian kali dia dan isteri selepas lima tahun berkahwin.
Meski mendapat kritikan, namun dia tetap berkongsi buat inspirasi dan tips buat pengikutnya di media sosial.
Malah, dia juga pernah berkongsi antara punca dia dan isteri sukar mendapat cahaya mata kerana sperma yang tidak sihat.
“Topic : Time To Give Back
“Kpd yg baru follow sy mesti kalian wonder “ape yg special sgt diorg ni? Ramai je org lain bersalin hari2, xkeco pun”. Well new followers, ini merupakan baby pertama kami setelah 5 tahun berkahwin.
“Nak dipendekkan cerita, kuah sy basi a.k.a sperma sy tidak sihat a.k.a sy kurang subur. Kalian bley gelak sekuat yg kalian mahu sb yelah “bdn je tuff tp xsubur poorah” tp ketidaksuburan di kalangan lelaki is REAL & it’s INCREASING.
“Pernah sy buat post psl kuah basi sy pd September tahun lepas & sejak tu, cukup ramai pasangan yg dm sy menceritakan masalah cuba mendptkn zuriat (trying to conceive) masing2.
“Ada yg dh 15tahun mencuba tp tidak berjaya, ada yg umur baru 35 tp sudah berputus asa, paling menyedihkan ada yg hubungan suami isteri binasa akibat tiada cahaya mata. Smpi ke hari ni sy masih dpt dm berbunyi “congratulations doc, DOAKAN KAMI PULA”. Cukup sayu sy baca tp apakan daya, tangan sy hanya dua.”
Segala ilmu yang diturunkan di laman sosial adalah semata-mata mahu sama-sama membantu pasangan lain yang senasib. Dan atas sebab itu, doktor sasa ini akan mengadakan forum perbincangan topik ketidaksuburan sebagai misi komunitinya untuk peminat.
“Maka its time to give back to community cz sy nk tlg ssgt psgn2 yg sedang mencuba. Sekiranya kalian sudah berkahwin lebih dari setahun, “bersama” 2-3kali seminggu tanpa perlindungan tp masih tidak berjaya mndptkn cahaya mata, maka kalian jatuh dlm definisi pasangan tidak subur.
“InsyaAllah sy bersama pakar fertility akan membuat satu forum membincangkan topik ketidaksuburan ni lpas raya kelak & sy harap ssgt kpd psgn yg sdg mencuba utk turut serta krn nikmat cahaya mata tu cukup berbeza perasaanya.
“Ni masih dlm perancangan tp sekiranya kalian berminat, please comment down below supaya sy boleh budget berapa besar tempat yg sy & pakar sy perlu sediakan. Ingat peeps, demi cahaya mata, jgn sesekali kalian berputus asa,” tulisnya panjang lebar.
Selepas berkongsi mengenai keadaan matanya yang lebam pada pagi Isnin, pelakon Zahnita Wilson akhirnya mendakwa dia menjadi mangsa keganasan rumah tangga.