Ads

Bapa Kepada Pemilik Pelakon Suara Watak Upin & Ipin Meninggal Dunia, Al-Fatihah

Bapa kepada pelakon suara bagi watak Upin & Ipin, Asyiela Putri, iaitu Azhar Ahmad dilaporkan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir sekitar jam 4.00 pagi tadi.

Perkhabaran sedih tersebut dikongsikan menerusi laman Twitter rasmi syarikat penerbitan dan studio animasi, Les’ Copaque.

“Ayah kepada Asyiela Putri, pelakon suara Upin & Ipin iaitu En. Azhar Ahmad telah kembali ke rahmatullah pada 4 pagi tadi.

Ads

“Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman dan dicucuri rahmat,” tulis pengendali akaun tersebut.

Dalam pada itu, pengendali akaun tersebut berharap agar orang ramai dapat mendoakan semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman.

Ads

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan takziah selain turut berharap agar Asyiela dan juga keluarga tabah menghadapi dugaan ini.

Ads

Bapa Kepada Pemilik Pelakon Suara Watak Upin & Ipin Meninggal Dunia, Al-Fatihah Bapa Kepada Pemilik Pelakon Suara Watak Upin & Ipin Meninggal Dunia, Al-Fatihah

Anda mungkin berminat dengan

Untuk rekod, Asyiela telah memulakan kariernya sebagai palakon suara bagi watak ikonik Upin & Ipin sejak tahun 2010 bagi menggantikan pemilik suara asal Nur Fathiah Diaz.

Sumber: Twitter Les’ Copaque

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Bekas Isteri Andre Taulany Dilapor Polis, Didakwa Aniaya Pembantu Rumah

Bekas isteri kepada pelawak dan pengacara terkenal Indonesia, Andre Taulany, dilaporkan kepada pihak polis atas dakwaan melakukan penganiayaan terhadap pembantu rumah. Wanita berkenaan, Rien Wartia...
error: Hello. Cannot.