Suami kepada pelakon, Ummi Nazeera, iaitu Dr. Izzar Anwari meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir pihak yang sering mempersoal cara kerja para petugas kesihatan.

Menurut Dr. Izzar, walaupun mereka sudah memberikan khidmat yang terbaik, pasti ada sahaja perkara yang tidak menyenangkan hati individu tertentu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr. Izzar Anwari (@izzar)

“COMPLAIN COMPLAIN COMPLAIN. Bila kami dah dapatkan katil di hospital dan ambulans datang awal, marah kat kami sebab kenapa awal sangat? Mak saya tak sempat nak bersiap.

”Pastu marah kata di tempat mak dia pergi tak selesa. Dihubunginya pegawai penyiasat kes mak dia dan ugut-ugut lagi.

“Bila dah buat test covid sendiri kat swasta dikatanya positif (taktau test jenis apa). Di ugut kata keluar tempat awam. Sebab Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) tak call dia. Padahal dah call.

“Bila kita dah selamatkan orang tu, dah selamat keluar ICU semua, ada hati nak complain kata makanan hospital tak sedap,” tulisnya.

Rasa kecewa itu dikongsikan oleh bapa kepada seorang anak itu menerus entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.

Dalam pada itu, Dr. Izzar turut mendedahkan ada rakan sekerjanya yang harus berjumpa dengan pakar psychology gara-gara terlalu tertekan kerana kerja.

“Bila dah kata operasi kedai makan sampai pukul 8 malam, kita extend la lagi sampai 10 malam. Takde hall.

“Sekarang dah genap lebih setahun petugas-petugas kesihatan bekerja tanpa henti ni. Ada kawan-kawan saya yang dah rujuk ke psychiatrist sebab dah stress melampau. Kerja tanpa henti. Beban kerja bertambah dan macam-macam lagi.

“Rakyat Malaysia tolonglah bersikap matang. Faktor utama sama ada kita nak lama lagi atau tak dengan COVID-19 ni adalah SIKAP kita sendiri. Degil taknak patuh SOP.

”Rasa diri kebal, takpelah demam sikit-sikit je pastu pergi kenduri. Alah buka mask kejap je pun etc,” jelasnya lagi.

Lantaran itu, Dr. Izzar turut berharap agar orang ramai dapat bertimbang rasa dengan para petugas kesihatan dengan sekurang-kurangnya mematuhi setiap prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan

“Kita dah nampak kesan dari cuti Krismas dan New year tu sekarang. Ramai pergi melancong n berjalan dan kenduri sakan masa tu. Lepas tu masuk tempat kerja jangkit rakan sekerja pulak. Sebab tu kes naik sampai ke 4 angka tiap-tiap hari sekarang. Pastu tanya bila kes nak turun ni?

“Kes positif sekarang empat angka tiap-tiap hari. Dulu 2 angka pun dah gelabah. PKP sekarang ni macam takde apa pun.

“Dahla penat. Kitorang fokus buat kerja kitorang. Takyahla menambah beban petugas-petugas kesihatan dengan benda-benda remeh dan menyusahkan. Matang la sikit. Korang rasa macam mana. Lama lagi ke nak hidup macam sekarang ni?,” akhirinya.

Sumber: Instagram Dr. Izzar Anwari

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI