Pelakon senior, Edika Yusof baru-baru ini berkongsi satu video di laman sosial Instagram bersempena ulang tahun perkahwinan bersama isteri, Nor Hidayah Yusri yang ke-18.

Terdahulu, peminat sedia sedia maklum mengenai kecekalan bintang berusia 54 tahun ini yang setia menjaga isterinya yang lumpuh separuh badan lebih 15 tahun lalu.

“Saya Kagum, Satu Dalam Sejuta,” – Edika Yusof Sambut Anniversary, Kesetiaan Jaga Isteri Lumpuh Buat Ramai Respek!

Menerusi posting yang dimuat naik baru-baru ini, Edika yang sinonim menerusi filem Maria Mariana menitipkan ucapan romantis buat isteri tersayang.

“I’m the luckiest husband to have you beside me. A wife like you is a blessing. I am thankful to Allah for having you. Happy Anniversary dear wife,” tulisnya bersama beberapa hashtag.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Edika Yusof (@edikayusofxx)

Meninjau ke ruangan komen, posting yang sudah pun mendapat tontonan lebih 60,000 kali itu dibanjiri tahniah selain ada yang kagum dengan pengorbanan seorang suami buat orang rumahnya.

IKLAN

Malah rata-ratanya turut mendoakan agar bahtera perkahwinan yang dibina berkekalan buat selamanya.

“Saya Kagum, Satu Dalam Sejuta,” – Edika Yusof Sambut Anniversary, Kesetiaan Jaga Isteri Lumpuh Buat Ramai Respek! “Saya Kagum, Satu Dalam Sejuta,” – Edika Yusof Sambut Anniversary, Kesetiaan Jaga Isteri Lumpuh Buat Ramai Respek! “Saya Kagum, Satu Dalam Sejuta,” – Edika Yusof Sambut Anniversary, Kesetiaan Jaga Isteri Lumpuh Buat Ramai Respek! “Saya Kagum, Satu Dalam Sejuta,” – Edika Yusof Sambut Anniversary, Kesetiaan Jaga Isteri Lumpuh Buat Ramai Respek!

IKLAN

Terdahulu, menerusi temu bual bersama isterinya oleh Majalah Nona, Hidayah mengakui dia tidak mampu untuk membalas budi serta pengorbanan yang dilakukan suami.

“Memang dengan apa cara sekalipun saya tidak akan dapat membalas budi dan pengorbanan yang telah Edika lakukan.

“Ketika terlantar sakit sampailah sekarang, saya telah ditatang umpama seorang bayi yang masih kecil. No words can describe apa yang saya rasa, memang susah nak terangkan,” katanya.

Foto: Instagram Edika Yusof, Majalah Nona

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI