Penyanyi dan pelakon terkenal, Ayda Jebat meluahkan rasa bimbang apabila permata hatinya, Ana Nayla yang kini berusia 10 bulan mengalami masalah pada kulit di beberapa bahagian badan.

Dalam hantarannya di Instagram Ananaylaofficial, penyanyi lagu Mata itu berkongsi beberapa lampiran foto berkaitan.

“Bangun pagi je jadi macam ni. Baby on the way to see doctor. Doakan baby tak apa-apa and sihat balik uncles and aunties! Amin.

“Share pengalaman and tips kalau ada. Baby memang ada eczyma. Nanti kita inform kenapa after jumpa doctor okay,” tulisnya baru-baru ini.

Kesan kemerah-merahan jelas kelihatan menerusi beberapa keping foto yang dimuat naik.

IKLAN

Menerusi hantaran terkini di akaun Instagram sama, isteri kepada Nabil Mahir ini memaklumkan, situasi berkenaan berlaku disebabkan alergi.

“Doktor kata Baby maybe allergic ubat yang baby makan (sebab baby demam, flu and batuk) or apa yang mommy makan. Alhamdulillah masih boleh tersenyum. Doakan baby cepat sembuh ya semua,” tulisnya lagi berkongsikan perkembangan.

IKLAN

Malah dia bersyukur kerana masalah yang dihadapi Ana Nayla kini beransur baik.

“Alhamdulillah! Miracle harini skin baby baik total! Alhamdulillah ya Allah, doctor Azizi & semua yang doakan baby. Swipe untuk tengok list ubat yang baby guna semalam! Semoga bermanfaat,” tulisnya lagi.

IKLAN

Ana Nayla yang merupakab cahaya mata sulung Ayda dan Nabil dilahirkan pada 21 September tahun lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI