Baju Drake Disamakan Dengan Baju Pelita Nasi Kandar

Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi rap daripada Amerika Syarikat, Drake yang lagunya sentiasa menjadi siulan ramai.

Baru-baru ini di laman Twitter salah seorang pengguna laman tersebut telah berkongsi sekeping foto dan kepsyennya tertulis,

“Setelah mengalami masalah depression kronik, Drake ambil keputusan tinggalkan dunia seni dan berhijrah ke Malaysia,” tulisnya.

Pelita Nasi Kandar, Drake

Tercuit hati dengan rasa lucu apabila melihatkan gambar yang dikongsikan oleh pemilik akaun bernama Headsink ini yang memaparkan penyanyi rap ini kelihatan seperti salah seorang pekerja di restoran nasi kandar terkenal iaitu Pelita Nasi Kandar.

IKLAN

Penyanyi rap, Hotline Bling ini sebenarnya telah mengenakan pakaian tersebut dalam sebuah acara pentas dan kebetulan corak baju dan warna yang dikenakan itu tampak lebih kurang dengan baju pekerja restoran nasi kandar tersebut.

Menerusi perkongsian gambar tersebut ianya menjadi viral setelah 10,300 retweets dan 3,825 likes.

Rata-rata pengguna laman sosial ini juga turut meninggalkan komen yang mencuit hati.

IKLAN

Apa pun pemilik akaun ini boleh dikatakan kreatif kerana boleh terfikir untuk membuat editing terhadap gambar asal Drake dan ditampal ke dalam gambar pekerja-pekerja restoran berkenaan dan ianya kelihatan sangat real.

Sumber: Twitter Headsink