Tahniah diucapkan kepada pelakon Elisya Sandha, 26, yang selamat melahirkan anak kedua hasil perkongsian hidup bersama suami, Uzair Haqimy, pada Jumaat.
Berita kelahiran itu dimaklumkan sendiri Elisya atau nama penuhnya, Nur Elisya Sandha Hassan menerusi hantaran terkininya di Instagram.
“Indeed Allah is the best planner. Syukur alhamdulillah, masya‑Allah tabarakAllah,” tulisnya sambil berkongsi foto bayi yang ditutup dengan emoji ‘love’.
Kongsi Nama ‘Baby Boy’
Sambil menyatakan rasa syukur, Elisya juga mendedahkan nama putera sulungnya itu kepada umum.
Ads
“Assalamualaikum son, Bahtera Elhaq Bin Uzair Haqimy,” tulisnya lagi.
Hantaran tersebut segera mendapat perhatian warganet yang membanjiri ruang komen bersama ucapan tahniah atas kehadiran ahli baharu keluarga.
Setakat ini, posting itu meraih hampir 20,000 tanda suka.
Ads
Penghargaan Dari Si Suami
Dalam pada itu, Uzair juga tidak ketinggalan menzahirkan rasa syukur lalu memberikan dedikasi buat isteri tercinta.
“Alhamdulillah ya Allah. Terima kasih kepada yang mendoakan, dan terima kasih buat isteriku.
Ads
“And once again, you manage to amaze me with your strength. Tak akan mampu I balas sayang,” luahnya menerusi Insta Stories.
Imbas kembali, Elisya dan Uzair mendirikan rumah tangga pada Ogos 2021.
Pasangan ini dikurniakan anak sulung, Bunga Elhaq, yang kini berusia tiga tahun, sebelum menerima kehadiran Bahtera Elhaq sebagai pelengkap bahagia mereka sekeluarga.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Masih mengekalkan kedudukan sebagai No. 1 Platinum Agency di Malaysia dan Top 7 TikTok Agency di Asia Tenggara, KamiSempoi International Agency (KSIA) terus komited dalam melahirkan barisan live host berkaliber di rantau ini.
Meneruskan momentum kecemerlangan, mereka sekali lagi menganjurkan KamiSempoi Golden Award 2024 sebagai penghargaan kepada para live host TikTok dan rakan niaga yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan agensi ini.
Acara berprestij itu akan berlangsung pada 12 Mei ini, bertempat di Galaxy Banquet Hall, Sentul, Kuala Lumpurbermula jam 8 malam dan disertakan dengan acara karpet merah.
Tahun ini menyaksikan pertambahan kategori yang dipertandingkan iaitu 12 kategori untuk rakan niaga dan 15 kategori untuk live host daripada pelbagai latar belakang termasuk selebriti, profesional, ahli perniagaan, pelajar, suri rumah dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU).
Tiga kategori baharu turut diperkenalkan iaitu Top Host KamiSempoi – Malaysia, Singapura dan Indonesia, di mana salah seorang pemenang akan dinobatkan sebagai Top Host KamiSempoi of The Year 2024.
Pengasas KSIA, To Chin Swee atau lebih dikenali sebagai Pakcik Chin Swee berkata peningkatan kategori tahun ini membuktikan kepercayaan tinggi terhadap jenama KSIA di peringkat serantau.
“Buktinya jumlah live host di Malaysia yang menaungi KSIA semakin bertambah iaitu sebanyak 3,100 di Malaysia, 1,400 (Indonesia) dan 100 (Singapura) serta dinaungi sebanyak 27 (Malaysia) dan 9 (Indonesia) rakan niaga secara keseluruhan.
“Angka ini jauh lebih besar berbanding tahun lalu yang mana hanya sebanyak 1,300 (Malaysia), 550 (Indonesia) dan 100 (Singapura) serta 21 rakan niaga yang menaungi KSIA.
“Atas sebab itu, kami mengambil keputusan untuk perkenalkan kategori Top Host KamiSempoi bagi membangkitkan lagi semangat daya saing mereka untuk menjadi live host yang berjaya dan berkaliber,” katanya.
Pakcik Chin Swee menambah, anugerah ini juga menjadi medan untuk meraikan pencapaian luar biasa yang diraih KSIA dan para live host-nya sepanjang tahun lalu.
Antara pencapaian membanggakan KSIA termasuklah kejayaan Adelyn Heng yang meraih kedudukan Top 3 live host di Asia Tenggara dan Top 100 di dunia, hingga dijemput mewakili Malaysia ke acara rasmi TikTok di luar negara.
Selain itu, tiga rakan niaga — BossKlan, KSIA Christ dan Mentol Talent — turut diraikan atas pencapaian perolehan diamond tertinggi sepanjang tahun lalu.
Dalam perkembangan lain, KSIA bakal melancarkan single rasmi berjudul KamiSempoi ciptaan ahli pengurusan mereka, Kimchi Kacak.
Lagu itu akan dipersembahkan buat julung kalinya oleh Bulan Asyraff dalam acara KamiSempoi Golden Award 2024 dan ia sebagai pengenalan mereka untuk menubuhkan label muzik sendiri pertengahan tahun ini.
“Bulan Asyraff adalah contoh jelas bagaimana seseorang yang berbakat, jika diberi platform dan bimbingan yang betul, mampu mencipta kejayaan luar biasa.
“Kini, dia bukan sahaja menjadi finalis program realiti, malah telah menjadi fenomena dan tular di pelbagai platform media sosial bukan sahaja di Malaysia tetapi juga negara jiran khususnya Indonesia,” ujar Pakcik Chin Swee.
Dalam pada itu, sambutan hangat yang diterima terutama dari Sabah turut mendorong pihaknya merancang untuk membuka pejabat KSIA di sana bagi memberi tumpuan kepada pembangunan bakat di Borneo.
“Kami menerima permintaan paling banyak di Sabah. Oleh itu, kami sedang dalam perancangan untuk membuka pejabat KSIA di sana yang akan memberi tumpuan kepada bakat-bakat live host dari Borneo iaitu Sabah serta Sarawak.
Selain itu, kami juga mahu terus mengukuhkan empayar KSIA di Asia Tenggara dan selanjutnya di Asia untuk masa akan datang,” katanya mengakhiri.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan, 31, mengakui dirinya seorang peminat tegar permainan video sejak dari kecil.
Menurut Elizabeth atau lebih dikenali sebagai Lizzy, minat tersebut tercetus daripada pengaruh abangnya yang juga merupakan seorang kaki permainan video.
“Saya memang gemar bermain permainan video sejak kecil lagi. Mungkin kerana terpengaruh dengan abang saya yang merupakan kaki game, saya pun secara tidak langsung terikut sekali,” katanya.
Antara permainan yang digemarinya termasuk Lineage2M, dan Lizzy mengakui sanggup berjaga malam tanpa pengetahuan ibu bapanya demi menyertai sesi permainan bersama pemain luar negara.
“Antara yang saya suka main ialah Lineage2M. Boleh dikatakan agak ‘hardcore’ juga.
“Saya sanggup berjaga malam tanpa pengetahuan ibu bapa semata-mata untuk menyertai permainan ini dengan pemain dari luar negara,” katanya lagi.
Lizzy menambah, permainan tersebut bukan sahaja menyeronokkan, malah pernah menjadi platform kepada rakannya untuk menemui jodoh.
“Ada satu lagi trivia, kalau nak tahu, saya ada seorang kawan yang bertemu jodoh ketika bermain Lineage2M.
“Gara-gara ‘game’ ini, dia berkenalan dan akhirnya berkahwin dengan suaminya sekarang,” katanya.
Mengulas mengenai persepsi negatif sesetengah pihak terhadap permainan video, Lizzy menjelaskan, hobi tersebut boleh mendatangkan manfaat jika dilakukan secara seimbang.
“Saya percaya jika dilakukan secara sederhana, bermain permainan video mampu melatih minda, meningkatkan daya fokus dan kemahiran berfikir secara pantas,” katanya.
Menurut Lizzy, banyak permainan memerlukan strategi dan kecekapan reaksi yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan harian.
Dalam perkembangan berkaitan, Lizzy turut berkongsi keterujaannya apabila menerima kotak misteri Lineage2Mmenerusi penghantaran menggunakan dron, sesuatu yang dianggapnya unik dan moden.
“Ini pengalaman pertama saya. Saya rasa benar-benar teruja. Saya pernah melihat video penghantaran menggunakan dron di luar negara.
“Tak sangka saya sendiri menerima penghantaran seperti ini di Malaysia. Memang sangat ‘advance’!,” katanya lagi.
Lizzy antara selebriti yang terlibat dalam kempen khas menjelang pelancaran Lineage2M di Asia Tenggara pada 20 Mei ini. Turut menerima kotak eksklusif sama ialah Khairy Jamaluddin, Cathryn Li, dan Han Xiiao Aii.
Kempen yang menggunakan penghantaran dron itu telah menjadi tular dengan meraih lebih 350,000 tontonan dalam masa lima hari.
Lineage2M, sekuel kepada francais permainan terkenal Lineage, pertama kali dilancarkan pada tahun 1998.
Kini ia kembali dengan penambahbaikan grafik menggunakan Unreal Engine, menawarkan pengalaman sinematik 4K, pertempuran masa nyata berskala besar serta permainan rentas platform antara telefon pintar dan PC.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Komposer dan penyanyi, Hael Husaini, 38, tidak menafikan hatinya kini sudah dimiliki.
Malah komposer lagu Bukan Lagi Kita ini juga tidak menolak kemungkinan untuk melangkah ke fasa seterusnya dalam kehidupan peribadinya tidak lama lagi sekiranya bertemu jodoh.
“Saya memang tak ‘available’ selamanya, ya (sudah dimiliki),” katanya spontan sejurus ditanya mengenai status dirinya ketika ini.
Hael atau nama sebenarnya Hael Husaini Razmi bagaimanapun memilih untuk tidak berkongsi lebih mengenai identiti si dia yang berjaya menambat hatinya.
“Kalau jodoh sampai dalam masa terdekat saya terima sahaja. Pasal jodoh kita serahkan pada Yang Berkuasa.
“Saya bila sampai masanya, insya-Allah akan terima dengan hati terbuka dan memberitahu anda semua.
“Saya tidak ada masalah untuk berkongsi, cuma bagi saya benda yang tak pasti lagi mungkin kurang enak untuk saya kongsikan,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Hael turut mengakui dia juga terbuka sekiranya bertemu jodoh dari kalangan rakan dalam industri seni.
“Kalau ada jodoh, Insya-Allah sebab saya bukan masih berumur 18 tahun. Kalau ada jodoh dalam masa terdekat, saya okay sahaja.
“Sesiapa yang datang saya terima sahaja. Insya-Allah kalau ada rezeki,” katanya.
Hael berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Raya Last Kopek Rocketfuel Entertainment di Rumah Abang Jamil, Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, Hael juga memohon doa agar segala urusan berkaitan jodoh dan kehidupan peribadinya dipermudah, termasuk rakan-rakan artis lain juga yang masih solo.
“Apa-apapun doakan yang terbaik, bukan saja untuk saya tetapi untuk sesiapa sahaja rakan artis yang ingin melayari bahtera rumah tangga,” katanya.
Terdahulu, Hael pernah dikaitkan dengan beberapa gosip percintaan, termasuk dengan pasangan duet menerusi lagu ciptaannya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Komposer dan penulis lagu prolifik, Ajai berharap pendengar dapat menikmati Cinta Di Akhir Garisan 2.0 dengan perspektif baharu tanpa membandingkannya dengan versi asal yang...