Aktres versatil, Fasha Sandha memberitahu pada fasa sekarang, dia lebih gemar untuk klasifikasikan hubungan dengan seseorang lelaki itu sebagai tidak lebih daripada berkawan rapat sahaja. Biar mengakui hidupnya kini tidak lagi sunyi, Fasha bagaimanapun mengambil pendirian untuk tidak memberikan sebarang komen terperinci mengenai siapakah lelaki dimaksudnya itu.

“Bahagia Kita, Jangan Ditunjuk Nanti Orang Curi” – Fasha Sandha

Fasha berkata demikian ketika ditemui di malam gala tayangan filem terbaru lakonannya, Badang di mmCineplex, Damansara eCurve, baru-baru ini.

Kongsi pemilik nama lengkap Nur Fasha Sandha Hassan,33, ini lagi, dia juga tidak cerewet untuk memilih teman lelaki, cuma apa yang boleh dikatakan pada masa kini ialah masih di peringkat berkawan.

IKLAN

“Bahagia Kita, Jangan Ditunjuk Nanti Orang Curi” – Fasha Sandha

“Target untuk tamatkan zaman solo dalam satu atau dua tahun lagi, Insya-Allah. Kalau yang dikatakan rapat dengan saya itu tidak boleh sabar, saya okay saya sebab masih pada fasa berkawan. Malah pihak pengurusan sendiri pun tidak tahu saya berkawan dengan siapa. Hanya saya saja. Kita takut untuk reveal bimbang nanti tak jadi,” katanya jujur kepada MH.

 

“Bahagia kita, jangan ditunjuk nanti orang curi. Derita kita jangan bagitahu kat semua, nanti orang keji. Jadi, bahagia kita simpanlah untuk kita dulu sikit-sikit. Bila rasa sudah confirm, baru kongsi. Tapi saya happy sekarang sebab sudah tidak lagi rasa lonely,”kongsi Fasha sambil ketawa kecil.

“Bahagia Kita, Jangan Ditunjuk Nanti Orang Curi” – Fasha Sandha

IKLAN

Dalam perkembangan lain, ibu kepada dua cahayamata ini kini sibuk menjalani penggambaran untuk sebuah drama bersiri, Teratai Kemboja selain sedang menantikan tayangan sitkom sulung terbitannya, Mamu Mami Gosip yang bakal bersiaran di RTM tidak lama lagi.

“Alhamdulillah, kami berjaya habiskan penggambaran seperti mana yang dirancang. Saya anggap penerbitan sitkom tersebut sebagai rezeki anak-anak dan sebagai produser, antara cabaran baru yang saya timba ialah kita perlu menjaga hal ehwal setiap artis terlibat,” jelas Fasha yang turut menyambut baik komitmen heronya, Datuk Seri Aliff Syukri menerusi filem Badang yang bakal menjengah pawagam pada 15 Februari depan.

 

“Saya okay dan tiada masalah untuk berlakon dengan mana-mana muka baru. Sebelum ini pun, saya pernah begandingan dengan hero baru juga. Meski mereka baru, tetapi berusaha memberikan yang terbaik. Bagi saya, Datuk Aliff lulus sebagai seorang pelakon,” akui Fasha yang mendukung watak sebagai Tisya menerusi filem super hero komedi berkenaan.

Selain Fasha dan Aliff, turut sama berlakon di dalam filem arahan  Datuk Professor Dr. A. Razak Mohaideen itu turut ialah Fauzi Nawawi, Farez Fauzi, Elisya Sandha dan ramai lagi.

IKLAN

“Bahagia Kita, Jangan Ditunjuk Nanti Orang Curi” – Fasha Sandha

Foto: IG Fasha Sandha

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI