Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel baru-baru ini dikritik segelintir warganet yang menyifatkan dia seolah-olah terlalu memanjakan isteri juga pelakon, Wawa Zainal seperti dipaparkan menerusi perkongsian  di Instagram.

Bagi Aeril, perkara tersebut adalah satu hal biasa sebagai suami isteri dan merupakan antara tip bahagia yang diamalkan dalam rumah tangga.

“Bagi Saya Apa Ditonjolkan Tak Keterlaluan,” – Aeril Zafrel Jawab Kritikan Konon Terlalu Manjakan Wawa Zainal “Bagi Saya Apa Ditonjolkan Tak Keterlaluan,” – Aeril Zafrel Jawab Kritikan Konon Terlalu Manjakan Wawa Zainal

“Bagi saya, apa saya buat dengan isteri, kebanyakan orang di Malaysia buat perkara sama. Cuma kami artis, itu yang kadang-kadang nampak ia mungkin agak menonjol.

“Apabila ada yang tegur dan cakap jangan terlalu manjakan isteri, sudah tentu sebagai manusia yang ada hati dan perasaan akan berasa geram.

“Tapi bagi saya, apa ditonjolkan tak keterlaluan. Bukan terlalu tunjuk gaya hidup,” katanya.

Bapa kepada tiga cahaya mata itu turut menambah, laman sosial Instagram adalah platform untuk berkongsi apa sahaja, selain menjadi arkib foto.

“Bagi Saya Apa Ditonjolkan Tak Keterlaluan,” – Aeril Zafrel Jawab Kritikan Konon Terlalu Manjakan Wawa Zainal

IKLAN

“Bagi Saya Apa Ditonjolkan Tak Keterlaluan,” – Aeril Zafrel Jawab Kritikan Konon Terlalu Manjakan Wawa Zainal“Perkara itu macam biasalah, suami dengan isteri, main dengan anak, beli kek untuk isteri dan banyak lagi. Saya anggap IG ini macam album.

“Jadi, soal manjakan isteri, bagi saya ia biasa. Tapi kalau nak tahu, jika di rumah saya yang manja sebenarnya,” katanya lagi.

Aeril bagaimanapun menjelaskan, dia tidak boleh menghalang jika ada pihak yang memandang pesimis terhadap apa yang dilakukannya itu.

“Kalau ada orang bersangka buruk macam itu, saya tak boleh nak cakap apa. Kita baik macam mana sekali pun, tetap ada yang tak suka pada kita. Jadi, kita buat sajalah,” jelasnya lagi.

IKLAN

Dalam perkembangan lain, Aeril menerusi syarikat produksi miliknya dan isteri, Respected Citizen Production Sdn Bhd kini muncul dengan naskhah sulung, Sabda Kekasih.

“Bagi Saya Apa Ditonjolkan Tak Keterlaluan,” – Aeril Zafrel Jawab Kritikan Konon Terlalu Manjakan Wawa Zainal

“Bagi Saya Apa Ditonjolkan Tak Keterlaluan,” – Aeril Zafrel Jawab Kritikan Konon Terlalu Manjakan Wawa ZainalFilem berkenaan mulai ditayangkan bermula 24 Jun lalu di saluran Astro First 480.

Selain menjadi penerbit, Aeril juga berlakon di samping isteri, Wawa, Fauziah Nawi, Sabri Yunus dan Sharifah Husna.

IKLAN

Filem yang menelan kos kira-kira RM 1 juta arahan Azhari Zain itu menjalani penggambaran selama 10 hari di Bentong, Pahang dan Sendayan, Negeri Sembilan, tahun lalu.

“Bagi Saya Apa Ditonjolkan Tak Keterlaluan,” – Aeril Zafrel Jawab Kritikan Konon Terlalu Manjakan Wawa Zainal“Bagi Saya Apa Ditonjolkan Tak Keterlaluan,” – Aeril Zafrel Jawab Kritikan Konon Terlalu Manjakan Wawa Zainal

Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

“Bagi Saya Apa Ditonjolkan Tak Keterlaluan,” – Aeril Zafrel Jawab Kritikan Konon Terlalu Manjakan Wawa Zainal

“Bagi Saya Apa Ditonjolkan Tak Keterlaluan,” – Aeril Zafrel Jawab Kritikan Konon Terlalu Manjakan Wawa Zainal

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI