Pengacara dan doktor selebriti, Dr. Say Shazril ada berkongsi kisahnya sewaktu bertugas di pusat pemberian vaksin (PPV) yang bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Jelas Dr. Say, dia sering kali menerima pertanyaan daripada orang ramai yang gemar membandingkan mengenai kebaikkan yang akan diperoleh daripada setiap jenis vaksin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril)

“Bila saya terangkan kepada penerima vaksin di PWTC yg mereka akan dapat vaksin Astra Zeneca, antara reply yang kerap saya dapat adalah “boleh tukar Pfizer/ Sinovac ke doc?”.

“Tersenyum sinis sy dibuatnya. Saya balas “ahaa tak boleh, sebab kat PWTC ni Astra Zeneca je lagipun cik yg volunteer untuk AZ kan?” Sy tambah lagi “kenapa dengan vaksin AZ ni? Ade dengar cerita bodo-bodo ke?” (ok melawak tang sy sebut ayat Prof Muhaya tu). Kebanyakannya reply “ahaa sy dengar cerita…” tulisnya.

IKLAN

“Tak Kira Apa Jua Vaksin Terimalah,” – Tolong Ubah Pemikiran, Ini Penjelasan Dr. Say “Tak Kira Apa Jua Vaksin Terimalah,” – Tolong Ubah Pemikiran, Ini Penjelasan Dr. Say

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh bapa kepada seorang anak itu menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di laman Instagram.

Katanya lagi, meskipun setiap vaksin memiliki tahap keberkesanan yang berbeza, namun Dr. Say menyifatkan perkara yang paling penting adalah untuk memcapai imuniti kelompok.

IKLAN

“Saya tahu setiap vaksin berbeza efficacy-nya tapi bagi saya itu bukanlah satu persoalan yg patut kita persoalkan.

“Yang paling penting adalah WE SHOULD PRIORITISE GETTING THE VACCINE NO MATTER WHAT THE NAME IS (unless special case, contohnya pregnant women tak sesuai vaksin lain selain Pfizer).

“Itu yg kita patut kecapi sekarang sebab so far rakyat kita yang telah divaksin baru mencapai 10% & untuk mencapai herd immunity (imuniti kelompok) kita perlukan sekurang-kurangnya 60-70%,” jelasnya lagi.

IKLAN

“Tak Kira Apa Jua Vaksin Terimalah,” – Tolong Ubah Pemikiran, Ini Penjelasan Dr. Say “Tak Kira Apa Jua Vaksin Terimalah,” – Tolong Ubah Pemikiran, Ini Penjelasan Dr. Say

Dikesempatan itu juga, pengacara program Tanya Doktor ini turut menyeru kepada semua pihak untuk mengubah perspektif mengenai kebaikkan mengambil vaksin.

“Jadi tolonglah ubah pemikiran anda. Tak kira apa jua vaksin, terimalah. Kerana selagi anda tidak divaksin anda mendedahkan diri anda dengan komplikasi buruk Covid-19.

“Alhamdullilah sepanjang consultation sy tiada siapa yang bertukar jenis vaksinnya. Thank u PWTC, u have been kind to me. Ingat nak cuba bertugas di MITEC pulak lepas ni. Nanti saya jawab soalan-soalan kalian ye, ampun sibuk sikit lately,” akhirinya.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI