Menggunakan nama komersial YHB Sleepsalot, bakat baharu kelahiran Singapura ini dilihat mampu menggegar dunia dunia muzik masa kini.

Dilahirkan pada 30 Ogos 2001, YHB mengakui bahawa permulaannya ke dalam dunia seni bertitik-tolak dari obsesinya terhadap bintang remaja popular, Justin Bieber yang mana lagu bintang berkenaan, Baby menjadi hit ketika usianya 12 tahun.

Sejak itu dirinya kerap mengimpikan untuk menjadi seorang penghibur.

Jelasnya ketika membesar, dia juga didedahkan dengan muzik persembahan daripada ikon nyanyian tersohor dunia seperti Elvis Presley, Raja Pop Michael Jackson serta nama-nama lain termasuk Drake, Travis Scott dan kumpulan One Direction.

Lalu, pengaruh muzik pelbagai ini telah menyemarakkan lagi cintanya terhadap dunia muzik.

Sementara itu, dia mula mencipta lagu dan akhirnya merakam sebuah lagu semasa berumur 17 tahun.

IKLAN

“Mencipta Lagu Tak Susah Buat Saya,” – Bakat Seni Curi Perhatian ALYPH & SonaOne, YHB Sleepsalot Rapper Baru Bakal Menyerlah!“Mencipta Lagu Tak Susah Buat Saya,” – Bakat Seni Curi Perhatian ALYPH & SonaOne, YHB Sleepsalot Rapper Baru Bakal Menyerlah!“Mencipta Lagu Tak Susah Buat Saya,” – Bakat Seni Curi Perhatian ALYPH & SonaOne, YHB Sleepsalot Rapper Baru Bakal Menyerlah!

“Mencipta lagu tidak susah buat saya. Ia seperti minda pra-sedar saya yang mengambil alih dan saya hanya perlu menterjemahkan idea tersebut ke dalam lagu.

“Saya dapat cetusan ilham sedikit demi sedikit dan pada bila-bila waktu di mana sahaja. Jadi saya akan masukkan semua itu ke dalam nota dan saat idea tergendala seketika, saya hanya perlu merujuk semula catatan. Kemudian ia menjadi seperti sebuah pintu penuh ilham,” kata YHB.

Bakatnya juga turut menarik perhatian dua bintang hip hop, ALYPH dan SonaOne menerusi satu video yang dimuat naiknya media sosial.

IKLAN

Sejak itu, YHB tidak pernah menoleh ke belakang dan terus bersemangat untuk membuat perubahan dalam dunia muzik pop serta hip hop.

Mula menulis lagu pada usia 13 tahun dan mula menghasilkan muzik original ketika berusia 16 tahun, singlenya berjudul Karabujan mendapat perhatian.

“Mencipta Lagu Tak Susah Buat Saya,” – Bakat Seni Curi Perhatian ALYPH & SonaOne, YHB Sleepsalot Rapper Baru Bakal Menyerlah! “Mencipta Lagu Tak Susah Buat Saya,” – Bakat Seni Curi Perhatian ALYPH & SonaOne, YHB Sleepsalot Rapper Baru Bakal Menyerlah! “Mencipta Lagu Tak Susah Buat Saya,” – Bakat Seni Curi Perhatian ALYPH & SonaOne, YHB Sleepsalot Rapper Baru Bakal Menyerlah!

IKLAN

Kemudian muncul pula Terminal dan Blow Up, yang meletakkan artis bebas ini pada ketika itu dalam senarai New Era Spotify: Senarai Lagu Hip Hop Asia.

Terdahulu, rapper muda ini pernah beraksi untuk persembahan pembukaan bagi artis terkemuka rantau ini antaranya MK K-Clique, Kidd Santhe, Tuju K-Clique.

Suaranya yang unik ditambah dengan diskografi yang versatil mendatangkan hasil apabila Def Jam South East Asia, Universal Music Singapura menawarkannya kontrak rakaman pada tahun 2020.

Muzik video single YHB berjudul Jatuh Boi yang turut menampilkan SonaOne kini sudah pun mendapat tontonan lebih 2,000 kali selepas dilancarkan kurang 24 jam di YouTube.

https://youtu.be/ryW4WElkMCg

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI