Kecoh diperkatakan di media sosial sejak Sabtu berhubung konflik rumah tangga membabitkan anak sulung Datuk Zainal Abidin Hassan, Mohd Zaiza dan menantunya, Suzur Sofia.
Menerusi laporan mStar, Isteri kepada Mohd Zaiza, 37, iaitu Suzur Sofia Smeth Jaya, 32, akui hubungan mereka berdepan masalah apabila dia mendakwa tidak dapat berjumpa dua orang anaknya, Muhammad Zaynedine Sulaiman, 5, dan Seri Zayana, 2.
Malah, Sofia mendakwa terpaksa meminta kerjasama pihak sekolah selain bantuan ahli keluarga untuk mengetahui perkembangan anak-anak bagi melepaskan rindu.
“Hati ni sakit, sedih. I pergi, balik kerja… anak-anak semua tak ada. I tanya khabar anak anak pun, tak dapat khabar. So, apa yang I buat, I call sekolah. Suruh sekolah ambil gambar anak saya.
“Itu anak saya yang first, yang lima tahun masuk tadika. Anak I yang kedua, yang umur dua tahun. Macam mana I nak dapat gambar dia. So I akan suruh my parent yang dekat Miri, supaya video call.
Ads
“I nak tengok diaorang macam mana. Kadang dia angkat, kadang tak angkat. Cukuplah I tengok gambar diaorang,” katanya yang bertugas sebagai pramugari.
Di dalam video yang dikongsikan portal terbabit juga, Sofia antara lain menjelaskan, dia tetap mengutamakan tanggungjawab anak-anak meski terikat dengan komitmen kerja.
Ads
“I seorang ibu tau. I berkorban untuk diaorang. Bagi I jumpa diaorang, itu sahaja. Bagi I jumpa diaorang… mudahkanlah proses ini. Tak payah you nak kejar-kejar I, nak tahu I bawa budak-budak tu ke mana.
“You dont worry. Apa yang i boleh buat sebagai seorang ibu. Diaorang anak-anak I. Tapi apa yang you buat. Apa yang pernah hantar dekat I pasal anak-anak.
Ads
“Itu yang you kena tahu Zaiza dan semua ini nanti I akan usulkan dekat mahkamah Zaiza,” katanya yang turut meminta agar saling menghormati.
Imbas kembali, Zaiza dan Sofia mendirikan rumah tangga pada 15 Januari 2016 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber: mStar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Terdahulu, Coco mendirikan rumah tangga bersama seorang bekas juruterbang, Azrin Anas Abdul Shukor pada 1 Januari 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Nenek kepada Nabila Huda, Indon Ramli telah menghembuskan nafas terakhirnya pada Rabu.
Perkara tersebut dimaklumkan pelakon filem M4M4 itu menerusi Instagram.
Sambil menyifatkan dia kini menghadapi situasi yang sukar selepas kehilangan orang tersayang, Nabila turut mengakui arwah nenek merupakan individu yang telah menjaga dan membesarkannya sejak kecil.
“Hari Ini Abil Nak luah perasaan dengan korang.Dalam hidup kite Mesti ada Perkara yang paling kite Takut..Macam Abil,Abil paling Takut dengan kehilangan.
“Abil tak pernah melalui kehilangan dalam hidup..never I imagine life without someone i love. I always scared of losing someone in my life. Sebab Abil Takut Abil tak boleh Nak lalui or Abil taktau macamana Nak go through.
“Abil Takut Nak lalui perasaan tu.Abil slalu fikir Kuat ke Abil untuk menghadapi situasi tu. Tapi hari ini..6th May 2020, Abil kehilangan nenek Abil..Dia Pergi jam 7 tadi. Dia lah Nenek yang jaga Dan membesarkan Abil dari kecik.
“Nenek dah Takde..Perkara yang paling Abil Takut dalam hidup Terjadi Pada hari ini..Seriously, I’m lost. Dada rasa sakit macam perasaan tak lepas.
“Abil tengah cuba Untuk memahami keadaan ni.Kepada Siapa yang kenal nenek,Halalkan makan minum Dia ya.
“Mintak korang semua sedekah kan al-fatihah pada arwah nenek saya, indon bt ramli,” pintanya tulus.
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis turut berdukacita atas kehilangan nenek aktres berkenaan, sekaligus menzahirkan ucapan takziah buatnya seisi keluarga. Al-Fatihah.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Nama penyampai radio dan pengacara, DJ Sonic mungkin sinonim dengan gelak tawa, muzik ceria dan suara yang sentiasa memeriahkan konti radio.
Namun di sebalik perwatakan yang sering menghiburkan ramai, pemilik nama lengkap, Awang Suffian Awang Hussein ini pernah ‘tenggelam’ dalam satu fasa hitam dalam hidupnya isitu sewaktu pemergian ayah tercinta, Awang Hussin Awang Jinal, pada 29 Februari tahun lalu.
Arwah menghembuskan nafas terakhir akibat masalah dalaman perut ketika DJ Sonic berada di Kuala Lumpur kerana terikat dengan urusan kerja selepas menjaga ayahnya selama seminggu di hospital.
Keadaan ayahnya ketika itu tampak stabil dan dibenarkan pulang ke rumah. Namun tidak lama selepas itu, dia menerima panggilan daripada ibunya memaklumkan ayah kembali dimasukkan ke hospital.
Tanpa berlengah, dia segera menempah penerbangan ke Kapit, Sarawak. Bagaimanapun, takdir mendahului segalanya.
Sebaik pesawat mendarat di Sibu dan telefon bimbit diaktifkan, mesej demi mesej ucapan takziah mula membanjiri skrin.
“Waktu tu saya tak bercakap langsung dalam kereta. Saya cuma menangis.
“Tapi saya bersyukur kerana saya sempat sampai untuk mandikan jenazah ayah sendiri. Saya sempat peluk dia buat kali terakhir,” ujarnya.
Dua minggu selepas pemergian ayahnya, DJ Sonic mengambil keputusan untuk tidak bersiaran di radio.
Menurutnya, dia tidak mampu memaksa diri untuk gembira ketika hati masih hancur.
“On air perlukan emosi yang stabil. Kita kena gembirakan pendengar. Tapi masa tu, saya sendiri pun tak gembira. Saya masih menangis, saya masih rindu,” katanya lagi.
Proses Penyembuhan
Kesedihan yang berlarutan tanpa diurus dengan baik akhirnya membawa kepada gangguan kesihatan.
Memasuki bulan Jun dan Julai 2024, DJ Sonic mula mengalami kemurungan dan anxiety yang serius.
Berat badannya susut dengan ketara, dan dia tidak mampu bekerja selama sebulan.
Demi mencari ruang untuk sembuh, dia juga pulang ke Kuching untuk dirawat dan dijaga oleh adiknya. Di sana, proses pemulihan perlahan-lahan bermula.
Namun, hanya selepas hampir setahun, DJ Sonic akhirnya berjaya membuka diri untuk benar-benar melepaskan apa yang terbuku.
Malah dia berpeluang mengikuti sesi terapi dan healing bersama Dr Hisyam Dzakiria, seorang figura terkenal dalam bidang pembangunan emosi dan mental, pada awal Ogos lalu.
Dalam sesi itu, DJ Sonic meluahkan secara terbuka mengenai kehilangan ayahnya dan tidak mampu menahan air mata sepanjang lebih satu jam sesi berlangsung.
Bukan sekadar kerana kerinduan, tetapi juga rasa bersalah kerana tidak sempat meluangkan lebih banyak masa bersama arwah semasa hayatnya.
“Saya terlalu sibuk dengan kerja. Saya jarang telefon, jarang bertanya khabar. Bila dah tak ada, baru saya rasa betapa besarnya kehilangan tu,” katanya.
Berdamai Dengan Emosi
Dr Hisyam dalam sesi tersebut membantu DJ Sonic melihat kembali kisah kehilangan ini dari sudut yang lebih positif.
Dia mengajak DJ Sonic untuk berdamai dengan emosi sendiri, dan menukar rasa bersalah itu kepada satu bentuk penghargaan terhadap kenangan dan kasih sayang yang pernah wujud.
Menurut Dr Hisyam, tidak salah untuk menangis, kerana itu tanda kasih yang dalam.
Tetapi sebagai anak, Sonic juga harus merasa bangga kerana apa yang dilakukan hari ini kerana setiap lagu yang diputarkan, setiap suara yang disalurkan di udara, adalah satu dedikasi kepada insan yang pernah membesarkannya.
“Saya pernah cuba putar lagu kegemaran arwah masa on air, tapi saya terus menangis. Saya belum kuat.
“Tapi bila doktor kata, lagu tu bukan kenangan sedih, tapi satu penghormatan, saya mula ubah fikiran. Sekarang saya cuba redha dan bersyukur kerana pernah ada ayah sebaik itu,” ujar Sonic.
Kini, meskipun masih dalam proses rawatan untuk anxiety, DJ Sonic kembali melangkah hari demi hari dengan semangat yang lebih stabil.
Dia percaya bahawa healing bukan satu destinasi, tetapi satu perjalanan berterusan dan dalam setiap langkah itu, bayangan arwah ayah akan sentiasa bersamanya sebagai kekuatan dan cahaya.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Siti Saerah optimis untuk memberikan sepenuh perhatian dalam membimbing anaknya, Amad Dayyan, yang kini menyertai program realiti Talk To My Manager.