Penyanyi Baby Shima mendedahkan dia kini kian lega selepas menjalani sesi kaunseling bersama kaunselor sukarelawan, Muhamad Nabil Che Musa di Klinik Mental Prihatin di Rumah Prihatin @ Grand Seasons, Kuala Lumpur, semalam.
Menurut Shima atau Shima atau nama sebenarnyaNor Ashima Ramli, 26, dia sebelum ini hanya memendam perasaan sendiri selain kurang pendedahan mengenai rawatan hal berkaitan.
“Kalau ikutkan hati saya, awalnya saya tak mahu dapatkan khidmat ini. Tambahan pula saya kurang pendedahan mengenai rawatan ah mental sebelum ini.
“Bagaimanapun setelah dinasihati oleh seorang kawan rapat, akhirnya saya bersetuju untuk mendapatkan khidmat kaunseling di Rumah Prihatin. Rasa lega sikit selepas sesi tersebut.
“Selama ini saya cuma pendam seorang diri. Bila dah luahkan semuanya baru rasa lebih baik. Alhamdulillah, amat lega berdepan situasi sekarang. Cuma saya kena ulangi lagi sesi ini untuk kali kedua pada masa yang sesuai,” katanya.
Shima yang kini muncul menerusi single Lalai ini menjelaskan dia sudah tidak tahan dengan masalah tekanan perasaan yang dihadapinya akhir-akhir ini, susulan kecaman melampau yang diterima.
Ads
Meski dahulunya dia cuba bersabar berdepan kecaman begini, namun situasinya berbeza kini.
“Sampai ke tahap ini saya dah betul-betul lemah. Kadang-kadang rasa nak terima tapi sampai satu tahap rasa ‘down’.
“Saya bukan tak boleh nak ditegur. Saya boleh terima dan tak kisah tapi anda nak tegur kena tahu adabnya bagaimana. Jangan sampai memaki hamun. Banyak yang menegur tapi cara mereka amat keterlaluan sehingga tahap menghina saya,” luahnya lagi.
Ads
Jelasnya lagi, atas situasi yang berlaku doa pernah berdepan masalah sukar tidur dan konsentrasinya turut terganggu.
“Di rumah saya amat tertekan sampai kepala saya betul-betul rasa berat. Kadang-kadang rasa badan mengigil, lemah dan tak boleh tidur sehingga kesihatan terjejas.
Ads
“Berat badan turun mendadak. Dulu berat saya 45 kilogram ke atas, sekarang tak sampai 40 kilogram. Selera makan saya okay, tapi entah lah.
“Nak buat kerja pun tak boleh fokus. Nak hafal skrip yang senang pun tak boleh. Ia sangat mengganggu. Saya pun pelik. Apa yang saya buat sehingga orang terlalu mengecam sehingga melampau-lampau. Saya tak pernah kacau orang lain,” katanya.
Namun, Shima akui ada juga peminat yang menitipkan kata semangat selain mendoakan moga dirinya terus kuat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon jelita, Mia Ahmad menyifatkan dia kini kian matang terutamanya dalam soal mengekalkan keharmonian rumah tangga.
Menurut Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi, satu ketika dahulu, hatinya agak mudah terasa lebih-lebih lagi apabila suaminya jarang mengungkapkan kata cinta.
Jelasnya lagi, dia kini semakin faham yang rasa cinta dan sayang itu bukan hanya sekadar melalui kata-kata sahaja tetapi ia harus disertakan dengan perbuatan.
“Bila dah faham bahasa kasih sayang dari suami ni perkahwinan jadi bertambah indah. Dulu kalau suami tak cakap ’I LOVE YOU’ rasa suami tak sayang. Apoooo?,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Hati Perempuan itu menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut menasihatkan buat para isteri untuk selalu berdoa agar Allah sentiasa melindungi dan merahmati rumah tangga agar tidak diselubungi dengan kesedihan.
“Kurangkan expectation. Bukan kita yang pegang hati suami. Doa. Jangan banyak fikir. Zikir ya Hafiz ya Muhaimin (Yang Maha Menjaga, Yang Maha mengawasi)
“Doa semoga Allah menjauhkan kita dari makhluk yang bernama sedih dan susah hati ni. InsyaAllah,” kongsinya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama selain turut mendoakan agar rumah tangga yang dibina oleh Mia dan suami akan berkekalan hingga ke akhir hayat.
“Thank you Kak Mia atas peringatan yang berguna untuk para Isteri.
“Thank you Kak Mia atas peringatan. Betul sangat bila suami tak ucap I love you rasa suami tak sayang kita.
“Betul my dear. Now, I nampak how your journey dari mula kahwin sampai dah ada babies. Banyak dah perubahan yang positif,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Terdahulu, Mia dan suaminya yang juga merupakan penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim, Izham Tarmizi telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 13 Januari 2017
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah dikurniakan dua cahaya mata yang diberi nama Sayf Issa, 3 tahun dan Iris yang kini baru berusia 1 tahun.
Sumber: Instagram Mia Ahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pakar bedah kelahiran Malaysia, Dr Nur Amalina Che Bakri memaklumkan dirinya telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada minggu lalu di Hospital St. Thomas, United Kingdom.
Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Dr. Amalina menerusi entri terkini di laman Instagram.
“Kami berbesar hati untuk memperkenalkan kepada anda semua puteri cantik kami, Arabella Mia yang dilahirkan pada minggu lalu di St. Thomas’ Hospital,” tulisnya.
Menerusi hantaran yang sama, Dr. Amalina turut berkongsi wajah puterinya itu selain turut mengumumkan dia dan suami telah bersepa untuk menamakannya, Arabella Mia.
Katanya lagi, kehadiran anak sulungnya ini bakal menambahkan lagi seri dan kegembiraan didalam keluarganya.
“Kami amat menyayanginya dan akan menikmati setiap momen-momen indah bersama penyeri hidup kami ini.
“Kami sangat teruja untuk melihat apa yang telah ditetapkan pada masa hadapan. Alhamdulillah, sayang semua,” kongsinya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa turuja selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Dr. Amalina dan suami.
Sekadar informasi, Dr Amalina mendirikan rumah tangga bersama jejaka Inggeris, Alexander Charles dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Masjid Central London pada 31 Mac, tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Dr. Amalina
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon versatil, Vanidah Imran baru-baru ini mengambil pendirian untuk tidak memberi sebarang komen mengenai khabar angin yang mengatakan rumah tangganya bersama pemuzik dan pelakon, Rashidi Ishak dikatakan sudah berakhir.
Malah, Vanidah atau lebih mesra dipanggil Vee, menerusi mStar memberitahu, dia tidak mahu memanjangkan gosip berkenaan.
“Kami berdua pilih untuk tidak mengulas mengenainya. Tidak kuasa hendak layan nanti lebih panjang,” katanya ringkas.
Terdahulu, ruangan pojok menerusi sebuah akhbar mingguan pada Ahad melaporkan pasangan selebriti berkenaan sudah tidak lagi bersama sekali gus membawa haluan masing-masing.
Pada masa sama, pasangan tersebut juga dikatakan turut dilihat hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, 9 Ogos lalu.
Vanidah dan Rashidi berkahwin pada 1 Oktober 2000 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mikhail Imran, 17, dan Maryam Rashika, 14.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pempengaruh media sosial, Siti Jamumall menyifatkan kehadiran dua orang anak lelakinya iaitu Putra Adam Rizki, 6 dan Putra Aiman Zafran, 4 sebagai kekuatan utama...