Pelakon dan pengacara, Nabila Huda menzahirkan rasa kagum saat menyaksikan aktor, Beto Kusyairy melakonkan adegan mengerikan tanpa penglibatan daripada para ‘stuntman’.

Adegan tersebut memperlihatkan Beto sedang bergelut dengan api yang sangat marak di seluruh tubuhnya.

“Fuh Standing Ovation, Ni Baru Real,”- Satu Badan Dipenuhi Api Marak, Ramai Kagum Lihat Beto Kusyairy Buat ‘Stunt’ Sendiri

Menurut Nabila, aksi yang ditunjukkan oleh Beto itu sememangnya wajar diberikan pujian kerana menyifatkan tindakan tersebut memerlukan keberanian yang sangat tinggi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

“This is @beto_kusyairy everyone. He buat stunt sendiri ok!! Fuhhh Standing ovation!!Ni baru real ahhh!

“I’m so proud of you Bet. Team stunt pun power jugak! Uncle Razid, Hafiz and crew,” tulisnya.

IKLAN

Video berdurasi hampir 20 saat itu dikongsikan sendiri oleh pengacara program, Melodi itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

“Fuh Standing Ovation, Ni Baru Real,”- Satu Badan Dipenuhi Api Marak, Ramai Kagum Lihat Beto Kusyairy Buat ‘Stunt’ Sendiri “Fuh Standing Ovation, Ni Baru Real,”- Satu Badan Dipenuhi Api Marak, Ramai Kagum Lihat Beto Kusyairy Buat ‘Stunt’ Sendiri

Dikesempatan itu juga, Nabila turut memuji para ‘stunt team’ yang mengendalikan adegan tersebut dengan baik tanpa sebarang komplikasi.

Aksi ngeri yang ditunjukkan oleh Beto itu nyata mengejutkan hati ramai pihak.

IKLAN

“Fuh Standing Ovation, Ni Baru Real,”- Satu Badan Dipenuhi Api Marak, Ramai Kagum Lihat Beto Kusyairy Buat ‘Stunt’ Sendiri

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut menzahirkan rasa kagum selain turut menyatakan rasa tidak sabar untuk menyaksikan karya baharu daripada Beto itu.

“Uishh, Beto Kusyairy ni dah level lain ni. Gila lah,” komen Zahiril Adzim.

IKLAN

“Wow wow wow, Beto Kusyairy. I knew you were of a different level but this is of a different kind all together. Ini luar biasa,” balas Catriona Ross.

“Uishh, terbaiklah Beto Kusyairy. Gila Daring,” kata Shah Iskandar.

“My respect for Beto,” tulis Pekin Ibrahim.

“Fuh Standing Ovation, Ni Baru Real,”- Satu Badan Dipenuhi Api Marak, Ramai Kagum Lihat Beto Kusyairy Buat ‘Stunt’ Sendiri “Fuh Standing Ovation, Ni Baru Real,”- Satu Badan Dipenuhi Api Marak, Ramai Kagum Lihat Beto Kusyairy Buat ‘Stunt’ Sendiri

Terdahulu, adengan ditunjukkan oleh Beto itu merupakan salah satu babak di dalam drama terbarunya yang berjudul Halimun yang turut menampilkan pelakon seperti Nabila Huda, Kodi Rasheed dan Harun Hashim.

Sumber: Instagram Nabila Huda

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI