Pelakon, Iedil Putra meluahkan rasa kecewanya terhadap kriteria yang diletakkan oleh sebuah syarikat penyiaran ternama tanah air yang dikatakan hanya ingin mengambil pelakon yang mempunyai jumlah pengikut lebih satu juta di platform, Instagram.

Menurut Aedil, syarat-syarat yang dikenakan itu merupakan antara punca mengapa dia jarang membintangai drama atau filem di Malaysia.

“Dari sebuah syarikat penyiaran ternama; Followers IG over 1 juta? Lambat lagilah aku nak dapat job di Malaysia ni.

“Walaupun sudah lebih 20 tahun aku mengabdikan diri, tapi kriteria yang macam ini yang mereka cari. Bye,” tulisnya.

Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem, J Revolusi itu menerusi sebuah ciapan yang dimuat naik di laman Instagram.

IKLAN

20 Tahun Berlakon, Iedil Putra Kecewa Stesen TV Lokal Hanya Nak Pelakon Yang Ada 1 Juta Followers?

20 Tahun Berlakon, Iedil Putra Kecewa Stesen TV Lokal Hanya Nak Pelakon Yang Ada 1 Juta Followers?Katanya lagi, meskipun dia mempunyai pengalaman lebih daripada 20 tahun sebagai seorang pelakon, namum perkara tersebut tidak akan berguna sekiranya pihak syarikat penyiaran masih lagi memandang kepada populariti di media sosial.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa dukacita selain turut menyifatkan trend seperti ini hanya akan merugikan industri seni tanah air sekiranya kita mensia-siakan bakat yang dimiliki oleh pelakon-pelakon ini.

“Nampaknya ramai yang duduk buat content bodoh bangang akan dapat job.

IKLAN

“Teruskan cari makan kat Indonesia sudahlah Mas Iedil.

“Your talent worth more than this.

“Kalau arwah Mamat Khalid pon pilih 1 juta pengikut baru nak ambil berlakon, tak kenal la kita dgn Yeh Sekupang, Usop Wilcha, Kak Limah dan lain-lain,” antara komen-komen netizen di Twitter.

IKLAN

20 Tahun Berlakon, Iedil Putra Kecewa Stesen TV Lokal Hanya Nak Pelakon Yang Ada 1 Juta Followers? 20 Tahun Berlakon, Iedil Putra Kecewa Stesen TV Lokal Hanya Nak Pelakon Yang Ada 1 Juta Followers?

Sekadar informasi, Iedil juga merupakan antara pelakon yang aktif membintangi filem-filem di Indonesia antaranya, Toko Barang Mantan dan My Stupid Bos 2.

20 Tahun Berlakon, Iedil Putra Kecewa Stesen TV Lokal Hanya Nak Pelakon Yang Ada 1 Juta Followers? 20 Tahun Berlakon, Iedil Putra Kecewa Stesen TV Lokal Hanya Nak Pelakon Yang Ada 1 Juta Followers?

Terdahulu, Iedil atau nama sebenarnya Tengku Iedildzuhrie Putra Tengku Alaudin telah mendirikan rumah tangga bersama aktres Indonesia, Prisia Nasution pada. 2016.

Sumber: Instagram & Twitter Iedil Putra

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI