Lalu, perkongsian dari isteri kepada penyanyi dan pelakon, Beego itu mendapat reaksi pelbagai dari netizen. Ada yang bertanya apa yang berlaku dan tak kurang yang ingin tahu keadaan si comel bernama Indah Camella itu.
Penyanyi, Nourul Depp selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.02 kilogram menerusi pembedahan jam 11.12 malam tadi.
Berita gembira itu dikongsikanNourul di Instagrammya.
“Assalamualaikum dan selamat pagi wahai yang baik hati yang sentiasa mendoakan kami. ❤ .
“Alhamdulillah #isabelladepp selamat dilahirkan jam 11:12 malam tadi melalui pembedahan. .
“Berat 3.02kg saja. Mak dia yang berat. .
“Just to share the news with all who always supporting me and always pray for me and my family. May Allah bless all of you ❤ .
“Thank you for the love and joy that you have shown me. .
“La ni kami nak rest. Nak tidoq. Dok belek isabella sampai pukui 2:30am. Alhamdulillah diatas satu lagi pemberian Allah yang sangat indah buat kami sekeluarga. .
“Semoga kalian di rahmati. InsyaAllah tiba masa kami share gambaq #isabelladepp na.Have a great day,” tulisnya.
Pelakon dan penyanyi Elly Mazlein telah berkongsi sekeping gambar di akaun Instagram miliknya.
Menerusi posting tersebut, penyanyi yang terkenal lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu telah meluahkan rasa tidak puas hati dan sedih terhadap bekas suaminya, pengarah Azmi Hatta.
“Adakah ini contoh seorang BAPA ?#TakBertanggungjawabKepadaAnak#TidakDatangMelawatAnak#TidakBayarNafkah#DanSekarang#Ermmmmmm#LengkapKauNi#HebatnyaKamu#YakinnyaKamu”tulisnya.
Kongsi Elly, bekas suaminya itu didakwa tidak menjalankan tanggungjawab membayar nafkah anaknya, Sefhia.
Lalu, perkongsian penyanyi yang berusia 38 tahun ini telah mendapat perhatian daripada peminatnya.
Di samping itu, peminat telah menasihati Elly untuk sentiasa tabah dan cekal menghadapi ujian hidup.
Terdahulu, Elly dan Azmi telah berkahwin pada 9 November 2014 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Putri Sara Sefhia, 4 tahun namun pasangan ini bercerai pada 15 Oktober 2015.