“Zaman dia ikut cakap aku dah habis. Ini zaman kita ikut cakap mereka pula.”
Demikian kata pelakon Azhan Rani yang kini terpaksa akur apabila perlu mendengar arahan dua bekas pelajarnya iaitu Azhar Zainal dan Fasyali Fadhli bagi menjayakan pementasan teater terbitan Mask Team berjudul Andak Bertandak.
Azhan berkata, menerusi teater itu Azhar bertindak sebagai pengarah manakala Fasyali sebagai penulis skrip dan kedua-duanya adalah bekas pelajarnya ketika menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM).
“Perasaan sudah tentu bercampur baur kerana tak percaya dulu mereka berdua ini selalu tunggu arahan saya, tapi sekarang saya kena ikut kehendak mereka.
“Sebagai pelakon saya memberi sepenuh kepercayaan kepada mereka memandangkan keduanya sudah profesional dalam bidang ini.
“Jadi saya buang ke tepi sebagai individu yang pernah menjadi tenaga pengajar dan pengarah mereka.
“Malah saya cuba ‘korek’ segala idea dan semangat adrenalin orang muda ini. Saya biarkan mereka berkarya dan ikut apa yang dimahukan. Ini masa mereka untuk keluarkan apa yang mereka miliki dan saya ambil ‘barang’ mereka,”katanya.
Menurut Azhan, dia berharap Azhar dan Fasyali yang kinimerupakan Dekan Fakulti Teater, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) terus menjadi nama-nama penting dalam pementasan teater.
Ads
“Mula-mula agak susah nak percaya tapi saya kena terima hakikat ini. Dalam masa sama terharu sebab mereka kini sudah mampu memberi arahan selain pakar dalam bidang masing-masing.
“Saya sangat kagum dan mengharapkan mereka terus menjadi nama-nama penting dalam seni pementasan teater atau pun drama,” katanya.
Dalam pada itu, Azhan berkata, selepas lapan tahun tidak terbabit dalam pementasan teater dia akhirnya terbuka hati untuk menerima tawaran teater Andak Bertandak.
“Kali terakhir saya terbabit dalam pementasan teater adalah pada tahun 2016 menerusi teater Muzikal Randai Cindua Mato di Istana Budaya.
Ads
“Selepas itu, saya tidak terbabit dalam mana-mana pementasan, cuma sesekali dapat menghadirkan diri sebagai penonton.
“Sebenarnya kalau ikutkan saya agak keberatan untuk sertai teater ini kerana jadual seni saya agak padat disebabkan terikat dnegan penggambaran drama bersiri di Johor.
“Dalam masa sama, saya juga perlu membahagikan masa untuk menghadiri latihan. Jadi pada awalnya saya terpaksa tolak tawaran ini, tapi disebabkan Mask Team tidak berhenti memujuk kerana mahukan saya terbabit dalam teater ini selain sanggup mengatur jadual saya membuatkan saya terharu dan bersetuju.
“Tambah pula ini bukan kali pertama tawaran daripada Mask Team. Sebelum ini pun mereka ada mempelawa saya dalam pementasan teater Maduku Kalut,” katanya.
Ads
Teater Andak Bertandak bakal dipentaskan pada 29 Ogos hingga 1 September depan di Pentas 2, The Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC).
Selain Azhan, pelakon lain yang terbabit ialah Ellie Suriaty, Riena DIana, Jay Iswazir, Dottie, Aizat Saha, Fadhli Masoot dan Razman Mahayuddin.
Tiket menyaksikan teater Andak Bertandak sudah dijual secara atas talian di www.cloudjoi.com dengan harga tiket bermula RM65, RM95, RM125, dan RM155.
Teater Andak Bertandak mengisahkan kehidupan keluarga Andak serta masyarakat di sebuah kampung yang percaya kepada perkara tahyul sehingga menolak perubatan moden tanpa sebab yang munasabah.
Teater yang mempamerkan nilai komersial yang tinggi serta sarat dengan mesej kemasyarakatan dan kekeluargaan ini akan disampaikan dalam gaya penceritaan yang ringan dan dekat dengan penonton.
Biarpun bergenre farce comedy, teater Andak Bertandak diharapkan mampu meninggalkan kesan mendalam kepada penonton yang hadir.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sedar akan kepentingan mendidik anak adab sebagai tetamu, Yana Samsudin berkongsi pesanan yang dititip kepada anaknya, Aisy Mateen.
Tulis pelakon dan hos ini, di samping memberi peringatan, anak-anak juga harus dipuji apabila berjaya mengikut peraturan yang digariskan ibu bapa.
“Mak mak selalu buat macam ni kan sebelum datang rumah orang.
“Pesan siap siap… Jumpa orang lebih tua dari kita beri salam, salam, cakap selamat hari raya, orang bagi duit raya cakap terima kasih, orang bagi air minum dan makan duduk jangan lari lari, jangan pegang barang perhiasan orang.
“Bukan barang mainan kita jangan main , minta izin dulu kalau nak main,” tulisnya.
Yana bagaimanapun menjelaskan, foto yang dikongsi adalah ketika sesi melakukan ‘post-mortem’ bersama si anak.
“Tapi ni adalah sesi postmortem, puji apa yang dia dah buat tegur apa yang dia tak buat atau buat salah tadi. Itu je… @aisymateen Ok, cuma dia selalu pilih orang yang dia nak salam dan tak pandai ambik duit raya dari orang kalau ada orang bagi.. cakap slow slow nanti dak dak akan faham.
“Apa pesanan korang bila nak sampai ke rumah orang lain beraya? #MateenDanMommy #Tipsbolehgunapakai,” kongsi isteri pelakon Fadzil Zahari ini panjang lebar.
Jenama fesyen terkenal tempatan, Rizman Ruzaini bakal melebarkan sayap mereka ke pasaran Arab Saudi mulai tahun hadapan.
Menurut salah seorang perekanya, Rizman Nordin, peluang untuk ke sana akan digunakan sebaik mungkin mereka untuk terus meletakkan jenama anak tempatan ke pasaran antarabangsa.
“Kami tak sangka jenama Rizman Ruzaini dapat perhatian daripada orang Arab Saudi… mulanya pelanggan itu panggil datang ke hotel tempat dia menginap dan di situ juga kami ambil ukuran dan selepas baju disiapkan, mereka berpuas hati dan suka dengan rekaan kami.
“Dan daripada networking ini, ahli perniagaan tersebut mencadangkan kepada kami untuk lebarkan sayap ke pasaran di Arab Saudi pula. InsyaAllah kalau tiada apa-apa halangan, jenama Rizman Ruzaini akan ke sana pada tahun hadapan,” katanya kepada MH.
Sementara itu, menurut Wan Ruzaini Wan Jamil pula, dalam usaha untuk memberi semula kepada pengguna setia jenama itu, Rizman Ruzaini melancarkan program perniagaan tudung dan beg tangan di bawah label RR Empire.
Inisiatif itu dibuat sebagai salah satu usaha untuk membantu orang ramai menjana pendapatan tanpa perlu mengeluarkan sebarang modal.
“Orang ramai yang menyertai akan mendapat komisen daripada hasil jualan dan tidak perlu mengeluarkan modal kerana semuanya akan diuruskan oleh pihak pengurusan.
“Mereka hanya perlu guna tudung dan beg tangan jenama RR Empire serta promosi dan bantu pembeli untuk membuat pembelian melalui media sosial atau platform perniagaan lain.
“Agen yang kami panggil Ikon RR Empire ini turut akan mendapat banyak keistimewaan seperti kelas dandanan, solekan dan tutorial cara berhijab sebagai membantu mereka memasarkan produk,” katanya.
RR Empire turut memperkenalkan pelakon dan pengacara, Mira Filzah selaku muse produk tudung terbaharu mereka, Riverra Scarves yang didatangkan dengan 20 pilihan warna.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan hos Scha Alyahya memuat naik foto lamanya sejurus selesai membuang undi dengan dengan jarinya yang masih ‘berdakwat biru’.
Menerusi Instagram, Scha memaklumkan sudah dua kali melakukan kewajipan mengundi di dalam Pilihan Raya Umum Malaysia.
“I have voted twice, 2013 dan 2018. Why second pic? Sila zoom in. Esok InsyaAllah sekali lagi. Marilah,” tulis ibu kepada dua cahaya mata ini menerusi ruangan kapsyen, pada Jumaat.
Bintang TikTok terkenal, Khaby Lame telah meninggalkan Amerika Syarikat (AS) secara sukarela selepas didakwa melanggar tempoh sah visanya, sekali gus mengelakkan sebarang rekod perintah...