Penyanyi nasyid kumpulan Saujana yang juga ahli perniagaan, Dr Idzu Baharin menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran Datuk sempena Sambutan Hari Jadi ke-75 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam, hari ini.
Dr Idzu, 43, atau nama sebenar Khairul Idzwan Baharin berkata, anugerah diterima atas jasa, pengorbanan dan tanggungjawab selepas hampir tiga dekad berkecimpung dalam keusahawanan perubatan dan penyelidikan Perubatan Regeneratif.
“Alhamdulillah, saya sangat menghargai dan bersyukur di atas pengurniaan gelaran Datuk ini, secara tidak langsung memberi saya satu semangat besar serta suntikan baharu untuk menjadi lebih berjaya dan menyumbang kepada negara dalam membangunkan industri perubatan regeneratif negara.
“Saya berasa lebih bertanggungjawab untuk membawa nama Malaysia supaya dikenali dalam bidang perubatan regeneratif yang mampu membantu ramai orang untuk kembali sihat dan muda.
“Saya rasa macam dilahirkan semula dan ini adalah perjuangan fasa baru yg sangat mengujakan,” katanya.
Ads
Idzu yang juga pengasas Cell Tissue Technology Sdn Bhd sejak 13 tahun lalu, berterima kasih atas penganugerahan diberikan.
“Saya nak ucapkan terima kasih dan selamat hari lahir ke-75 kepada Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Mohd Rustam serta kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di atas kepercayaan dan penganugerahan yang bermakna ini,” katanya.
Ads
Terdahulu, Cell Tissue Technology Sdn Bhd ditubuhkan pada 2010 sebagai syarikat berteknologi perubatan maju di Malaysia. Ia adalah ‘spin-off’ daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), yang juga universiti dan institut penyelidikan terkemuka di negara ini.
Syarikat itu juga menjadi peneraju utama dalam bidang Kejuruteraan Tisu dan Perubatan Regeneratif di Malaysia sejak penubuhannya. Malah, produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Cell Tissue Group merangkumi teknologi perubatan canggih yang berpusat pada Terapi Sel Stem, Imunoterapi Berasaskan Sel, serta Terapi Secretome dan Exosome.
Sepanjang 30 tahun membabitkan diri dalam dunia perubatan, keusahawanan, dan dunia seni, Dr Idzu sudah mendapat pelbagai pengiktirafan dalam dan luar negara.
Ads
Antaranya, Pengiktirafan SOONICORN oleh MOSTI (2024), Pengiktirafan Top 30 Usahawan Techno Dreams oleh MTDC (2023), Pengiktirafan sebagai Malaysia’s New Industrial Plan 2030 oleh MITI dan MIDA, Sumbangan Teknologi Terkini 3D Bioprinters Bernilai RM0.5 juta Kepada UKM dan banyak lagi.
Selain itu, pada 2016 dia juga mendapat Pengiktirafan sebagai Malaysia’s ‘First Manufacturer of ‘Autologous Tissue Engineered’ Human Skin’ dan “First ‘Autologous Tissue Engineered’ Human Skin” oleh The Malaysia Book of Records.
Terbaharu, kumpulan Saujana bersama penyanyi Siti Nordiana dicalonkan bagi kategori Artis Kolaborasi Popular pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH36) menerusi lagu Keluarga Bahagia versi rakaman semula.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pencetus Ummah (PU) Amin ada meluahkan rasa sedih apabila dompetnya hilang.
Perkara itu dikongsikan Amin menerusi Instagrammya beserta emoji sedih.
“Lepas sampai di Tol Karak saya sedar dompet tak ada dan saya patah balik ke Petronas RnR Gambang . Saya cari sudah tiada dalam bilik air tempat saya masuk sebelum ini .
“Puas cari , guna bantuan staff petronas untuk cari guna CCTV masih juga tak jumpa kalau ada siapa siapa yang ambil . Kerana CCTV terhad,”tulis Amin.
“Maka saya merayu pada yang ambil dompet saya , awak ambil lah semua duit dalam tu , tapi tolong sangat sangat pulangkan dompet dan kad kad peribadi di dalam nya .
“Saya merayu sangat sangat . Kad kad itu kehidupan saya .
“Dalam tu ada ic saya , isteri dan anak anak saya . Kad Tauliah mengajar agama dan lain lain..
“Kalau anda lembut hati , terambil atau tersimpan dompet saya . Saya merayu sekali lagi .
“Pulangkan lah . Hubungi saya 0193676648 atau..
Awak post kan ke alamat :
No 19,
Jalan jelok ria 1
taman jelok ria
43000 kajang selangor..
Lebih memilukan, apabila petang ini Amin akan berangkat ke Mekah untuk menunaikan umrah.
“Petang ini jam 6 saya akan terbang ke Mekah untuk buat Umrah . Ujian besar kali ini . Allahuuu . Allah sahaja tahu perasaan ini .
“Pada Allah saya berserah . Tolong share ya,akhiri Amin.
Rata-rata netizen mendoakan agar dompet Amin ditemui semula dan semoga dipermudahkan urusan.
Foto: IG PU Amin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Abby Abadi akhirnya berkongsi nama bayi yang dijaganya buat sementara waktu sementara menantikan ada pihak yang sudi mengambilnya sebagai permata hati, hari ini.
Kongsi bintang Gerak Khas itu, nama yang diberikan mempunyai elemen kelembutan biar ia terus dibawanya hingga besar nanti.
“Assalamualaikum… Haii Semua Uncles Auntys. Hari ke 4 Mama berpantang sangat dan Hari ke 7 utk Saya yey!
“Dah ada nama, MAIRA DARDA FARISA.
“Maira- Bulan
Darda-Mutiara Kebijaksanaan
Farisa- Pengemudi Mahir
“Mama Abah @jaiezzany bagi nama lembut2 je kat Darda.. biar segala sifatnya penuh kelembutan seindah namanya bila besar nanti . Abang2 Kakak2 setuju je k. Ikut Mama hee,” kongsi Abby.
Pada masa sama, bintang ini turut berkongsi keadaan bayinya kini berada dalam keadaan baik-baik sahaja.
“Dah tercabut tali pusatnya malam hari ke5. Dan setakat harini Alhamdullillah, baby Darda tak kena kuningpun.
“Sihat2 sahaja. Sekian laporan dari Mamanya. Sambung nanti,” akhiri Abby.
Serentak dengan perkongsian itu, para peminat turut memberikan reaksi terhadap nama indah yang diberikan buat bayi perempuan comel berkenaan.
Terdahulu, Abby buat masa memaklumkan dia akan menjadi penjaga Darda sementara waktu dan hanya akan membuat keputusan menyerahkan bayi comel itu selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Foto: Instagram Abby Abadi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Syamel berkongsi khabar dukacita apabila neneknya baru sahaja meninggal dunia.
Berita sedih itu dikongsi menerusi laman Instagram miliknya.
Bagaimanapun punca kematian tidak dinyatakan.
Penyanyi itu turut menyatakan ucapan penghargaan buat kakitangan hospital di ruang Insta Story.
“Al-Fatihah buat Wan (nenek) Bangmel. Telah menghembuskan nafasnya yang terakhir tadi. Semoga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Terima kasih buat semua yang mendoakan,” kongsi penyanyi Takkan Terlerai ini.
Dalam usaha menyebarkan rezeki dan berkongsi kebahagiaan bersama pelanggan setia, penyanyi Noraniza Idris bersama pasukannya, tampil dengan inisiatif Golden Voucher yang dimasukkan secara rawak...