Vokalis kumpulan Floor88, Ayie Elham berkata dia akan berkongsi gambar anak sulungnya, Nayla Amanda yang dilahirkan pada 22 Julai lalu kepada para peminat dalam sedikit masa lagi.

Namun, buat masa ini Ayie atau nama sebenarnya, Nik Fadlee Elhamshah merasakan masih terlalu awal untuk ‘tayang’ foto puterinya itu memandangkan usia Nayla baharu sahaja mencecah tiga minggu.

“Usia bayi pun belum sampai sebulan lagi. Insya-Allah, saya akan berkongsi gambarnya pada masa yang sesuai. Tunggulah, dalam sedikit masa lagi. Kehadiran Nayla melengkapkan kebahagiaan saya dan isteri.

Ayie Floor88 Tak Sorok Anak, Seronok Berjaga Malam; “Pengalaman Yang Membahagiakan.” Ayie Floor88 Tak Sorok Anak, Seronok Berjaga Malam; “Pengalaman Yang Membahagiakan.”

“Melihat isteri bertarung nyawa ketika nak melahirkan anak pun, saya berasa sedih dan amat tersentuh hati. Betapa besarnya pengorbanan seorang wanita yang bergelar isteri dan ibu,” katanya kepada MH.

Penyanyi yang popular dengan lagu Hutang itu ditemui pada majlis sambutan ulang tahun kelima Floor88 dan pelancaran single baharu, Sahabat serta album digital kumpulan itu berjudul Infinity yang diadakan di Puchong, Selangor baru-baru ini.

IKLAN

Bercerita lebih lanjut mengenai pengalamannya bergelar bapa di usia muda, Ayie, 25, berkata ia adalah satu cabaran untuknya berjaga malam namun semua perkara itu menjadi antara aktiviti yang paling menyeronokkan dalam hidupnya kini.

“Sekarang saya dah rasa bagaimana menjaga anak yang bangun pada tengah malam dan tak tidur hingga ke pagi. Begitu juga mendengar dia menangis.

“Ia satu pengalaman baharu yang menyeronokkan dan membahagiakan dalam hidup saya kini.

IKLAN

Ayie Floor88 Tak Sorok Anak, Seronok Berjaga Malam; “Pengalaman Yang Membahagiakan.”

Ayie Floor88 Tak Sorok Anak, Seronok Berjaga Malam; “Pengalaman Yang Membahagiakan.”

“Alhamdulillah, saya juga sekarang makin selesa menjaga anak bagi membantu isteri yang masih dalam pantang.

IKLAN

“Selain itu, keluarga saya dan mentua juga banyak membantu kami dalam menguruskan Nayla,” katanya lagi.

Untuk rekod, Ayie mendirikan rumah tangga dengan Natasha Ahmad Nawawi, 23, pada 21 Oktober tahun lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto:  Instagram Ayie Floor88

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI