Penyanyi Datuk Awie, Datuk Hattan dan Hazama antara selebriti yang dilantik sebagai Duta Anti-Scam Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam sebuah majlis yang berlangsung di Maktab Polis Diraja Malaysia, Cheras, Kuala Lumpur pada Selasa.
Tiga selebriti popular itu turut dianugerahkan sijil pelantikan yang disampaikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.
Selain Awie, Hattan dan Hazama beberapa selebriti tempatan lain turut dilantik menggalas tugas serupa seperti Aedy Ashraf, Sara Ali, Diana Danielle, Pablo Amirul dan Khai Bahar.
Mengulas mengenai pelantikan itu, Awie atau nama sebenar Ahmad Azhar Othman, 54, berkata dia berbangga dipilih sebagai salah seorang duta bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai bahaya jenayah scam yang semakin berleluasa kebelakangan ini.
Ads
“Sejak kebelakangan ini kes-kes melibatkan jenayah scam semakin menjadi-jadi dan sebagai selebriti kami akan gunakan pengaruh yang ada untuk beri kesedaran kepada orang ramai.
“Kami berharap kempen ini akan dapat membuka mata orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan scammers yang tidak bertanggungjawab ini,” kata Awie.
Sementara itu, penyanyi Hazama pula berkongsi cerita ibunya pernah hampir menjadi mangsa scam.
Ads
Bagaimanapun, dia bersyukur ibunya bukan seorang yang mudah terpedaya dengan sindiket berkenaan.
“Ibu saya pernah hampir nak jadi mangsa tapi nasib baik dia cepat-cepat letak telefon bila dah rasa lain macam.
Ads
“Jadi, dengan lantikan ini saya akan terus menyebarkan mengenai jenayah scam agar tidak mudah tertipu lebih-lebih dalam kalangan warga tua,” kata Hazama.
Selain selebriti, beberapa atlet badminton juga turut dilantik seperti Datuk Wira Lee Chong Wei, Lee Zii Jia serta pemain beregu, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Terharu atas penerimaan ramai ketika bersaing di Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) lalu, penyanyi Ernie Zakri tampil memberikan dedikasi kepada semua menerusi satu perkongsian yang dimuat naik di Instagram, pada Ahad.
Malah dia turut terharu apabila melihat video reaksi terhadap persembahan lagu Gundah di anugerah muzik tahunan itu di YouTube.
“Tak sedar masa berlalu, dah seminggu #AJL35 berlalu. Terlalu banyak doa-doa yang baik daripada kalian. Reactions di YouTube membuatkan saya sendiri rasa sebak bila mendapat sambutan yang baik di kalangan semua. Syukur Alhamdulillah.
“Jangkaan untuk menang jauh sekali, tapi siapalah saya untuk menafikan rezeki malam itu. Alhamdulillah. Tiada kesalan, tapi lebih banyak lagi harus diperbaiki dalam persembahan itu,” tulis Ernie.
Dia pada masa sama turut mengharapkan sokongan serta kata-kata positif daripada peminat buat dirinya serta rakan lain.
“Inshallah, doakan saya, doakan rakan rakan lain yang turut sama berjuang bukan saja dalam #AJL35, tapi berjuang kerana mencintai bidang ini.
Hiburan bukan sekadar hiburan, inilah kerja kami. Sedaya upaya kami berikan untuk anda semua. Doakan yang baik baik. Inshallah. Semoga kita semua terus tetap semangat untuk menghiburkan! Aamin,” tulisnya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, para peminat turut memberikan reaksi masing-masing selain menghargai bakat nyanyiannya.
Terdahulu, Gundah yang tulisnya bersama Sharon Paul bersaing bersama 11 buah lagu lain di AJL35. Ernie turut dinobatkan sebagai penerima trofi Anugerah Vokal Terbaik kali ini.
Foto: Instagram Ernie Zakri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad mendedikasikan kemanangan selaku Pengacara Paling Popular 2024 buat rakan-rakan pengacara yang berusaha mendidik masyarakat dalam setiap program yang mereka kendalikan.