“Bila tengok kesemua peserta, mereka memang amazing.” Itu persepsi dari penyanyi Atilia atau nama sebenarnya, Raja Puteri Atilia Raja Haron apabila ditanya mengenai sejauh mana keupayaan semua peserta bersama penari mereka yang bertanding di program hiburan, Dansa Dan Sing.

Turut bersaing bersama Yasmin Hani & The Lola, penyanyi yang sinonim menerusi lagu Sangkar ini juga tidak menafikan persaingannya bersama bintang muda lain cukup sengit.

Terdahulu pada minggu pertama saingan, kumpulannya diumumkan sebagai peserta yang mengumpul markah paling rendah di kalangan sembilan peserta lainnya.

Bagaimanapun, mereka bernasib baik apabila tiada penyingkiran diumumkan.

“Mereka sangat dahsyat, jadi kena perbetulkan mana yang salah dan kami kena kejar mereka. Misalnya dari segi latihan, vokal, cari energi dan sebagainya.

IKLAN

“Saya 46 tahun pada tahun ini dan ini antara cabaran terbesar saya setakat ini. Kalau nak diikutkan, kebanyakannya dalam usia 20-an dan kalau kita tengok mereka energetik dan stamina pun sangat bagus. Jadi i have to work extra hard,” katanya jujur mewakili Yasmin Hani dan The Lola.

Ditanya mengapa dirinya bersetuju untuk turut sama bertanding dalam program terbabit, anak kenapa penyanyi senior, Salamiah Hassan ini ada jawapan sendiri.

“Hani (Yasmin Hani) yang pelawa saya sertai sebenarnya. Saya okay saja memandangkan bulan ini hingga Mac biasanya saya tidak banyak buat persembahan karporat, jadi mengapa tidak. Lets do this.

IKLAN

“Sebelum ini saya pernah dapat tawaran untuk sertai Gegar Vaganza akan tetapi saya tolak kerana saya tidak suka pertandingan yang macam… nervous sangat.

”Macam yang ini ada kawan-kawan dan ia berasaskan tarian,” akhirinya yang sebelum ini pernah menyertai Mania bersama rakan band dan Sehati Berdansa.

IKLAN

Dansa Dan Sing telah dihoskan oleh Sherry Al Hadad dan Hadi Mirza. Sementara guru tari, Linda Jasmine dan pereka fesyen, Datuk Rizalman Ibrahim telah diberi kepercayaan sebagai juri tetap.

Sementara itu, seorang juri jemputan akan diundang setiap minggu bagi memberikan komen bersama Linda dan Rizalman.

Konsert mingguannya ditayangkan secara langsung selama lapan minggu dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Ria (104), Ria HD (123) mulai 5 Januari 2020.

Foto: Instagram Alitia

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI