Sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan para penjawat awam demi memelihara kesejahteraan negara, Astro tampil dengan inisiatif istimewa iaituTawaran Eksklusif Penjawat Awam’. 

Menerusi tawaran ini, semua yang berkhidmat dalam sektor awam seperti guru, polis, tentera, serta kakitangan di jabatan dan kementerian kerajaan layak untuk menikmati pelbagai potongan harga menarik. 

Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran Astro, Tai Kam Leong berkata, inisiatif ini sebagai antara usaha Astro dalam menghargai dedikasi penjawat awam terhadap negara. 

“Sebagai sebuah syarikat yang sudah sebati dalam masyarakat Malaysia, Astro telah menjadi sebahagian daripada sejarah negara ini untuk sekian lama. 

“Menghubungkan keluarga dan masyarakat melalui kepelbagaian isi kandungan dan perkhidmatan kami yang pelbagai. 

“Kami menawarkan hiburan dengan harga lebih berpatutan dan kami percaya tawaran ini memberikan nilai tidak terhingga,” katanya.

Ads

Pek Hiburan & Sukan Serendah RM39.99 

Tawaran ini melibatkan dua pek utama iaitu Pek Entertainment Astro One dan Pek Sports Astro One yang kini boleh dinikmati pada harga lebih rendah berbanding harga asal. 

Menerusi Pek Entertainment Astro One, ia boleh dilanggan dengan harga serendah RM39.99 sebulan, memberikan akses kepada lebih 100 saluran tempatan dan antarabangsa.

Antara program menarik termasuk Big Stage Alpha, Dia Bukan Syurga, Seribu Tahun serta Astro Originals First Wives.
Astro Perkenal ‘Tawaran Eksklusif Penjawat Awam’, Hargai Jasa Hero Negara! Dapatkan Pek Hiburan & Sukan pada Harga Istimewa! Astro Perkenal ‘Tawaran Eksklusif Penjawat Awam’, Hargai Jasa Hero Negara! Dapatkan Pek Hiburan & Sukan pada Harga Istimewa! Astro Perkenal ‘Tawaran Eksklusif Penjawat Awam’, Hargai Jasa Hero Negara! Dapatkan Pek Hiburan & Sukan pada Harga Istimewa!

Ads

Sementara bagi Pek Sports Astro One pula, ia menawarkan harga serendah RM69.99 sebulan, iaitu potongan sebanyak RM30 daripada harga asal RM99.99. 

Pelanggan juga boleh menonton siaran langsung seperti Premier League, acara BWF, Liga Malaysia, Formula 1, MotoGP dan banyak lagi. 

Menariknya, kedua-dua pek ini turut menawarkan tontonan percuma kandungan kanak-kanak (harga asal RM9.99) dengan akses kepada enam saluran popular termasuk Cartoon Network, Nickelodeon dan CBeebies. 

Ads

Daftar Sekarang, Nikmati Strim Tanpa Had 

Sebagai tambahan, pelanggan turut diberikan akses percuma kepada Astro GO, membolehkan mereka menonton kandungan kegemaran secara strim pada bila-bila masa dan di mana sahaja. 

Inisiatif ini bukan sekadar memberikan nilai hiburan semata-mata, malah bertujuan untuk mengukuhkan hubungan antara Astro dan komuniti penjawat awam di seluruh negara. 

Para penjawat awam yang ingin menikmati tawaran terbaik ini boleh mula mendaftar untuk Tawaran Eksklusif Penjawat Awam mulai hari ini menerusi pautan rasmi: https://www.astro.com.my/penjawatawam. 

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI