Ads

“Apa Yang Saya Rasa, Itu Tak Penting,” – Jalani Co-Parenting Bersama Kamal Adli, Uqasha Mahu Terus Bahagiakan Anak

Pelakon Uqasha Senrose mendedahkan dirinya kini lebih selesa untuk tidak berkongsi perkara berkaitan kehidupan peribadi di media sosial.

Menurut Uqasha, segala yang berlaku dalam hidupnya sebelum ini dianggap sebagai satu fasa yang mematangkan dirinya, terutama selepas bergelar ibu.

“Apa Yang Saya Rasa, Itu Tak Penting,” - Jalani Co-Parenting Bersama Kamal Adli, Uqasha Mahu Terus Bahagiakan Anak

“Saya anggap apa sahaja yang berlaku di dalam hidup saya sebagai satu fasa yang perlu saya lalui dak hadapi. Apa sahaja kesilapan saya sebelum ini, saya terima.

“Sebab itulah saya lebih banyak berdiam diri dan tidak memuat naik apa-apa di media sosial. Bila kita ada buat kesilapan, lebih elok jika kita berdiam diri dan tak perlu validasi kepada sesiapa.

“Mungkin itu kesilapan saya dahulu apabila terlalu beremosi. Lagipun, ketika itu saya juga baru sahaja melahirkan cahaya mata,” katanya kepada MH.

Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata demikian ketika ditemui pada acara sidang media drama Madu Atau Racun yang berlangsung di A Quite Place, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Diam Demi Kesihatan Mental, Mahu Besarkan Anak Dengan Kasih Sayang

Uqasha berkata, kehadiran anaknya, Hawra Uqaira membuatkan dia lebih berhati-hati dalam setiap tindakan kerana menyedari segala perkara yang dikongsikan di internet akan kekal selamanya.

“Apa Yang Saya Rasa, Itu Tak Penting,” - Jalani Co-Parenting Bersama Kamal Adli, Uqasha Mahu Terus Bahagiakan Anak

Ads

“Bila kita sudah sedar dan tahu ada anak di sebelah kita, itulah yang lagi penting. Mereka yang baru dilahirkan ini akan teruskan kehidupan. Apa yang saya rasa, itu tak penting.

“Yang penting saya mahu membesarkannya dengan penuh kasih sayang. Apa sahaja yang saya lalui dalam hidup, setiap yang buruk itu, ada hikmahnya.

“Saya belajar daripada kesilapan untuk jadi lebih matang sebagai seorang ibu untuk menjaga amanah Allah ini. Saya rasa berdiam diri ini lebih elok daripada bercakap panjang.

“Saya pun tiada nak kongsi apa-apa lagi. Saya jadi takut. Saya bukan takut dengan manusia, saya takut ia ganggu kesihatan mental saya dan anak. Anak saya akan membesar. Kita tak boleh padam ada-apa di internet,” ujarnya.

Jalani Co-Parenting Dengan Kamal, Sepakat Utamakan Kebajikan Anak

Dalam masa sama, Uqasha memaklumkan dia dan Kamal tidak mempunyai sebarang masalah untuk menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa meskipun selepas berpisah.

Ads

“Apa Yang Saya Rasa, Itu Tak Penting,” - Jalani Co-Parenting Bersama Kamal Adli, Uqasha Mahu Terus Bahagiakan Anak

“Apa sahaja yang terbaik, saya ikut. Saya pun masih baharu untuk lalui hal-hal seperti ini. Saya baru sahaja bergelar ibu. Kini, baru saya tahu bagaimana nak menjaga anak dan rasai sendiri perasaan seorang ibu.

“Saya tidak akan bising-bising atau keluarkan sebarang kenyataan. Seronok atau tidak, biarlah diantara saya dan anak sahaja. Jika Kamal nak berkongsi apa-apa, itu terpulang kepada dia.

“Saya tak nak heboh kata diri ini baik sebab bagi anak jumpa bekas suami. Saya anggap ini adalah proses yang perlu saya lalui bersama anak dan bekas suami,” kongsinya lagi.

Tambah Uqasha lagi, walaupun hubungan mereka sebagai pasangan tidak berjaya, mereka tetap akan berusaha untuk menjadi ibu bapa yang terbaik.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

“Apa Yang Saya Rasa, Itu Tak Penting,” - Jalani Co-Parenting Bersama Kamal Adli, Uqasha Mahu Terus Bahagiakan Anak

“Alhamdulillah, selepas apa yang berlaku, kami lalui fasa bertenang dan kita berhubung pun demi anak-anak. Kamal memang memudahkan.

“Saya tak merumitkan tugas dia dan dia juga tak merumitkan kerja saya. Apa sahaja untuk Uqaira, kami cuba buat yang terbaik.

“Kami sudah gagal dalam perhubungan, kini Kamal dan saya akan berusaha jadi ibu bapa yang terbaik,” akhirinya.

Untuk rekod, Kamal dan Uqasha sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 12 Januari lalu.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 di Janda Baik, Pahang dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang dilahirkan pada 27 April 2024.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Ajai Ulas ‘Cinta Di Akhir Garisan 2.0’, Pembahagian Nyanyian Dibuat ‘Sesedap...

Komposer dan penulis lagu prolifik, Ajai berharap pendengar dapat menikmati Cinta Di Akhir Garisan 2.0 dengan perspektif baharu tanpa membandingkannya dengan versi asal yang...