Penari profesional, Alam Wakaka meluahkan rasa teruja selepas isterinya, Nurul Alisya Najwa selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka awal pagi tadi di Hospital Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan.

Khabar gembira itu dikongsikan Alam atau nama sebenarnya Muhamad Haslam Abdul Rahman menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di Instagram sebentar tadi.

Menurut Alam, dia bersyukur kerana isteri dan anak lelakinya itu kini berada dalam keadaan yang stabil tanpa sebarang komplikasi.

“Assalamualaikum Dunia, Syukur…,”- Isteri Selamat Dibedah, Alam Wakaka Sambut Bayi Lelaki “Assalamualaikum Dunia, Syukur…,”- Isteri Selamat Dibedah, Alam Wakaka Sambut Bayi Lelaki

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alam Wakaka ® (@alamwakaka)

“Assalamualaikum dunia. Syukur ke Hadrat Illahi. Alhamdulilah segala puji milik Allah. Hari ini lahirnya seorang bayi yang bakal menjadi ketua suatu hari nanti.

“Keadaan Alisya dan bayi stabil terima kasih pada doktor dan nurse yang sangat baik memberi layanan yang terbaik buat isteri saya serta semua yang mendoakan kesejahteraan mereka berdua,” tulisnya.

Dikesempatan itu juga, Alam turut merakam ucapan penghargaannya buat para doktor dan petugas hospital yang telah merawat serta menjaga isteri dan anaknya itu dengan baik.

IKLAN

Malah, juara program So You Think You Can Dance musim pertama ini berterima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kesejahteraan isteri dan anaknya itu.

“Assalamualaikum Dunia, Syukur…,”- Isteri Selamat Dibedah, Alam Wakaka Sambut Bayi Lelaki “Assalamualaikum Dunia, Syukur…,”- Isteri Selamat Dibedah, Alam Wakaka Sambut Bayi Lelaki “Assalamualaikum Dunia, Syukur…,”- Isteri Selamat Dibedah, Alam Wakaka Sambut Bayi Lelaki

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut tumpang gembira selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Alam dan isteri.

“Waalaikumsalam, semoga menjadi anak yang soleh. Ameen.

IKLAN

“Alhamdulillah, congratulations new papa.

“Tahniah Alam dan Alisya. Selamat berpantang.

“Alhamdulillah, Tahiah. Semoga anak dan mommy diberikan kesihatan yang baik.

IKLAN

“Tahniah Alam. Semoga menjadi ayah yang terbaik di dunia dan akhirat. Selamat berpantang Alisya. Welcome to club ibu-ibu,” antara komen-komen netizen di Instagram.

“Assalamualaikum Dunia, Syukur…,”- Isteri Selamat Dibedah, Alam Wakaka Sambut Bayi Lelaki “Assalamualaikum Dunia, Syukur…,”- Isteri Selamat Dibedah, Alam Wakaka Sambut Bayi Lelaki

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alam Wakaka ® (@alamwakaka)

Terdahulu, semalam, Alam memaklumkan isterinya itu bakal menjalani prosedur pembedahan bagi melahirkan cahaya mata sulung mereka itu.

Sekadar informasi, Alam dan Alisya telah mendirikan rumahtangga mereka pada tanggal 7 Mac 2021.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Alam Wakaka

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI