Penyanyi Ara Johari mengakui ada beberapa langkah tarian yang sepatutnya dilakukan menerusi muzik video single terbarunya, Sumpahan Salju tidak dapat dilakukan kerana terlupa ‘step’.
Menampilkan sisi muzik yang berbeza kali ini, Ara,25, atau nama sebenarnya, Nurfarrah Izzatie Johari bagaimanapun cuba melakukan yang terbaik.
“Saya bukan malu nak menari. Sebenarnya, saya diberikan masa selama dua hari sebelum penggambaran untuk menghafal ‘step’ tarian.
“Saya akui tarian itu agak banyak dan panjang. Ya saya mencuba sehabis baik. Tetapi bila tiba waktu penggambaran, pengarah cakap ‘action’ je, ‘step’ tarian saya semua ke laut!” seloroh Ara kepada Media Hiburan.
Ads
Mengakui tidak berapa mahir menari, baginya agak sukar untuk menggerakkan tubuhnya sambil ‘lip sync’ ketika penggambaran muzik video berkenaan dijalankan.
“Apa yang mereka masukkan dalam muzik video, itulah ‘step’ tarian yang saya hafal, yang lain semua saya tak ingat.
Ads
“Saya mencuba untuk menari tapi saya bukan penari jadi susah nak ingat gerak tari sambil kena ‘lip sync’ untuk muzik video pada masa yang sama. Jadi saya pose je, kayu pun kayulah,” katanya lagi.
Sehingga kini, muzik video berkenaan yang dimuat naik di YouTube sejak tiga minggu telah pun menerima tontonan lebih 200,000 tontonan.
Ads
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara dan bekas penyampai radio, Halim Othman, 56, akui dia sebelum ini lebih senang sekiranya anak tunggal, Myra Natasya, 27, beri tumpuan terhadap pelajaran terlebih dulu.
Halim berkata, sekarang anak perempuan kesayangannya itu kini sudah matang dan pada masa sama semakin rancak membina nama sebagai seorang selebriti di atas usahanya sendiri.
“Ini adalah masanya yang tepat. Sebelum ini saya tak mahu dia terikut sekali jadi selebriti. Saya mahu dia beri tumpuan sepenuhnya pada pelajaran.
“Jadi, tak mengapalah untuk dia bercakap tentang kami sekarang. Lagipun, selama ini saya cukup berpegang dengan prinsip diri, seboleh-bolehnya saya tidak gemar kisah peribadi diceritakan kepada umum.
“Terutamanya, apabila ia juga membabitkan ‘privacy’ orang lain. Myra pula membesar dalam jagaan ibunya. Jadi, saya harus hormati ‘privacy’ ibu kepada anak saya juga,” katanya, memetik Harian Metro.
Yusmyra Natasya atau Myra sebelum ini pernah menjadi pengacara Didik TV dan akan muncul dengan drama Republik Gombak di TV3. Dia juga pernah menyertai Pencarian Dewi Remaja 2019.
Sementara itu, bekas hos Roda Impian itu juga merasakan, adalah lebih baik untuk tidak mendedahkan figura anaknya itu kepada dunia seni ketika usia muda kerana mahu Myra fokus kepada pelajaran tanpa sebarang gangguan.
“Apapun, saya sangat bangga dengannya. Dia melakukannya 100 peratus sendiri! Saya cuma ada berikan tip juga pada dia mengenai uji bakat dan pengacaraan. Bagaimanapun, perkara utama saya ingatkan dia jaga kesihatan.
“Mungkin dalam beberapa tahun ini banyak tawaran yang datang untuk dia majukan diri. Tapi, saya ingatkan dia kena tahu yang ada masa kerja keras, ada masa ‘slow down’ termasuk belajar agar dia benar-benar boleh menikmati apa yang dilakukannya.
“Harapan saya kepada Myra, semoga dia nikmati perjalanan ini dengan merendah diri, sentiasa ingin belajar dan meningkatkan kualiti persembahan, serta tidak lupa membaca sekurang-kurangnya satu buku setiap minggu dan kurangkan gosip,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Memey Suhaiza mendedahkan suaminya yang juga aktor, Norman Hakim setiap hari menguruskan anak-anaknya ke sekolah tiap pagi.
Berkongsi momen dua anak lelakinya itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram, Memey turut bersyukur kerana dua anak lelakinya itu turut lengkap berpuasa.
“Assalammualaikum. Selamat pagi dari keluarga kecil mummy. Minggu akhir anak-anak sekolah di @abedeen.academy sebelum bercuti raya. Yeaa seronok lain mcm tahun ni.
Lagi mummy seronok sebab Awishz, Kikim dapat puasa penuh sampai hari ni lancar semuanya. Mummy doakan semoga hari ni hari yang baik untuk kita semua. Dipermudahkan segala urusan, jaga diri baik-baik.
“Thank you papa @normanhakim_786 hari-hari uruskan anak, a-z. Senang kerja mummy. Selalu part mummy urus makanan bekal & breakfast anak. Time puasa ni mummy relax,” jelas Memey.
Meninjau ke ruangan komen, para peminat memuji cara pengurusan anak-anak oleh pasangan selebriti ini.
Kumpulan remaja, Da Uknown tidak menafikan ada ketikanya mereka terasa hati dengan kecaman melampau yang diberikan netizen di media sosial.
Bagaimanapun mereka memilih untuk tidak memberikan reaksi balas terhadap kecaman yang diberikan. Sebaliknya terbuka seterusnya cuba memperbaiki setiap kelemahan yang ada.
Popular dengan lagu Jangan Marah (Baby Sayang), kumpulan berkenaan dianggotai lima belia iaitu Muhammad Shazrul Affandy (Momo), 20, Adam Hafidh (MaryHaf), 20, Izmeer Ibrahim (Izmeer), 19, Ameer Nor Azam (Ameer), 19, dan Awangku Zaq Amirul (Zaq), 18.
“Bagi saya, ia sesuatu yang tidak dapat dielak. Walau ada yang beri komen membina dan positif, tapi saya tidak nafi ada juga kritikan yang ekstrem.
“Misalnya ada yang komen kata kami ‘budak belum akil baligh’. Saya pula yang paling muda di antara mereka,” kata Zaq di majlis berbuka puasa Ace Talents & Perlancaran Lagu OoTD Raya di Grand Barakah Hotel, Ampang pada Jumaat.
Majlis sama turut dimeriahkan dengan kehadiran Ruffedge, Chubb- E, Unknown dan Moleque.
Sementara itu bagi Momo, antara komen yang paling diingatinya ialah apabila mereka dituduh cuba meniru kPop.
“Ada juga yang cakap kami perosak industri selain kononnya kami ‘berkiblatkan’ BTS memandangkan kami menampilkan lima orang sebagai ahli kumpulan.
“Memanglah terasa, siapa tak terasa kan bila dikritik sebegitu? Kami berusaha dan keluarkan lagu-lagu yang terbaik, tetapi orang beri kritikan yang menjatuhkan, ibarat usaha kami sia-sia.
“Mengenai BTS, kami tak tiru langsung. Kami mempunyai identiti sendiri. Kebanyakan kritikan sedemikian, kami tidaklah komen balik. Hanya diam dan kami hanya membiarkan sahaja.
“Apa pun, saya dan rakan lain akan cuba memperbaiki diri seterusnya terus berikan kualiti kerja yang lebih baik di masa akan datang,” katanya.
Ditanya mengenai populariti lagu yang lebih dikenali berbanding tuan punya suara, Da Unkown mengakui perkara itu.
“Lagu terbabit (Jangan Marah) mulanya viral di TikTok. Alhamdulillah, kami anggap itu satu permulaan yang baik meski masih ada yang tidak mengenali kami sepenuhnya.
“Kami jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk terus berusaha kuat, hasilkan lagu yang baik. Kini kami tampil dengan lagu Tersakiti. Setakat ini, maklum balas yang diterima sangat positif,” kata Zaq pula.
Dalam pada itu, Azuein Alonto selaku Pengarah Urusan Ace Talents optimis lagu OoTD Raya bakal mendapat tempat di hati peminat memandangkan single nyanyian Moleque, Da Unknown, Zarol Zarif, Aliff idham dan Al Farabi itu mempunyai keunikan tersendiri.
“Memang setiap tahun akan ada lagu raya baharu yang dikeluarkan ramai penyanyi. Cumanya kami tidak melihat lagu OoTD Raya ini sebagai saingan mana-mana lagu raya lain.
“Di Ace Talent kami sentiasa mahu wujudkan kelainan. Menerapkan konsep yang sama untuk lagu ini menjadi harapan kami agar lagu ‘OoTD Raya’ ini mendapat tempat di hati pendengar,” katanya.
Muzik video OoTD Raya dicipta Cat Farish bersama barisan pengarah Ace Talent ini akan dilancarkan pada 11 April jam 8 malam di saluran YouTube Ace Talents.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak Jep Sepahtu mencuri perhatian apabila menitipkan nukilan istimewa menerusi ruangan Direct Message (DM) Instagram buat pemain bola sepak kegemarannya, Cristiano Ronaldo yang bakal mengetuai cabaran Portugal di kejohanan Piala Dunia FIFA 2026.