Perkongsian foto dari pasangan pelakon, Amar Baharin dan isterinya, Amyra Rosli baru-baru ini di Instagram mendapat perhatian warganet.
Ini kerana, ada di antara mereka yang menebak, membayangkan pelakon drama Sabarlah Duhai Hati itu sedang hamil anak ketiga kerana hadir ke Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur.
Malah, keberadaan Amyra bersama suami dengan mengenakan persalinan sedondon menguatkan lagi spekulasi tersebut.
“Tahniah… Aryssa nak dapat adik lagi ye…,” tanya seorang warganet.
“Wah congratulations,” ucap seorang lagi warganet.
“Wow tahniah Mira,” tulis seorang lain warganet lainnya.
Ads
Bagaimanapun, Amar menerusi ruangan komen menjelaskan, kehadiran mereka ke lokasi berkenaan bukanlah bagi tujuan tersebut selepas ditanya seorang individu.
Malahan, anak kedua mereka, Ayra Aryssa baru sahaja mencecah usia 11 bulan.
Pengacara dan personaliti televisyen, Anim Ezzati Rizki berkongsi detik cemas apabila memaklumkan kedai motosikal milik suaminya telah dipecah masuk pada hari Sabtu yang lalu.
Jelas Anim, jumlah kerugian yang dialami dianggarkan bernilai RM20,000.
Katanya lagi, suaminya itu baru sahaja memulakan perusahaan tersebut dengan menggunakan duit simpanannya sendiri.
“KEJADIAN KENA PECAH MASUK Workshop my husband @duckmotor_ kat Saujana Utama 3 kena pecah masuk around 5 pagi hari sabtu lepas.
“Hari Sabtu pagi tu datang kedai, barang motor mostly yang sangat berharga (my husband cakap dia boleh setup kedai baru dengan barang yang dia rompak) dah kosong. Kos kerugian almost 20k.
“Masa ni semua dah termenung. Sebab my husband spent semua saving dia just untuk open up new business. Dia buat event sebelum ni, event skrg tengah slow.
“So business workshop tengah Alhamdulillah sangat2, kena pulak pecah masuk,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh bekas pengacara program 999 itu menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram.
Bagaimanapun, Anim dan suaminya mampu menarik nafas lega apabila pihak polis difahamkan telah berjaya memberkas kesemua perompak tersebut selain turut dibantu oleh warga penduduk di kawasan tersebut.
Kesemua barangan yang hilang telah ditemui semula bersama perompak perompak tersebut.
“Bila tengok rakaman cctv, 4 orang yang buat job ni, rupanya memang yang dikenali. Malah, salah sorang tu pernah kerja dengan kami di @duckmotor_ . Pernah jadi pomen kitorang jugak.
“Logik lah sebab cara dia buat job memang macam dia dah tahu apa barang ada n letak kat mana. Budak lagi diornag ni. Bawah 20 tahun semua.
“Lepas buat report polis, semua yang kenal @duckmotor_ tolong cari suspek2 ni. Lepas macam2 cerita, akhirnya diorang tumpas!! Petang Ahad, dapat tangkap di Kuang. Barang2 semua 90% dapat balik. Alhamdulillah,” jelasnya lagi.
Pada masa sama, ibu kepada seorang anak ini turut berasa agak sedih selepas mengetahui salah seorang daripada perompak tersebut merupakan bekas pekerja kedai motosikal suaminya sebelum ini.
“So Anim just nak cakap terima kasih banyak-banyak budak2 SU3 yang banyak tolong my husband. Diorang bg info tak henti2 kat mana suspek ada semua. And of course, team Tuan Hadi IPD sg buloh banyak sangat bantu selesai kan kes ini dan diorang sangat pantas bertindak. Tak sampai 24 jam budak-budak tu dah kena cekup.
“Salah sorang suspek tu, my husband pernah jaga dia masa dia kerja dengan kitorang. Belikan baju, belanja makan. Hari2 takde duit, minta and my husband bg. Sebab dia susah.
“Tapi tu lah, hati manusia lain-lain. So amek pengajarang k korang. And kitorang pun akan lebih berjaga2 dari segi security kedai,” ujarnya lagi.
Sumber: Instagram Anim Ezzati Rizki
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tahniah diucapkan buat pelakon filem Habibie & Ainun 3, Maudy Ayunda yang telah pun berjaya menamatkan pengajian di dalam bidang Sarjana Pengurusan Perniagaan Dan Pendidikan di Universiti Stanford, Amerika Syarikat, baru-baru ini.
Berkongsi momen indah di Instagram, beberapa hantaran yang dikongsikan bintang berusia 27 tahun ini cukup mencuri perhatian.
Anggun mengenakan persalinan kebaya dalam rona merah rekaan pereka fesyen Didiet Maulana, Maudy menerusi platform sama mendedahkan dia terpaksa menempuhi konsep pembelajaran secara atas talian disebabkan pendemik Covid-19 sebelum ini.
“Saya telah tamat pengajian! Dua tahun berlalu, tiada kata yang boleh diungkapkan tentang berapa banyak telah saya belajar dari pengalaman ini. Terutama sekali apabila ia diwarnai dengan cabaran yang unik dan tidak disangka-sangkakan.
“Mac tahun lalu, pengalaman Standford saya berubah sekelip mata. Kelas menerusi zoom dan juga pemakaian pelitup muka menapis sistem pembelajaran dan cara berinteraksi.
“Bagaimanapun ia meningkatkan daya kemenjadian saya sebagai seorang manusia. Saya diajar untuk mengawal, berfikir secara mendalam dan belajar mengutamakan perkara yang perlu,” tulisnya.
Dia yang mendukung watak sebagai Ainun menerusi filem yang turut popular di Malaysia itu juga menjelaskan, apa yang berlaku membuatkan dia belajar bersyukur.
“Saya juga belajar untuk membuat keputusan dengan cepat tanpa rasa tidak menyesal berkenaan perkara yang benar-benar bermakna buat diri ini dan bersyukur untuk setiap perkara itu.
“Ia merupakan satu ia merupakan satu keistimewaan bagi saya untuk dapat berjalan di institusi hebat ini. Saya berharap agar saya dapat berbuat kebaikan menerusi pengalaman ini pada masa hadapan,” tulisnya lagi.
Bersempena dengan ulang tahun stesen TV3 yang ke-37, pelakon Azhan Rani ada berkongsi beberapa keping foto berkaitan barisan drama yang pernah dilakonkannya di stesen penyiaran terkemuka itu.
Bermula dengan drama berjudul Sesuci Cinta Sofiya pada tahun 2006, Azhan atau nama lengkapnya Azhan Abd Rani hampir dua dekad terlibat dalam seni.
Dalam pada itu, pelakon berusia 46 tahun ini berharap semua drama lakonannya dapat menjadi ingatan kepada para penonton.
Dia yang sinonim dengan drama Nur ini turut menitipkan ucapan terima kasih di samping mendoakan agar stesen TV3 terus unggul dan maju.
“Dalam 37 tahun perjalanan usianya, sempatlah aku menumpang lalu di jalan ini. tak la banyak mana tapi moga melekat la satu dua nanti di kepala bila aku dah takde.
“Terima kasih @tv3malaysia . semoga terus menjadi stesen penyiaran terunggul di negara ni.
“Selamat ulang tahun buat @tv3malaysia #simpanbuatkenangan #antarabeberapa,” tulisnya.