Menyifatkan rezekinya dalam kerjaya nyanyian kian mencurah-curah ketika ini, penyanyi dan komposer Sufian Suhaimi tidak menafikan pelbagai kisah yang terjadi di dalam sisi peribadi hidup sedikit sebanyak memberi impak tersendiri buat single hitsnya, Di Matamu.
Lagu tersebut merupakan antara 12 lagu yang berjaya mara ke malam Anugerah Juara Lagu ke33 (AJL33), Februari depan.
Berkongsi perkara itu dengan lebih lanjut, Sufian memberitahu andai ‘tiada apa’ yang berlaku dalam hidupnya setakat ini, lagu tersebut mungkin hanya menjadi seperti barisan lagu-lagunya yang lain.
“Lagu Dimatamu mungkin akan berkumandang di radio seperti biasa. Cuma cerita di sebalik lagu itu yang kita tak boleh beli. Meski dah banyak kali saya nafikan, tetapi ‘benda itulah’ yang paling dekat.
Ads
“Orang tak boleh nak buang. Setelah berkali-kali saya nafikan ia tiada kalitan dengan kisah peribadi tapi masih ada yang mengaitkan,” katanya kepada MH.
Sufian bagaimanapun positif, selagi ia tidak menjejaskan nama baik mana-mana pihak.
Ads
“Selagi tak merosakkan imej atau nama sesiapa, itu terpulanglah kepada pendengar untuk memberi interpretasi terhadap lagu berkenaan. Pada masa sama, ia beri idea untuk saya meletakkan vidual lagu itu di mata pendengar.
Ads
“Bagaimana mereka melihat lagu itu, itulah yang saya akan cuba persembahkan di AJL nanti, insyaAllah,” terangnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Sufian juga baru sahaja melancarkan lagu Di Matamu 2.0 yang turut menampilkan kumpulan dari seberang, Shima Band.
Foto: Instagram Muzik-Muzik/ Sufian Suhaimi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Azharina berkongsi foto ibunya yang dimasukkan ke dalam wad di sebuah hospital di Putrajaya di laman Instagramnya, hari ini.
Dalam foto itu juga kelihatan Azharina sempat ‘bertugas’ menjaga ibunya di hospital, katanya itu merupakan salah satu pengorbanannya buat ibu yang telah membesarkannya selama ini.
Dia yang juga merupakan juara Gegar Vaganza musim ke-3 memohon doa daripada netizen agar ibunya cepat sembuh.
“Setinggi mana pencapaian kita di dunia ini , sekaya mana kita , tiada nilainya dengan pengorbanan seorang Ibu yang melahirkan dan bergadai nyawa buat kita anak anak Manusia.
“Hargai mereka selagi mereka bernyawa dan sebelum terlambat buat kita .. semoga Mumy cepat sembuh . Doa dari anak anak dan keluarga senantiasa buat mumy,” tulisnya di kapsyen.
Pelawak dan pengacara terkenal, Nabil Ahmad telah ‘membuka mulut’ isu berhubung hutang tertunggak dengan usahawan kosmetik terkenal.
Menurut sumber dari BH Online, Nabil berusaha untuk meminta usahawan itu membayar hutangnya bernilai ribuan ringgit, namun tidak diendahkannya.
“Sudah dua tahun sebenarnya saya berusaha meminta dia membayar hutang berjumlah RM30,000, namun tidak diendahkan olehnya,” katanya.
Bagaimanapun, Nabil enggan memanjangkan isu tersebut.
“Saya enggan lagi memanjangkan perkara ini kerana bagi saya, urusan kami sudah selesai. Selebihnya adalah (urusan) antara dirinya dengan Tuhan,” katanya kepada BH Online.
Terdahulu, isu hutang berkenaan dibangkitkan Nabil selepas usahawan itu mendakwa Nabil dan Jihan, selaku pengacara program realiti tidak menegurnya ketika dia menghadiri konsert tersebut pada Ahad lalu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Hampir tiga bulan membuka akaun Instagram sendiri dengan menggunakan nama @anuarzainnetwork, penyanyi yang sinonim menerusi lagu Lelaki Ini itu mengakui, dia kini lebih berhati-hati di dalam membuat apa-apa komen di aplikasi perkongsian foto berkenaan.
Katanya, setakat ini dia sudah banyak belajar untuk mengendali apatah lagi di dalam memberikan apa-apa reaksi yang diberikan pengikutnya di Instagram.
“Saya ni baru saja memiliki akaun Instagram peribadi dan tak berapa mahir lagi dalam soal ‘permainan’ sesetengah orang di media sosial. Ada yang suka memberikan komen berbaur provokasi dan dihujungnya, kita pula yang nampak jahat di mata orang,” katanya kepada MH.
Ditanya sama ada pernah berdepan dengan situasi sedemikian, Anuar tidak menafikan perkara berkenaan.
“Kisahnya, saya terkejut bila ada baca satu komen ni. Penuh sindiran dan seperti tidak ikhlas, kira-kira dua bulan lepas saya buka akaun ini. Selepas dikenal pasti, rupa-rupanya dia seorang artis baru.
“Tak sangka ada jua artis yang sanggup buat hal sedemikian pada rakan industri sendiri,” kongsi Anuar.
Lalu, selepas insiden yang berlaku dia turut meminta pandangan daripada rakan artis yang terlebih dulu aktif dalam media sosial.
“Ada juga minta pendapat, khasnya dalam soal nak handle komen negatif yang hadir. Saya ada tanya Siti Sarah. Katanya, saya hanya perlu baca sahaja dan tak perlulah simpan dalam hati. Atau kalau rasa tidak perlu, tak payah komen balik.
“Malah ada juga rakan yang minta saya bandingkan dengan Instagram Neelofa. Saya kagum dengan Lofa kerana dia tetap tenang bila berdepan dengan komen atau kritikan netizen. Katalah apa sahaja, dia tetap relak.
“Cuma saya pun hairan, netizen yang beri komen sedemikian ni tak takut ke dengan kesannya bila beri kritikan melampau?,” soalnya lagi yang pada masa tidak menafikan akan kepentingan aplikasi berkenaan terhadap mereka bergelar selebriti.
“Bukan saja kami, malah semua orang pun berhak dan gemar berkongsi aktiviti sehari-hari, begitu juga dengan saya. Kebanyakan yang follow pun adalah mereka yang mengikuti kerjaya seni saya sejak dulu hingga kini. Terharu,” akhirinya.
Setakat ini, pengikutnya di Instagram sudah pun mencecah lebih 96,000 pengikut.
Terdahulu, Anuar ditemui di Kejohanan Badan Cantik Mr Sexy 2.0 2018 anjuran Fitness Inspire di Bandar Saujana Putra, pada Ahad.
Selain Anuar, pertandingan yang membabitkan lebih 300 peserta itu dihoskan oleh Haziq Hussni dah Sharifah Shahirah. Syamel dan Syafiq Farhain turut hadir membuat persembahan dengan beberapa buah lagu.
Turut hadir adalah Pengarah Urusan Fitness And Health Inspire Sdn Bhd, Fahrulrazi Kassim. Pertandingan badan canti itu turut mempertaruhkan lima kategori iaitu atas 170 sentimeter, bawah 170 sentimeter, junior (bawah 23 tahun), Best Pose dan Champ of Champ Mr Sexy.
Walaupun menjadi antara peserta terawal yang tersingkir, pelakon veteran Mubarak Majid menyifatkan penglibatannya dalam program Kilauan Emas Selebriti (KES) sebagai satu pengalaman berharga untuk menimba ilmu dalam bidang nyanyian.