
Kecoh apabila anak perempuan kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida iaitu Cik B memuat naik beberapa keping foto di pelaminan lengkap mengenakan baju pengantin di Instagram.
Lantas, ia mulai diperkatakan wargamaya dan pelbagai reaksi telah ditinggalkan mereka di ruangan komen.
Rata-ratanya turut memberi reaksi humor dengan menyatakan rakan terkejut selain menyifatkan momen tersebut sebagai ‘sweet’.
Lalu tidak dinafikan, selepas bergelar pelakon Cik B atau nama lengkapnya, Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin terus menjadi bualan hangat.
Lebih-lebih selepas dia seolah-olah sudah pun mempunyai teman lelaki apabila memuat naik foto seorang lelaki di Insta Story berserta kapsyen ‘with my fav person’.
Bagaimanapun, gambar tersebut rupanya adalah sedutan daripada babak drama yang sedang dilakonkan Cik B ketika ini, iaitu Lelaki Lingkungan Cinta yang ditayangkan menerusi slot Lestary di TV3.
Malah, foto sama turut dikongsikan rakan pelakon, Aniq Suhair.
“The end, #lelakilingkungancinta,” tulisnya ringkas.
Aniq merupakan salah seorang finalis Hero Remaja 2020 dan turut memenangi anugerah Hero Remaja Confident/Favourite 2020 pada pencarian berkenaan.
Ikuti perkongsian Aniq mengenai kerjasamanya bersama Cik B di sini;
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rakan Sekelas Sharnaaz Ahmad ‘Throwback’ Zaman Susah Di Universiti – “Orang Senang Yang Tak Pilih Kawan…”

Baru-baru ini, pelakon, Sharnaaz Ahmad ada berkongsi foto bersama rakan sekelasnya ketika menuntut di universiti satu ketika dahulu.
Menurut Sharnaaz, foto tersebut dirakam ketika dia berusia 20 tahun.
“20 tahun. Nakal. Suka kacau orang. Kuat bodek lecturer. Fararekiy kuat cover assignments aku.
“Bagaimana diri saya ketika ini adalah hasil daripada orang yang baik hati budi di sekeliling saya,” tulisnya.
Malah, hantaran tersebut turut mendapat perhatian sahabatnya yang dikenali dengan nama Fararekiy yang turut mengenang kembali kenangan pahit manis sewaktu bergelar mahasiswa.
Menurut Fararekiy, Sharnaaz merupakan seorang sahabat yang sangat suka membantu dan tidak memilih untuk berkawan.
“Notifikasi masuk. Ingat salah tag ni. Allahu tringat zaman kami sama-sama susah, siapkan assignment, belajar sampai pagi bila nak perika dan sokong antara satu sama lain bila projek akhir walaupun tak satu kumpulan.
“Tiada duit? Dia belanja aku makan. Tiada kenderaan pergi kelas? Dia tumpangkan aku naik kereta dia. Definisi orang senang yang bantu orang susah macam aku dan tak pilih kawan.
Malah, Fararekiy turut memaklumkan Sharnaaz juga telah membantunya untuk mendapatkan pekerjaan yang bagus.
“Lepas graduasi, bila dia tahu aku kerja gaji sikit sampai kena shift malam, dia maki aku.
“Korang boleh bayangkan dia maki macam mana dan paksa aku datang office dia interview dengan boss dia.
“Temu duga hanya berjalan 10 minit dan aku diterima. Kemudian, bermulalah perubahan hidup sebagai pekerja bank workers.
“Saya berada di sini hari ini bukan kerana dia selebriti tapi dia memang seroang sabahat yang baik sejak tahun 2003,” kongsinya lagi.
Hantaran tersebut dikongsikan semula oleh Sharnaaz menerusi hantaran di ruangan Instagram Stories.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Sharnaaz Ahmad, Fararekiy
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Alya Iman Putus Cinta Dengan Duda Anak Dua; “Tapi Saya ‘Not Available’ Ya….”

Terkait kontroversi menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki berstatus suami orang, pelakon Alya Iman pernah teruk dikecam netizen dua tahun lalu.
Terbaharu, pelakon berusia 21 tahun itu mengakui dia kini sudah kembali solo selepas putus cinta dengan duda anak dua, Ridhwan Rosli.
Mengulas mengenai perpisahannya dengan Ridhwan, Alya berkata mereka masih lagi berkawan baik biarpun hubungan yang dijalin sudah terputus di tengah jalan.
“Buat masa sekarang ini, ya… saya single dan saya tak ada kena mengena dengan Ridhwan lagi. Tapi kami masih kekal bersahabat baik.
“Tapi saya ‘not available’ ya… bukan sebab dah ada someone baharu tapi saya nak fokus karier seni dan tak ada pun rasa nak ada hubungan cinta.
“Saya dan Ridhwan berpisah sejak bulan puasa. Bagi saya, hubungan kami masih bersahabat… dan kalau ada jodoh, tak ke mana,” katanya kepada MH.
Alya ditemui pada majlis tayangan filem 7 Minggu Sebelum Kahwin yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur pada Selasa.
Walaupun kisah mengenai kontroversi bercinta dengan suami orang sudah lama berlalu namun Alya tidak menafikan sehingga ke saat ini, masih ramai lagi orang di luar sana yang mengecamnya dengan pelbagai gelaran kurang enak seperti perempuan pisau cukur dan perampas.
Memahami asam garam bergelar anak seni, Alya yang juga merupakan anak bongsu kepada Allahyarham pelakon Azmil Mustapha berkata dia menerima apa sahaja kecaman yang diberikan terhadapnya dengan hati terbuka.
“Sampai ke hari ini, orang masih cakap buruk tentang diri saya. Masih ada yang panggil saya dengan macam-macam gelaran.
“Tapi saya tak ada kuasa untuk menghalang orang cakap apa-apa tentang saya.
“Secara asasnya, sebagai selebriti saya kena terima apa saja netizen nak cakap.
“Saya terima dengan hati terbuka. Saya selalu cakap pada diri, benda dah jadi… setiap apa yang jadi, ada hikmah. Apa saja orang nak cakap fasal saya, Insya-Allah saya terima,” katanya lagi.
Sementara itu, Alya kini tampil dengan filem pertama lakonannya, 7 Minggu Sebelum Kahwin yang diterbitkan KRU Studios dan Bloombordia.
Filem tersebut turut menampilkan Nora Danish, MK K-Clique, Sham Visa, Yassin Yahya dan Vanessa Reynauld.
Filem arahan Eyra Rahman ini akan ditayangkan di saluran Astro First bermula 7 Julai depan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Alya Iman
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Rezeki Perkahwinan, Anak-Anak” – Fasha Sandha Syukur Terharu Syukur Terima Pingat Jasa Baik, Pengiktirafan Tak Disangka

Aktres Fasha Sandha lebih senang untuk kekal merendah diri meskipun menerima Pingat Jasa Baik (PJB) sempena Ulang Tahun Keputeraan ke-82 Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, baru-baru ini.
Bagi Fasha, anugerah yang diterima merupakan antara pengiktirafan paling besar dalam hidupnya dan menjadi pemangkin untuk terus memperbaiki diri.
“Kalau bercakap lebih nanti, saya risau orang kata saya riak. Saya pun tak tahu bagaimana nama saya terpilih namun, saya anggap itu adalah hadiah dari Raja Perlis.
“Saya sangat berbesar hati dan kurniaan ini menyuntik semangat saya untuk menjadi insan yang lebih baik. Banyak lagi perkara yang perlu kita perbaiki dalam hidup ini,” katanya kepada MH.
Sebagai anak seni yang dibesarkan di negeri Perlis, Fasha akui terharu apabila jasanya dihargai.
Malah, katanya lagi, anugerah itu juga disifatkan sebagai satu rezeki berkat perkahwinan dan anak-anak yang menjadi kekuatan dirinya kini.
“Saya anggap itu juga rezeki perkahwinan dan anak-anak. Seperti yang selalu saya katakan, saya ini banyak kekurangan berbanding kelebihan.
“Jadi, bila kelebihan kita diiktiraf, itu adalah rezeki. Pengiktirafan dan kurniaan itu jarang diberikan oleh pihak istana. Saya tak pernah sangka,” ujarnya lagi.
Mahu Terus Berbakti, Bukan Kejar Gelaran
Dalam pada itu, Fasha turut menyatakan keterbukaannya untuk terus menyumbang khidmat di negeri Perlis, namun tidak mahu meletakkan sebarang janji besar.
Bagi dirinya, apa yang penting adalah untuk kekal menjadi diri sendiri.
“Saya tak rasa terbeban. Sebaliknya, rasa dihargai. Namun, saya tidak mahu terlalu menjanjikan apa-apa. Saya tetap mahu menjadi diri sendiri.
“Mungkin saya akan lebih aktif di Perlis selepas ini. Sebelum ini, saya memang selalu berkongsi fasal negeri Perlis.
“Walaupun saya dilahirkan di Johor tapi dibesarkan di Perlis. Mungkin sebab itu periktirafan itu diberikan kepada saya. Ia satu kenangan yang manis,” kongsinya lagi.
Mengulas spekulasi yang mengaitkan penganugerahan tersebut sebagai laluan awal kepada gelaran Datuk, Fasha bagaimanapun menegaskan perkara itu langsung tidak pernah terlintas di fikirannya.
“Gelaran Datuk? Terlalu berat dan saya tak pernah terfikir langsung. Tiada komen mengenai itu,” katanya.
Sebaliknya, dia menekankan dirinya belum layak untuk dianggap ikon negeri Perlis.
“Terlalu jauh untuk saya dianggap ikon negeri Perlis. Ramai lagi orang yang lebih layak. Saya hanya insan biasa yang masih belajar dan terus mencuba untuk jadi lebih baik,” akhirinya.
Fasha ditemui pada Majls Tayangan Gala Filem Citra Apartment lakonan adiknya, Elisya Sandha. Filem arahan Amor Rizan itu akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula esok.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Kredit Foto: Instagram Fasha Sandha
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI