Pereka fesyen terkenal, Ruzaini Jamil ada menjelaskan mengapa sehingga kini dia dan isteri masih belum berkongsi nama serta wajah bayi sulung mereka itu.

Menurut Ruzaini, dia hanya akan mendedahkan nama anaknya itu sebaik sahaja urusan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) selesai dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, Ruzaini ada memberikan gambaran awal bahawa nama anaknya itu akan tetap bermula dengan ‘Wan’ seperti namanya juga.

“Tadi Check Up Kuning Naik,” – Mohon Doakan Anak, Ruzaini Jamil Jelas Akan Kongsi Wajah & Nama Baby Bila Tiba Masanya

“Assalamualaikum. Buat yang bertanya tentang baby saya, terima kasih saya ucapkan. Alhmdulillah ramai yang sayang dia.

“Nama saya masih belum reveal sebab ingat nak settlekan pendaftaran dulu dgn JPN dan temujanji 25hb November ini. Yang pasti, nama memang akan mula dengan “Wan” sebab ikut abah dia,” tulisnya.

IKLAN

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pengusaha jenama Rizman Ruzaini itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Ruzaini turut mendedahkan dia baru sahaja mencipta akaun Instagram anaknya itu sebagai tanda kenang-kenangan pada masa akan datang.

“Lately baru berkesempatan untuk buat ig baby iaitu @babyruzaini . IG ni saya dan isteri decide untuk buat supaya nanti momen-momen indah anak kesayangan kami ni dapt kami tatap bila tua nanti (InsyaAllah jika panjang umur).

IKLAN

“Gambar pertama baby InsyaAllah saya akan kongsi tidak lama lagi. Nak tunggu besar sikit memandangkan baby kami lahir awal dari tarikh yang sepatutnya,” kongsinya.

Bagaimanapun, Ruzaini juga ada memaklumkan anaknya kini sedang mengalami demam kuning dan kerana itu dia memohon doa orang ramai supaya bayinya itu lekas sembuh.

“Tadi checkup kuning baby naik, dikesempatan ni saya nk mohon supaya aunties and uncles doakan cepat baik kuning baby Wan ni ye. Aminnnn,” katanya lagi.

IKLAN

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis tidak sabar menantikan wajah comel bayi itu.

“Tadi Check Up Kuning Naik,” – Mohon Doakan Anak, Ruzaini Jamil Jelas Akan Kongsi Wajah & Nama Baby Bila Tiba Masanya “Tadi Check Up Kuning Naik,” – Mohon Doakan Anak, Ruzaini Jamil Jelas Akan Kongsi Wajah & Nama Baby Bila Tiba Masanya

Terdahulu, Ruzaini telah pun mendirikan rumah tangga bersama isteri, Nurul Hayati pada tanggal 5 Februari 2016.

Pasangan ini telah dikurniakan cahaya mata sulung pada 28 Oktober 2020.

Sumber: Instagram Ruzaini Jamil

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI