Penyanyi, Lufya Omar berharap agar penularan wabak Covid-19 ini segera berakhir supaya kita semua dapat menjalani rutin harian seperti sedia kala.

Menurut Lufya, dia amat merindukan suasana semasa di masjid terutamanya ketika menyertai kelas-kelas agama.

Malah, bintang kelahiran Akademi Fantasia (AF) musim ke-6 itu turut menyatakan hasrat agar solat Jumaat dapat disempurnakan seperti biasa tanpa perlu dijarakkan safnya satu hari nanti.

“Cepatlah Masjid Dibuka, Saf Boleh Dirapatkan,” – Lufya Omar Rindu Aktiviti Di Masjid

“How’s everybody doing? May we always be under the protection of Allah. I was hoping cepat la masjid di buka semula, aktiviti pembelajaran boleh bermula, sembahyang Jumaat dapat disempurnakan dan saf boleh dirapatkan.

IKLAN

“Hanya dengan bantuan Allah Covid 19 ni boleh dihapuskan. Hanya dengan bantuan Allah SWT Covid 19 ni boleh hilang. This is just my opinion. Wat say u? ,” tulisnya.

Luahan tersebut dikongsikan oleh ibu kepada seorang anak itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Lufya turut menyeru kepada orang ramai supaya sentiasa memanjatkan doa ke hadrat Illahi agar keadaan di negara ini kembali stabil.

IKLAN

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa yang sama selain turut berharap agar rakyat Malaysia terus kekal berdisiplin supaya kita dapat memerangi wabak Covid-19 ini.

“Cepatlah Masjid Dibuka, Saf Boleh Dirapatkan,” – Lufya Omar Rindu Aktiviti Di Masjid “Cepatlah Masjid Dibuka, Saf Boleh Dirapatkan,” – Lufya Omar Rindu Aktiviti Di Masjid

Sumber : Lufya Omar

IKLAN

 

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI