Pelakon Scha Alyahya yang bakal terlibat di dalam filem Telaga Suriram arahan Osman Ali mengakui dia mengambil inisiatif dengan mengambil kelas lakonan tambahan sebagai mempersiapkan diri mendukung watak pengawai penyiasat bernama Karmila.

Meski produksi tersebut ada menyediakan guru lakonan (acting coach) iaitu Ellie Suriaty, namun Scha,38, mahu mempersiapkan diri apabila bakal bergandingan dengan para pelakon hebat lainnya.

Selain Scha, filem berkenaan turut dilakonkan oleh Farid Kamil, Maya Karin dan Nabila Huda.

“Saya tak nafikan ia satu cabaran besar sebab para pelakonnya semua pernah menerima pengiktirafan, termasuk Osman Ali selaku pengarah. Jadi persediaannya sudah pastinya ada. Saya ambil kelas lakonan bersama Norzizi Zulkifli.

“Saya ada bertanya saranan pelakon Vanidah Imran sebelum ini dan dalam masa sama kita ada guru lakonan juga iaitu Ellie Suriaty. Harapnya ia sedikit sebanyak dalam mencantikkan keseluruhan perjalanan filem tersebut nanti InsyaAllah” katanya.

IKLAN

“Apa Lagi Yang Boleh Saya Lakukan Untuk Warnai Lagi Kerjaya Seni…,” – Scha Alyahya Minta Tunjuk Ajar Norzizi Zulkifli“Apa Lagi Yang Boleh Saya Lakukan Untuk Warnai Lagi Kerjaya Seni…,” – Scha Alyahya Minta Tunjuk Ajar Norzizi Zulkifli

Sanggup mencari guru lakonan secara peribadi, Scha akui tahun ini dia berazam untuk lebih fokus dalam lakonan selain mahu terlibat dalam pementasan teater.

“Memang rasa perlu ada juga guru lakonan sendiri sebab bagi saya, ia sesuatu yang saya perlukan. Watak yang diterima juga tidak pernah saya mainkan. Ia ‘heavy’.

IKLAN

“Malah saya juga ada impian, kalau boleh tahun ini mahu cabar ini untuk berlakon teater juga. Apa lagi yang boleh saya lakukan untuk mewarnai lagi kerjaya seni saya berbanding tahun-tahun sebelum ini. Itu niat saya.

“Sekiaranya ada tawaran yang menarik selepas ini, saya rasa perlu untuk buat ekstra persiapan. Sekurang-kurangnya biarlah kualiti lakonan itu setara dengan rakan pelakon lain, nampak ‘compliment’ antara satu sama lain,” katanya lagi.

IKLAN

Telaga Suriram bakal memulakan penggambaran selama 45 hari bermula Januari ini dan ia adalah filem ke-17 daripada Osman Ali.

Naskhah berkenaan juga adalah filem sulung terbitan syarikat Odissi Creative Sdn. Bhd. dengan kerjasama produksi milik Osman, Nuansa Films.

“Apa Lagi Yang Boleh Saya Lakukan Untuk Warnai Lagi Kerjaya Seni…,” – Scha Alyahya Minta Tunjuk Ajar Norzizi Zulkifli “Apa Lagi Yang Boleh Saya Lakukan Untuk Warnai Lagi Kerjaya Seni…,” – Scha Alyahya Minta Tunjuk Ajar Norzizi Zulkifli

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI