Pelakon Anita Baharom menitipkan dedikasi penuh bermakna bersempena dengan ulang tahun kelahiran anak sulungnya, Syifa Dhia Nurina, baru-baru ini.
Memuat naik foto mereka seisi keluarga yang dirakam tahun lalu bersama suami, Allahyarham Mohd Ismadi Ismail, ucapan yang diberikan ibu kepada si anak cukup mencuri perhatian.
“Sanah Helwah Princess mummy daddy SYIFA DHIA NURINA. Ni pic last year kita celebrate berlima 2021, this year kita berempat.
Ads
“Kita redha yaa sayang. Syifa anak solehah mummy daddy semoga cerah masa depanmu wahai anak.
“Berbaiklah dengan semua manusia tak kira berlatar belakangkan apa. Sekarang kita berempat. Kita jaga kita,” tulisnya pada ruangan kapsyen di Instagram.
Dia pada masa sama turut mendoakan moga puterinya itu menjadi kakak yang terbaik buat adik beradik yang lain.
Ads
“Jadilah kakak terbaik buat adik2 dan yang paling penting moga dapat memberi syafaat buat mummy daddy di akhirat nanti. ameen ya mujib,” tulisnya lagi.
Terdahulu pada 1 Januari lalu, arwah yang juga penerbit meninggal dunia di kediaman mereka di Shah Alam kira-kira jam 8.00 pagi akibat kencing manis.
“KUN FAYAKUN. Jadilah maka terjadilah. Jika Allah menghendaki sesuatu, maka apapun dapat terjadi.
“Maka dengan izin dan kekuasaan ALLAH SWT, maka terjadilah kami sebagai pasangan Zauj dan Zaujah. ALLAHU AKBAR. Kalau anda rasa terkejut, kami pun sama.
“Tiada daya upaya kami melainkan ALLAH. Terlalu bersyukur atas segala yang ALLAH aturkan.
Jazakumullahu khayr buat Zauj @mahadibz sudi mem..Zaujahkan diriku (eh ada ke ayat ni) ini yang bukan shiapa shiapa…,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Meninjau ke ruangan komen pada hantaran sama, para peminat serta rakan-rakan turut mendoakan kebahagiaan yang baik-baik buat pasangan.
Sementara itu menerusi Insta Stories, bekas peserta program Akademi Fantasia musim kelima (AF5) berseloroh akhirnya dia kongsikan fotonya bersama Mahadi.
Pada masa sama, Heliza memaklumkan muzik video Dilamarmu sudah pun boleh ditonton di saluran YouTube, The Helmis.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Instagram Heliza Helmi, YouTube The Helmis
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Hos terkenal, Datuk Aznil Nawawi tampil melakukan inisiatif tersendiri dengan mewujudkan Kedai Percuma Pak Nil sejak 30 Disember lalu khusus bagi meringankan beban golongan yang terjejas akibat musibah banjir.
Idea tersebut tercetus selepas Aznil atau lebih sinonim disapa Pak Nil selepas menjalankan kerja mengumpul golongan sukarelawan bagi membantu masyarakat di Bukit Canggang, Banting, Selangor, baru-baru ini.
Ujian yang menimpa pada era pandemik COVID-19 ini sudah tentunya memberi kesan yang lebih besar.
“Usaha ini adalah cetusan usaha pemberian bantuan kepada mangsa banjir tempoh hari. Saya sebelum ke sana sebenarnya turut dihubungi oleh salah seorang pengikut Instagram berkongsi sisi ceritanyamengenai kemusnahan daerah itu akibat banjir.
“Malah ketika menjejaki kawasan itu, saya lihat ramai penduduk yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) tinggal sehelai sepinggang,” katanya.
Difahamkan, kawasan terbabit turut kurang mendapat perhatian.
“Lalu, bermula dengan hanya makanan yang dimasak penduduk kampung secara rewang bermodalkan wang sumbangan yang saya kutip di kalangan pengikut media sosial saya.
“Ketika itu dalam sehari kami berjaya menyediakan hampir 1000 bungkusan makanan kepada mangsa banjir. Malah selepas banjir surut, mulalah mereka bergerak pulang dari PPS ke rumah masing masing.
“Ketika itu saya tinjau dan amati, kesemua mereka terpaksa mengumpul barang semula dan membaik pulih rumah mereka. Bahkan barang keperluan asas mereka tiada langsung. Daripada situ saya fikir kenapa tidak diwujudkan kedai percuma berkenaan,” katanya lagi.
Buat permulaan ketika itu, Pak Nil turut menghubungi syarikat yang pernah bekerjasama dengannya seperti jenama Eskayvie dan Nakada bagi tujuan terbabit.
“Pihak jenama itu bermurah hati untuk menghantar barang keperluan asas seperti minyak, telur, air mineral, sardin, selimut, bantal, lampin bayi dan sebagainya.
“Timbul idea juga untuk mengumpul belian barang asas ini menerusi duit sumbangan orang ramai. Saya beli sendiri barangan itu menggunakan duit sumbangan diberikan.
“Ia kemudiannya diletakkan di sebuah kedai di kawasan berkenaan yang diberi nama Kedai Percuma Paknil,” katanya.
“Jadi, mangsa terkesan banjir boleh ke kedai itu untuk mengambil barang keperluan secara percuma mengikut keperluan mereka sahaja. Kedai ini mengalu-alukan barangan keperluan yang boleh dihantar terus ke sana atau menyalurkan duit sumbangan ke akaun saya.
“Jadi saya bolehterus tambah barangan keperluan itu. Bagi yang mahu menyumbang boleh ke akaun Instagram @aznilnawawihm untuk menyemak butiran lanjut atau ‘bank in’ ke 564735801178.
“Kedai ini akan berterusan beroperasi jika terus menerima sumbangan orang ramai atau pertubuhan kerajaan mahupun swasta,” katanya.
Berkongsi lanjut sewaktu kunjungan kemanusiaan ke lokasi sama beberapa kali, air matanya menitis mengenangkan ujian yang menimpa mereka yang terjejas.
“Sedih tengok keadaan mereka. Saya sentiasa membayangkan saya atau keluarga saya melalui ujian dan dugaan itu.
“Kerana itu, saya tidak mampu duduk berpeluk tubuh, saya perlu lakukan sesuatu untuk membantu mereka membina hidup kembali,” katanya.
Pak Nil menggunakan akaun media sosialnya terutamanya Instagram dan TikTok untuk mengajak khalayak bersama-sama dengannya mencari dana untuk disalurkan kepada mangsa banjir dikawasan itu.
“Subhanallah… rakyat Malaysia sesungguhnya masyarakat yang pemurah. Hari pertama saya umum pembukaan tabung khas membantu mangsa banjir Bukit Canggang, sambutan yang diterima sungguh luar biasa.
“Menangis saya melihat keprihatinan rakyat Malaysia. Dana yang disalurkan itu saya agihkan kepada wakil saya di sana. Walaupun, tidak banyak yang diterima setiap mangsa, namun, sekurang-kurangnya mereka di sana tahu bahawa seluruh negara turut sama bersedih dengan nasib mereka dan mahu berkongsi rezeki.
“Itulah yang menjadi motivasi buat saya untuk meneruskan kerja kemanusiaan ini,” katanya.
Pak Nil percaya dengan kuasa media sosial termasuk pengaruh dan kedudukan, beliau mampu mengajak orang ramai sama-sama berganding bahu.
“Niat dan matlamat saya adalah untuk meringankan beban mangsa banjir. Bahkan, ini juga masa terbaik untuk kita seluruh rakyat Malaysia menunjukkan solidariti dengan mengenepikan perbezaan ideologi politik, batas agama, bangsa dan latar belakang.
“Hari ini, hari mereka… siapa tahu esok lusa hari kita pula?” kata Aznil yang juga pengasas Yayasan Pesona.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Susulan tular sepotong video pendek yang merakamkan aksi tarian lentik seorang penari lelaki yang dikatakan mirip pengacara Datuk AC Mizal, tidak semena-mena penganjur majlis berkenaan pula menerima tempias dikecam netizen.
Pelbagai komen telah ditinggalkan netizen gara-gara tindakan penganjur yang mengundang penari mempersembahkan tarian yang dianggap terkinja-kinja. Ia sekaligus dilihat kurang sesuai dan tidak sensitif dengan norma masyarakat di negara ini.
Mengulas mengenai perkara itu, pengasas produk kecantikan Bleu iaitu Ikmal Lee menjelaskan, tarian yang dilakukan oleh para penari hanya bertujuan menghiburkan tetamu semata-mata.
“Selepas video penari lelaki itu tular, tak fasal-fasal saya turut dikecam netizen kerana mengundang penari membuat persembahan dalam majlis itu. Ada yang kata saya tak sensitif, bawa penari lembut berperwatakan perempuan.
“Saya pun pelik disebabkan rakaman pendek persembahan itu orang terus tuduh macam-macam, sampai ada yang kata anjur majlis maksiat ketika negara berdepan pelbagai ujian.
“Saya nak jelaskan penari yang saya jemput buat persembahan itu ialah penari profesional. Semasa itu mereka menjadi penari untuk lagu Bad Romance nyanyian asal Lady Gaga.
“Jadi memang sesuailah dengan rentak lagu. Takkan lagu rancak nak menari tradisional pula. Tak sesuai la kan?,” katanya.
Penari tersebut diundang bagi mengiringi persembahan nyanyian Ayu Damit bersempena pelancaran produk krim kecantikan ‘The Bleu Whitening Creme’ di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, minggu lalu.
Dalam pada itu, usahawan muda berusia 26 tahun ini memohon orang ramai menghentikan kecaman terhadapnya dan penari berkenaan.
“Sejujurnya masa awal-awal tengok video itu saya pun terhibur sebab orang samakan penari dengan Datuk AC, cuma yang tak best bila kami sebagai penganjur pula dikecam dan dituduh bukan-bukan hanya kerana rakaman video beberapa saat itu.
“Niat saya hanya nak hiburkan tetamu. Lagi pun kita ikut tema European style, jadi suka hati kamilah nak buat show macam mana pun sebab kami bayar mahal.
“Jadi saya rasa cukup-cukuplah kecam… apa la sangat tarian tu! Bukan melampau pun, hanya tarian biasa,” ujarnya.
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.