Pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty mengulas sekiranya ada pihak yang mempersoalkan mengenai pendedahannya sebelum ini yang akhirnya bersetuju mengambil suntikan vaksinasi Covid-19, tahun lalu.
Ellie,52, berkata, dia sering berdepan dengan persepsi sejak menjadi aktivis politik sebelum ini.
“Dengan saya ni orang memang suka main dengan perception. Itu saja yang selama ini pun sejak saya terlibat dalam dunia politik. Saya bukan ahli politik, saya aktivis politik… perception itu selalu bertebaran.
“Dia begini… bila you tak ambil vaksin, orang akan kata you antivaksin. Tidak boleh bagi pendapat. Akan tetapi bila kita sudah ambil (vaksin), ia seolah-olah menafikan macam you ambil. Nak apa sebenarnya?
Ads
“Itulah… sebab kita dalam industri kreatif jadi kita perlu berdepanlah dengan benda-benda macam ni,” katanya.
Ellie ditemui pada majlis pelancaran filem Telaga Suriram arahan Osman Ali di Mont Kiara, pada Selasa. Filem berkenaan turut dibintangi Scha Alyahya, Nabila Huda, Farid Kamil dan Maya Karin.
Pelakon yang mencipta nama menerusi filem Spinning Gasing itu bagaimanapun memohon semua mendoakan yang baik-baik dan tidak perlu membuat spekulasi.
Ads
“Saya sudah pergi ke sana-sini dan saya tidak ‘memberi’ orang lain Covid-19. Saya pun setakat ini alhamdulillah tak pernah terjangkiti Covid-19. Lepas ambil vaksin pun tak pernah dan sebelum ambil vaksin pun tak pernah (dijangkiti Covid-19).
“Malah kita tetap masih amalkan makanan yang baik-baik, sayur-sayuran. Habbatus Sauda itu tetap. Sepatutnya kita mendoakan semua orang berada dalam keadaan yang baiklah.
Ads
“Tak perlu buat persepsi sebab saya orang yang sangat positif. Energi dan vibes yang positif. Itu saya. Diaorang main perception biarlah,” katanya.
Ellie sebelum ini memaklumkan, dia sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksinasi jenis Sinovac, pada penghujung Oktober dan seterusnya, suntikan kedua pada November, tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Isteri kepada pengarah dan pelakon Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar kebelakangan ini dilihat tidak lokek memuat naik kandungan berkenaan menu masakan yang disediakannya menerusi media sosial.
Paling mencuri perhatian ialah menu sambal sotong yang sekaligus menjadi sorotan warganet.
Malah, Ira juga ada berkongsi beberapa menu masakan di akaun TikTok miliknya.
Menerusi video-video yang dimuat naik, Ira menggunakan suaranya dalam menunjukkan langkah-langkah memasak menu yang terbabit.
Meninjau ruangan komen, ramai yang memberi reaksi positif terhadap apa yang dikongsi dan tidak kurang yang memuji suara Ira yang disifatkan sebagai sedap didengar.
“Dari IG Story park ke sini. Semata nak dengar suara je,” tulis seorang pengguna TikTok.
“Comel je la korang ni,” jawab ringkas Ira sambil disertakan emoji ketawa.
“I love to hear your voice and the good ways of explanation’s from you,” tulis pengguna lainnya.
“So nice of you,” jawab Ira.
Malah tak kurang yang bertanya susulan kebanyakan komen yang terpapar adalah yang baik-baik.
“Mengapa semua komen murni?,” tanya peminat.
“Sebab ramai lagi orang baik-baik,” jelas ira.
Sehingga kini, video masakan yang dikongsikan di platform tersebut sudah pun menerima lebih 1.1 juga tontonan bersama ratusan komen yang tinggalkan pengguna TikTok.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Salam takziah buat seisi keluarga pelakon Zalif Sidek yang memaklumkan bapanya, Wan Abu Bakar Sidek telah pergi mengadap Illahi kira-kira jam 7.10 malam, pada Isnin.
Khabar duka tersebut terdahulu dikongsikan pengarah filem, Hashim Rejab di laman sosial Facebook (FB) miliknya.
“Assalamualaikum. Baru menerima perkhabaran bapa kepada Zalif Sidek baru meninggal dunia. Al- fatihah,” tulisnya ringkas.
Sementara itu, Zalif atau nama sebenarnya, Md Zalif Naquiyudin turut berkongsi di Instagram yang terpapar perkataan Al-fatihah.
“Papa #keneKuat bersama emoji sedih,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Lewat malam tadi, Zalif memberitahu urusan pengebumian jenazah Allahyarham bapanya akan dijalankan kira-kira jam 10.00 pagi ini.
“Assalamualaikum. Al Fatihah (dibaca) jenazah arwah ayah saya berada di rumah. Urusan pengebumian akan dijalankan pukul 10 pagi di kediaman rumah saya di Bangi Avenue.
“Dengan keadaan sekarang dan juga SOP, tidak digalakkan melawat cuma mohon untuk solat jenazah ghaib dan sedekahkan Al Fatihah buat arwah Wan Abu Bakar Sidek bin Wan Abdullah,” tulisnya.
Serentak dengan perkongsian tersebut, rakan artis dan pengikut turut sama merakamkan ucapan takziah dan mendoakan agar Zalif sekeluarga tabah dalam menempuh menempuhi dugaan.
Terdahulu pada pagi Isnin, Zalif memaklumkan bapanya dikerjakan ke Unit Kecemasan, Institut Kanser Negara Putrajaya, selepas mengalami sesak nafas.
Lebih sedekad terlibat dalam seni membuatkan pelawak dan penerbit, Nabil Ahmad mengakui dia cuba sedaya upaya untuk menghargai individu yang berada di sekeliling.
Lebih-lebih lagi terhadap mereka yang sama-sama pernah menjalani kehidupan sukar bersamanya di kampung tidak lama dulu.
Berkongsi kepada MH, pemegang trofi Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular 2009 ini menambah, kenangan lama secara tidak langsung membuatkan dirinya mahu berpijak di bumi nyata, jauh sekali mahu menganggap diri sebagai ‘diva’.
“Saya asal penghantar surat saja (despatch). Mungkin saya tiada duit sangat pada ketika itu. Saya pernah merasa hidup dengan hanya berbekalkan duit RM5 setiap hari.
“Malamnya saya jual burger dan esoknya saya kembali jadi despatch dengan wang saku sebanyak RM7 atau RM8, hasil untung jual burger semalam.
“Jadi bila Allah murahkan rezeki, saya percaya setiap rezeki yang kita perolehi, bukanlah milik kita 100 peratus. Sebaliknya, ia adalah hak orang lain juga. Kita ni hanyalah perantara untuk salurkan rezeki pada mereka.
“Alhamdulillah, saya masih lagi berkawan dengan rakan sekampung, ‘mat despatch’ yang pernah sama-sama hidup susah dengan saya.
“Sebab saya tahu, bila kita mati nanti, siapa yang akan angkut kita ke kubur kalau bukan kawan-kawan? Kalau boleh tergolek sendiri tidak mengapalah…tak perlu nak minta tolong orang,” seloroh Nabil yang kini kian selesa bergelar penerbit di bawah produksinya, Nabil Ahmad Production Sdn.Bhd.]