Ads

Anne Ngasri & Hamizan Seru Kaum Hawa Cari Kekuatan Diri, Bukan Sekadar Bergantung Pada Orang Lain – “Di Sebalik Senyuman, Ada Luka Yang Tak Terlihat.”

Bertahun-tahun membesar di hadapan kamera, Datin Anne Ngasri telah melalui pelbagai fasa kehidupan.

Bermula sebagai pelakon kanak-kanak yang membesar di kaca televisyen, bergelar isteri dan ibu, sehinggalah kini aktif sebagai usahawan serta figura masyarakat.

Namun, di sebalik senyuman dan ketenangan yang sering dipamerkan, Anne percaya perjalanan seorang wanita bukanlah sesuatu yang mudah.

Menurut Anne, wanita hari ini memikul tanggungjawab yang jauh lebih besar daripada apa yang dilihat masyarakat.

Dalam diam, ramai sebenarnya sedang berjuang dengan emosi, tekanan hidup, tuntutan keluarga, kerjaya serta pelbagai cabaran yang tidak pernah berakhir.

“Memang menjadi wanita ini mempunyai tanggungjawab yang sangat besar. Saya selalu anggap wanita ini sebagai ibu atau penggerak dalam sebuah keluarga.

“Kita yang perlu merasionalkan banyak keadaan, sedangkan dalam masa yang sama, emosi kita sendiri kadang-kadang tidak stabil. Wanita zaman kini harus berani mencari kekuatan diri,” katanya.

Jelas Anne lagi, perubahan zaman menjadikan cabaran yang dihadapi wanita semakin kompleks.

Jika dahulu mereka lebih tertumpu kepada tanggungjawab di rumah, kini mereka turut berdepan tekanan media sosial, ketidaktentuan ekonomi dan pelbagai tuntutan kehidupan moden.

“Daripada sudut emosi, cabarannya sangat pelbagai. Ditambah pula dengan keadaan media sosial dan ekonomi hari ini.

Ads

“Bukan sahaja kita memerlukan sokongan daripada suami atau lelaki, tetapi wanita juga perlu bangkit dan mempunyai ekonomi sendiri,” katanya lagi.

Bagi pelakon Dunia Baru itu, ramai wanita hari ini terlalu sibuk menjadi kuat sehingga terlupa bahawa mereka juga manusia biasa yang memerlukan ruang untuk berehat dan memulihkan diri.

Cabaran Emosi Wanita Perlu Diberi Perhatian

Pandangan itu turut dikongsi usahawan, Datin Hamizan Puteh atau lebih dikenali sebagai Datin Izan, yang mengakui wanita sememangnya lebih mudah terkesan dengan emosi, lebih-lebih lagi apabila perlu mengimbangi pelbagai peranan dalam kehidupan.

“Kita pun wanita dan kita pun ada cabaran sendiri, terutama dari sudut emosi.

“Kadang-kadang kita berada dalam satu fasa yang sangat tertekan sehingga merasakan diri tidak mampu mengendalikan kehidupan, keluarga dan perniagaan.

“Sebab itu saya rasa terapi dalaman sangat penting untuk wanita pada zaman sekarang,” katanya.

Menurut usahawan dan pemilik ByQiss by Bawal Exclusive itu, wanita yang aktif dalam dunia perniagaan dan organisasi sering berdepan tekanan yang tidak diketahui orang luar.

Ads

Di sebalik kejayaan dan penampilan yang sentiasa sempurna, ada emosi yang perlu dijaga serta luka yang perlu dirawat.

“Kita tak tahu apa lagi ujian yang akan datang. Sebab itu, kekuatan dalaman sangat penting untuk terus menghadapi kehidupan yang penuh dengan dugaan ini,” katanya lagi.

Anne Ngasri & Hamizan Seru Kaum Hawa Cari Kekuatan Diri, Bukan Sekadar Bergantung Pada Orang Lain - “Di Sebalik Senyuman, Ada Luka Yang Tak Terlihat.” Anne Ngasri & Hamizan Seru Kaum Hawa Cari Kekuatan Diri, Bukan Sekadar Bergantung Pada Orang Lain - “Di Sebalik Senyuman, Ada Luka Yang Tak Terlihat.” Anne Ngasri & Hamizan Seru Kaum Hawa Cari Kekuatan Diri, Bukan Sekadar Bergantung Pada Orang Lain - “Di Sebalik Senyuman, Ada Luka Yang Tak Terlihat.”

Baca Artikel Lain; 

https://www.mediahiburan.my/dakwa-wajah-disalahguna-untuk-scam-datin-anne-ngasri-bakal-ambil-tindakan-sudah-draf-laporan-polis-rujuk-peguam/

‘Bidadari Dambaan Syurga’ Jadi Pengisian Kerohanian

Atas kesedaran itu, mereka bakal berkongsi pengalaman mereka menerusi program Pahang 1st Bidadari Dambaan Syurga 2026 yang akan berlangsung di Laman Sejahtera, Sungai Koyan, Pahang pada 8 Ogos ini.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Program yang berlangsung sepanjang hari itu bukan sekadar menghimpunkan ikon usahawan dan wanita inspirasi.

Ia turut diisi dengan pengisian rohani menerusi perkongsian daripada penceramah utama, Ustazah Yong Lynna James Baven Al-Almaniy dan Ustazah Farhatul Fairuzah yang akan menyentuh pelbagai aspek kehidupan, termasuk soal keimanan, ketenangan jiwa serta kekuatan dalaman seorang wanita.

Di sebalik kesibukan mengejar kerjaya, mengurus keluarga dan memenuhi tuntutan kehidupan moden, Anne percaya setiap wanita memerlukan ruang untuk berhenti seketika, mendekatkan diri kepada Tuhan serta memulihkan emosi yang sering teruji.

“Pada zaman sekarang, wanita melalui pelbagai emosi dan permasalahan. Jadi, saya rasa program seperti ini adalah satu terapi hati.

“Mungkin ada terapi daripada sudut luaran, tetapi emosi dalam diri seseorang itu jauh lebih pentin,” kongsi Anne.

Bagi Anne dan Izan, kekuatan seorang wanita bukan hanya diukur menerusi kejayaan yang dikecapi atau kemampuan memikul pelbagai tanggungjawab, sebaliknya juga pada keberanian untuk menjaga hati dan jiwa sendiri.

Kerana dalam dunia yang sentiasa menuntut wanita untuk terus kuat, adakalanya apa yang paling diperlukan hanyalah sedikit ruang untuk berehat, mendengar dan mengingatkan diri bahawa mereka juga manusia biasa yang berhak untuk berasa lelah.

Penganjuran program Bidadari Dambaan Syurga 2026 di Sungai Koyan ini diharap mampu menjadi titik tolak kepada pembentukan masyarakat wanita yang bukan sahaja teguh dari sudut emosi dan kerohanian, malah berdaya saing dalam bidang ekonomi keluarga.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Noraniza Idris Sebak & Tahan Air Mata, Impian Sepentas Dengan Siti...

Ratu Etnik Kreatif, Noraniza Idris mengakui terkejut apabila menerima jemputan daripada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk tampil sebagai artis jemputan di Konsert Tradisional Gema Bumantara yang bakal berlangsung Oktober depan.